wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DEB & DPN

Total questions: 22

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan peryataan tentang DEB, kecuali

a)

Dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun

b)

Dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun

c)

Dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

d)

Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi

2.

Pernyataan berikut berkaitan dengan maklumat utama dasar ekonomi negara.


*Membasmi kemiskinan

*Menyusun semula masyarakat


Apakah dasar ekonomi negara tersebut?

a)

Dasar penswastaan

b)

Dasar Hala Tuju Negara

c)

Dasar Pertanian Negara

d)

Dasar Ekonomi Baru

3.

Apakah isu sosioekonomi yang dihadapi masyarakat semasa DEB dilancarkan?

a)

Kemelesetan ekonomi

b)

Jurang ekonomi

c)

Wabak penyakit

d)

Teknologi yang rendah

4.

Agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kedua.


* Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)


Apakah fungsi badan tersebut?

a)

Mengawal selia sektor pertanian

b)

Membantu dalam penyelidikan pertanian

c)

Melibatkan petani dalam kegiatan koperasi

d)

Meningkatkan taraf hidup petani

5.

Apakah kesan daripada kerjasama FELDA dengan Yayasan Sabah?

a)

Penubuhan pembangunan wilayah

b)

Pembukaan Felda Umas di Tawau

c)

Peningkatan eksport bahan makanan

d)

Penghapusan ekonomi mengikut kaum

6.

Bagaimanakah FELDA membantu penduduk luar bandar yang miskin?

a)

Membina kemudahan asas

b)

Memberi tanah seluas 10 ekar

c)

Meningkatkan pemilikan saham

d)

Membuka kawasan perindustrian

7.

Apakah persamaan antara kawasan FELDA berikut?


*Felda Lurah Bilut (Pahang)

*Felda Keratong (Pahang)

*Felda Sendayan (Negeri Sembilan)

a)

Menjadi pengeluar utama kelapa sawit negara

b)

Mendapat pengiktirafan kawasan FELDA terbaik

c)

Melibatkan pembangunan kawasan bandar baharu

d)

Memberi peluang kepada peneroka bukan bumiputera

8.

Senarai berikut berkaitan dengan program pembangunan wilayah.


*Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

*Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

*Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)


Bagaimanakah pelaksanaan program pembangunan tersebut?

a)

Membangunkan industri berat

b)

Menubuhkan institusi kewangan

c)

Memperluas tanaman komersial

d)

Memajukan sektor pelancongan

9.

Apakah tanaman yang diusahakan di program pembangunan wilayah?

a)

Kelapa sawit

b)

Tembakau

c)

Lada hitam

d)

Getah

10.

Senarai berikut merujuk kepada program dalam Rancangan Malaysia Keempat.


*Pemodalan Nasional Berhad (PNB)

*Amanah Saham Nasional (ASN)


Apakah kepentingan kedua-dua program tersebut?

a)

Memberi dana kepada pengusaha kecil

b)

Menggalakkan orang ramai membuat pelaburan

c)

Menyediakan pinjaman modal kepada bumiputera

d)

Mengimbangi pemilikan harta dan saham bumiputera

11.

Mengapakah kerajaan membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS)?

a)

Membaiki taraf hidup rakyat

b)

Menambah daya pengeluaran

c)

Memodenkan sektor pertanian

d)

Menyusun semula masyarakat

12.

Apakah sumbangan agensi berikut terhadap IKS?


*Bank Bumiputera

*Amanah Ikhtiar Malaysia

*Perbadanan Nasional Berhad

a)

Memberi latihan kemahiran

b)

Memberi insentif dan nasihat

c)

Membantu teknik pengurusan

d)

Membantu pemasaran barangan

13.

Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?


*Politeknik

*Maktab Perguruan Teknik

*Universiti Teknologi Malaysia

a)

Meningkatkan sahsiah diri

b)

Mengatasi masalah buta huruf

c)

Melahirkan tenaga kerja mahir

d)

Menjadi rakyat berpengetahuan

14.

Apakah Rancangan Pembangunan Lima Tahun di DPN?

a)

Rancangan Malaysia Keempat

b)

Rancangan Malaysia Kelima

c)

Rancangan Malaysia Keenam

d)

Rancangan Malaysia Ketujuh

15.

DPN menetapkan langkah untuk Malaysia menjadi negara yang maju. Apakah aspek negara maju tersebut?

a)

Keadilan sosial

b)

Bersikap demokratik

c)

Berilmu pengetahuan

d)

Kecemerlangan sosial

16.

Apakah strategi DPN untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan masyarakat?

a)

Membuka tanah secara besar-besaran

b)

Memperkasakan sekolah jenis kebangsaan

c)

Memajukan kawasan perikanan di luar bandar

d)

Melibatkan pihak swasta dalam pembangunan

17.

Kerajaan turut menitikberatkan pembangunan fizikal dan alam sekitar dalam DPN. Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?

a)

Penciptaan baja organik

b)

Penggunaan teknologi hijau

c)

Penanaman secara tradisional

d)

Penguatkuasaan undang-undang

18.

Matlamat DPN ialah menghapuskan kemiskinan tegar terhadap golongan penanam padi dan nelayan. Apakah bantuan yang diberi kerajaan terhadap golongan tersebut?

a)

Subsidi

b)

Sokongan

c)

Perniagaan

d)

Pemasaran

19.

Kerajaan telah membuka agensi kerajaan berikut untuk memberi latihan kepada golongan belia.


*GIATMARA


Apakah yang diperoleh golongan belia melalui agensi tersebut?

a)

Membaiki tahap kualiti dan mutu pengeluaran

b)

Meningkatkan tenaga kerja golongan bumiputera

c)

Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara

d)

Mendapat pekerjaan berkaitan dengan kemahiran

20.

Apakah tujuan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Meningkatkan pendapatan rakyat

c)

Membentuk masyarakat berdisiplin

d)

Mewujudkan masyarakat perdagangan

21.

Apakah agensi yang terlibat dalam projek penswastaan syarikat perniagaan bumiputera?

a)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b)

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

c)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

d)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

22.

Apakah usaha kerajaan membaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam DPN?

a)

Meluluskan lesen kepada syarikat usahasama

b)

Memperkenalkan konsep pertanian pintar

c)

Menggiatkan lagi penyertaan bumiputera

d)

Menyelaraskan program pembangunan bandar