NEW
Font size
WorksheetsBentuk Pemilikan Perniagaan
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Gambar menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan. Mengapakah Yasmin memilih untuk membuka perniagaan tersebut?
Perniagaan tidak berterusan
Diuruskan secara berseorangan
Saiz kecil dan mudah diuruskan
Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
Mengapakah sesetengah perniagaan memilih penubuhan perkongsian biasa berbanding daripada perkongsian berhad?
Bilangan rakan kongsi lebih ramai iaitu 2 hingga 50 orang
Modal dapat dikongsikan kepada rakan kongsi aktif sahaja
Semua pekongsi mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan
Perniagaan boleh diteruskan jika rakan kongsi meninggal dunia atau muflis.
Apakah itu milikan tunggal?
Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu
Maklumat berikut menunjukkan kekurangan sesuatu perniagaan:
-Penubuhan yang rumit
-Beban cukai yang tinggi
-Laporan kewangan syarikat dikongsi kepada orang awam.
Syarikat manakah yang terdapat kekurangan di atas?
Sime Darby Berhad
Kedai Gunting Rambut Aziz
Salun Azizzah Sendirian Berhad
Koperasi Pelaburan Johor Berhad
Susunkan langkah-langkah pendaftaran penubuhan perniagaan milikan tunggal selepas langkah mengisi borang carian nama.
i Mengisi Borang A
ii Membuat pembayaran
iii Mendapat Borang D
iv Menghantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
i > ii > iii > iv
i > iv > ii > iii
iv > i > iii > ii
iv > i > ii > iii
Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?
Kedai Runcit Ali
Koperasi Kampung Jenaris Berhad
Restoren Syed & Syeikh
Syarikat ABC Sendirian Berhad
Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan milikan tunggal?
Tanggungan terhad
Berkongsi kepakaran
Perniagaan berterusan
Mudah untuk membuat keputusan
Apakah ciri-ciri syarikat sendirian berhad?
Tiada had maksimum pemilikan
Mempunyai liabiliti tidak terhad
Keuntungan diagih dalam bentuk bonus tahunan
Jangka hayat perniagaan kekal
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan koperasi?
Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja
Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama
Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
Pemegang saham sahaja layak membaca laporan kewangan
Pemilihan anggota lembaga koperasi dilaksanakan semasa ...
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Pengurusan Koperasi
Mesyuarat Lembaga Pengarah
Perhimpunan Bulanan Koperasi
