wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Prafrasa Bahasa Melayu

Total questions: 21

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nampaknya masalah yang kamu hadapi dapat diselesaikan. _________________, tidak perlulah saya membantu.

a)

Walaupun demikian

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Kalau begitu

d)

Dengan itu

2.

Bapa Hanafi tiada di rumah. ________________, dia terpaksa membantu ibunya memetik bunga melur di kebun.

a)

Selain itu

b)

Oleh itu

c)

Selepas itu

d)

Semenjak itu

3.

Encik Zaharul akan ke Arau sebentar lagi. ________________, dia memastikan kenderaanya dalam keadaan selamat untuk digunakan.

a)

Tambahan lagi

b)

Tambahan pula

c)

Sebelum itu

d)

Selepas itu

4.

Para peserta tidak mengikut laluan itu. ________________, itu satu-satunya jalan untuk sampai ke tempat tersebut.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Kalau begitu

c)

Tambahan lagi

d)

Lebih-lebih lagi

5.

"Saya sudah memohon maaf daripadanya. _____________, dia tetap tidak mahu bertegur sapa dengan saya," kata Rani kepada Radhani.

a)

Oleh sebab itu

b)

Di samping itu

c)

Namun begitu

d)

Lantaran itu

6.

"Saya tidak dapat melihat dengan jelas. ______________, pada waktu senja," kata Zara kepada jururawat itu.

a)

Sungguhpun demikian

b)

Walaupun begitu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Walau bagaimanapun

7.

Membaca dapat menambah ilmu. ________________, membaca juga dapat mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.

a)

Selain itu

b)

Lantaran itu

c)

Namun begitu

d)

Selepas itu

8.

Azlina gagal mendapat tempat dalam pertandingan itu. _________________, dia tidak pernah kecewa dan berputus asa.

a)

Oleh itu

b)

Lantaran itu

c)

Namun begitu

d)

Walau bagaimanapun

9.

Ridwan belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.

a)

justeru

b)

lagipun

c)

namun

d)

walhal

10.

Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________, sukat air secukupnya.

a)

Namun

b)

Oleh itu

c)

Kemudian

d)

Dengan demikian

11.

Setelah berkali-kali mencuba resipi ayam percik itu, ________________ kakak berjaya juga.

a)

sejak itu

b)

dengan itu

c)

kemudian

d)

akhirnya

12.

Pak Abu seorang yang kedekut, _______________ penyayang.

a)

tetapi

b)

walaupun

c)

tambahan pula

d)

sebelum itu

13.
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.

“ Biarkan adik kamu menunggang basikal itu di hadapan, ______ kamu boleh mengikutinya dari belakang,” kata Puan Halimah.

a)
Lagi pun
b)
Kemudian
c)
Di samping itu
d)
Akhirnya
14.
Encik Muthu bekerja sebagai penoreh getah, ______, beliau mengambil upah memetik buah kelapa untuk menambah pendapatannya.
a)
Lagi pun
b)
Mungkin
c)
Kalau begitu
d)
Di samping itu
15.
Encik Muthu bekerja sebagai penoreh getah, ______, beliau mengambil upah memetik buah kelapa untuk menambah pendapatannya.
a)
Lagi pun
b)
Mungkin
c)
Kalau begitu
d)
Di samping itu
16.
Pada pagi itu, rombongan kami singgah di kawasan rehat Rawang untuk bersarapan. _________, rombongan kami bertolak ke Ipoh.
a)
Akhirnya
b)
Selepas itu
c)
Maka
d)
Lagi pun
17.
Budak itu semakin nakal, ________ ibu bapanya selalu menyebelahinya.
a)
walau bagaimanapun
b)
sehubungan dengan
c)
lebih-lebih lagi
d)
dengan itu
18.

Yu Jie telah mencuba menyelesaikan masalah itu dengan bersungguh-sungguh. ........... tidak berjaya.

a)

Selain itu

b)

Malangnya

c)

Oleh itu

19.

Nigel terlupa untuk membasuh kasut sekolahnya. .......... dia dimarahi oleh ibu.

a)

Selepas itu

b)

Lantaran itu

c)

Lagipun

20.
Rumah itu cantik __________ kotor.
a)
dan 
b)
tetapi
21.

Kerja sekolah ini perlu dihantar _______________ hari Sabtu depan.

a)

atau

b)

ke

c)

lalu

d)

pada