WorksheetsPenanda Wacana
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
letak.
Hazwani ingin mengetahui tentang kegunaan kad pintar. ___________________, dia berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Setelah itu
Di samping itu
Oleh itu
Namun begitu
Encik Latif berbelanja mengikut keperluan supaya tidak berlaku pembaziran wang. _________________, dia menggunakan kad kredit untuk membuat bayaran semasa berbelanja.
Lebih-lebih lagi
Akhirnya
Mula-mula
Setelah itu
Puan Dewi baru menyedari bahawa kad ATM yang disimpan di dalam begnya tercicir. ________________, dia dengan tenangnya terus menghubungi pihak bank untuk menghentikan fungsi kad ATM itu.
Namun begitu
Selain itu
Mula-mula
Sekaligus
Pak Cik Jusoh sudah berusia 88 tahun. ___________ , dia masih berupaya untuk mengusahakan kebun sayur-sayurannya.
Namun demikian
Di samping itu
Sekalipun
Walhal
Neelofa seorang pelakon yang terkenal. ____________, dia juga menjalankan perniagaan tudung yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Lagipun
Dalam pada itu
Dengan itu
Lantaran itu
Sudah satu jam Tina menunggu Rita di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ______________ dia pulang ke rumah.
Kalau begitu
Lepas itu
Akhirnya
Di samping itu
Budak itu sangat malas dan suka berkawan dengan budak-budak yang nakal. ____________________, dia gagal dalam peperiksaannya.
Lebih-lebih lagi
Namun demikian
Oleh kerana itu
Oleh sebab itu
Abang Johan berhijrah ke bandar sejak dua bulan lepas. .............., dia belajar hidup berdikari.
Seterusnya
Semenjak itu
Kesimpulannya
Dengan ini
syarikat itu.
Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________, dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
Selain itu
Oleh sebab itu
Namun demikian
Biarpun demikian
Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Walaupun demikian
Oleh sebab itu
Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anakanaknya.
Biarpun demikian
Lebih-lebih lagi
Oleh itu
Mungkin
Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ___________ saya puji dia.
malahan
mungkin
lagipun
jadi
Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat.______________,bagi mereka yang mengalami masalah keluarga
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Namun begitu
Padahal
Amirah berlatih siang dan malam. ___________, dia berharap dapat memenangi pertandingan syarahan itu.
Justeru
Kemudian
Oleh sebab itu
Dengan demikian
