wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RBT AKUAPONIK

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah adalah benar mengenai reka bentuk akuaponik?

a)

Merupakan teknologi pertanian yang menggabungkan aktiviti akuakultur dan penanaman

b)

Reka bentuk akuaponik boleh dilakukan di perairan cetek dan dalam

c)

Boleh dilaksanakan dalam dua kaedah iaitu secara takungan dan pusingan

d)

Media tanaman hidroton sering digunakan dalam menghasilkan reka bentuk akuaponik

2.

Akuaponik merupakan gabungan............. dengan ............ dalam satu kitaran ...............

a)

akuakultur, hidroponik, air

b)

air, akuakultur, hidroponik

c)

tanaman, ikan, tangki

d)

tanaman, ikan, bakteria

3.

Sistem akuaponik terdiri daripada tiga unsur iaitu.......

a)

A ikan, tanaman dan bakteria

b)

B akar, oksigen dan baja

c)

C air, semaian dan tapisan

d)

D batu kelikir , pam dan ikan

4.

Apakah 3 unsur yang penting dalam sistem akuaponik?

(pilih 3)

a)

air

b)

ikan

c)

bakteria

d)

udara

e)

tanaman

5.

Berikut adalah tiga tujuan akuaponik KECUALI

a)

Mengekalkan kualiti air

b)

Mengurangkan kadar ammonia di dalam air

c)

Menjimatkan kos makanan harian

d)

Dapat menghasilkan 2 jenis makanan manusia serentak

6.

Apakah tugas bakteria dalam sistem akuaponik?

a)

menghasilkan ammonia daripada makanan

b)

memecahkan ammonia kepada nitrit dan nitrat

c)

membersihkan air dalam tangki ikan

d)

menggunakan nitrat sebagai nutrien

7.

Tanaman akan menyalurkan _______ dan air yang bebas ammonia yang diperlukan oleh ikan.

a)

nitrogen

b)

hidrogen

c)

karbon dioksida

d)

oksigen

8.

Apakah fungsi ikan dalam sistem akuaponik ?

a)

Mengubah ammonia menjadi nitrat dan zat

b)

Menghasilkan bakteria nitrosmonas dan Nitrobacter

c)

Menghasilkan ammonia daripada makanan yang dimakan

d)

Melimpahkan air dari media penanaman yang penuh dengan air

9.

MERUJUK KEPADA GAMBAR DIATAS..INI DINAMAKAN SEBAGAI...

a)

MAKSUD AKUAPONIK

b)

TUJUAN AKUAPONIK

c)

PROSES KITARAN AKUAPONIK

10.

Ikan, tanaman & bakteria adalah unsur penting dalam akuaponik. Hubungan antara ketiga-tiga unsur ini adalah secara _______

a)

simbiosis mutualisme

b)

parasitisme

c)

komensalisme

11.

Tandakan 3 reka bentuk sistem akuaponik

a)

Sistem Raft

b)

Sistem Akuarium

c)

Sistem Ebb & Flow

d)

Sistem NFT (Near Film Technique)

12.

Apakah sistem yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

a)

Sistem Raft

b)

Sistem Ebb & Flow

c)

Sistem NFT

13.

Sistem yang manakah menggunakan loceng sifon?

a)

Sistem Raft

b)

Sistem Ebb & Flow

c)

Sistem NFT

14.

Apakah sistem yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

a)

Sistem Raft

b)

Sistem Ebb & Flow

c)

Sistem NFT

15.

Apakah jenis sistem akuaponik yang ditunjukkan rajah di atas?

a)

Akuaponik secara kitaran

b)

Akuaponik secara takungan

16.

Sistem yang manakah membolehkan tanaman tumbuh dengan cepat?

a)

Sistem Raft

b)

Sistem Ebb & Flow

c)

Sistem NFT

17.

"Terdedah kepada perkembangan bakteria patogenik, akar tanaman mudah reput"

Pernyataan di atas merujuk kepada sistem...

a)

Raft

b)

Ebb & Flow

c)

NFT

18.

Tanaman yang diletakkan terus di atas permukaan air sehingga akar terendam di dalam air. Apakah jenis reka bentuk sistem akuponik itu?

a)

Ebb and flow

b)

NFT

c)

Hidroponik

d)

Raft

19.

Apakah nama media tanaman ini?

a)

Perlite

b)

Cocopeat

c)

Rock wool

d)

Hidroton

20.

Apakah fungsi loceng sifon dalam sistem akuaponik?

a)

Menyingkirkan pepejal dalam air

b)

Mempunyai ruang udara agar tanaman lebih subur

c)

Memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman

d)

Mengeluarkan air dari media penanaman apabila ia sudah penuh

21.

Apakah fungsi sistem perpaipan?

a)

Menyingkirkan pepejal

b)

Memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman secara menegak

c)

Tempat menanam tanaman

d)

Menyalur air daripada tangki ikan ke bekas tanaman dan kembali ke tangki ikan

22.

Apakah nama paip di gambar atas?

a)

Tee sama

b)

Gromet

c)

Palam

d)

Siku 90°

23.

Apakah nama paip di gambar atas?

a)

Tee sama

b)

Gromet

c)

Palam

d)

Siku 90°

24.

Berdasarkan pernyataan yang berikut, yang manakah merupakan pernyataan yang BENAR mengenai sistem NFT (Near Film Technique) ?

a)

Dikenali juga sebagai sistem pasang dan surut.

b)

Akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara langsung.

c)

Tidak menggunakan media penanaman dan akarnya menyentuh lapisan air yang mengalir.

d)

Menggunakan alat yang dipanggil loceng sifon.

25.

Apakah kegunaan komponen akuaponik ini ?

a)

Tempat untuk memelihara ikan sebagai sumber nutrisi

b)

Pemegang tanaman agar dapat tumbuh

c)

Memindahkan air dari tangki ikan ke bekas tanaman

d)

Dapat menyingkirkan pepejal dan penukaranarah air

26.

Gambar di atas menunjukkan reka bentuk akuaponik sistem raft. Antara yang berikut, yang manakah kelemahan sistem raft?

a)

menggunakan elektrik 24 jam untuk mengairi tanaman

b)

terdedah oleh serangan bakteria pada akar tanaman

c)

memerlukan penapis tambahan

27.

Tujuan utama sistem akuaponik adalah untuk mengekalkan kualiti air dan mengurangkan kadar ammonia di dalam air supaya dapat dimanfaatkan oleh organisma lain. BETUL ATAU SALAH?

a)

BETUL

b)

SALAH

28.

nitrat dan zat yang berubah daripada ammonia berfungsi sebagai baja kepada tanaman

a)

betul

b)

salah