Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 1

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Istilah sejarah berasal dari perkataan Arab iaitu "syajaratun". Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Syarat

b)

Kawan

c)

Pokok

2.

Antara yang berikut yang manakah merupakan karya yang ditulis oleh E.H Carr?

a)

History

b)

The History

c)

What is History

3.

Apakah yang menjadi asas pengkajian masa silam dalam pengajian sejarah?

a)

Pengajaran

b)

Kronologi

c)

Sumber

4.

Antara berikut, yang manakah kategori yang sesuai bagi sumber sejarah seperti akhbar dan ensiklopedia?

a)

Sumber primer

b)

Sumber artifak

c)

Sumber sekunder

5.

Apakah fungsi daun lontar kepada masyarakat feudal di Asia Tenggara?

a)

Bahan penulisan

b)

Bahan kraftangan

c)

Rempah ratus

6.

Apakah maksud geologi?

a)

Ilmu mengkaji hidupan lampau

b)

Ilmu mengkaji budaya silam

c)

Ilmu mengkaji pembentukan bumi

7.

Apakah yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan?

a)

Iklim

b)

Manusia

c)

Haiwan

8.

Bilakah Zaman Miosen dipercayai telah berlaku?

a)

25 hingga 23 juta tahun dahulu

b)

23 hingga 5 juta tahun dahulu

c)

2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu

9.

Bilakah manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian?

a)

Zaman Pleistosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Holosen

10.

Apakah maksud penglasieran?

a)

Pembentukan air batu

b)

Pemecahan air batu

c)

Kecairan air batu

11.

Apakah maksud zaman prasejarah?

a)

Manusia hidup berpindah randah

b)

Manusia belum tahu bertani

c)

Manusia belum mengenal tulisan

12.

Bilakah manusia mula menangkap ikan sebagai sumber makanan?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

13.

Apakah asas teknologi pada zaman logam?

a)

Batu

b)

Besi dan gangsa

c)

Besi dan tembaga

14.

Apakah tujuan binaan Stonehenge di Britain?

a)

Mengkaji bintang

b)

Tembok pertahanan

c)

Kawasan petempatan

15.

Di manakah lokasi tapak Zaman Besi paling menonjol di Asia Tenggara?

a)

Sa Hyun, Vietnam

b)

Lenggong, Malaysia

c)

Gua Liang, Indonesia

16.

Perkataan "Civitas" berasal dari Yunani. Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Daerah

b)

Kampung

c)

Bandar

17.

Apakah pengertian tamadun dalam Bahasa Melayu?

a)

Pemodenan

b)

Peradaban

c)

Pencapaian

18.

Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Islam?

a)

Pembangunan lahiriah

b)

Pembangunan rohaniah

c)

Pembangunan lahiriah dan rohaniah

19.

" Tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasa sistem politik, ekonomi dan sosial serta kesenian dan kebudayaan" . Siapakah tokoh yang menjelaskan konsep di atas?

a)

Ibn Khaldun

b)

Arnold J. Toynbee

c)

Muhammad Yusof Ibrahim

20.

Perkembangan pesat bandar telah meningkatkan jumlah penduduk di suatu kawasan. Apakah kesan daripada situasi tersebut?

a)

Pengkhususan pekerjaan

b)

Penciptaan tulisan

c)

Peningkatan teknologi

21.

Sungai Tigris dan Sungai Euphrates dikaitkan dengan tamadun...

a)

Mesir

b)

Indus

c)

Mesopotamia

22.

Apakah maksud Mesopotamia?

a)

Tanah yang subur

b)

Tanah di antara dua sungai

c)

Tanah di kawsan sempadan

23.

Apakah fungsi binaan Zigurat dalam tamadun Mesopotamia?

a)

Kota pertahanan

b)

Pusat pemerintahan

c)

Tempat beribadat

24.

Mengapakah Herodotus mengatakan bahawa 'Mesir Hadiah Singai Nil'?

a)

Membekalkan sumber air

b)

Membekalkan makanan

c)

Membawa lumpur subur

25.

Siapakah raja yang terkenal semasa Zaman Kerajaan Baru Mesir?

a)

Menes

b)

Ramses

c)

Imhotep

26.

Apakah fungsi Agora dalam Tamadun Yunani?

a)

Pusat perdagangan

b)

Pusat pemerintahan

c)

Pusat pertemuan

27.

Apakah tanggapan penduduk Yunani terhadap binaan Polis?

a)

Tanah khas golongan bangsawan

b)

Tanah untuk aktiviti pertanian

c)

Tanah suci kurniaan dewa

28.

Apakah sistem pemerintahan yang menggantikan sistem Oligarki?

a)

Aristokrasi

b)

Monarki

c)

Demokrasi

29.

Apa yang dilakukan oleh Pericles bagi memantapkan sistem demokrasi pada zaman pemerintahannya?

a)

Penekanan kepada kuasa rakyat

b)

Membenarkan kebebsan bersuara

c)

Mengutamakan suara golongan pembesar

30.

Siapa yang menyertai Dewan Perhimpunan di Athens?

a)

Jeneral tentera

b)

Warganegara lelaki

c)

Semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas

31.

Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Magadha muncul sebagai kuasa penting yang menguasai kerajaan lain di India?

a)

Kekuatan tentera

b)

Kebijaksanaan pemimpin

c)

Kedudukan yang strategik

32.

" Seramai 150, 000 orang kehilangan harta dan 100,000 orang mati dalam Perang Kalinga" . Setelah memenangi peperangan tersebut berlaku perubahan dalam pentadbiran Asoka. Apakah perubahan tersebut?

a)

Mengelakkan peperangan

b)

Menjadi toleran dan bertanggungjawab

c)

Fokus terhadap kegiatan ekonomi

33.

Peraturan dan undang-undang Asoka telah diukir pada tiang batu dan diletakkan di tempat strategik. Tiang batu tersebut dikenali sebagai...

a)

Tiang Asoka

b)

Tiang Agama

c)

Tiang Perundangan

34.

Apakah kandungan buku Arthasastra yang ditulis oleh Kautilya?

a)

Sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Magadha

b)

Sistem pemerintahan dan ketenteraan Zaman Maurya

c)

Perkembangan ekonomi dan keagamaan Zaman Nanda

35.

Mengapakah Zaman Gupta dikenali sebagai Zaman Keemasan dalam agama Hindu?

a)

Penekanan kepada agama Hindu

b)

Kepesatan perdagangan

c)

Rakyat bersatu padu

36.

Apakah aspek utama yang membolehkan tamadun China menjadi tamadun teragung di dunia?

a)

Ketenteraan

b)

Perdagangan

c)

Pendidikan

37.

Siapakah pemimpin Dinasti Qin yang bertanggungjawab menyatukan China?

a)

Maharaja Han Wu Di

b)

Maharaja Shi Huangdi

c)

Maharaja Gaozu

38.

Laluan perdagangan sutera merupakan laluan perdagangan daratan terpanjang di dunia yang melibatkan China hingga empayar...

a)

Yunani

b)

Mesir

c)

Rom

39.

Apakah tindakan Shi Huangdi yang membolehkan sistem pendidikan menjadi lebih sistematik?

a)

Menyeragamkan tulisan

b)

Melaksanakan peperiksaan

c)

Meluaskan penggunaan kertas

40.

Apakah tindakan sekiranya seseorang didapati meniru dalam peperiksaan dalam Tamadun China?

a)

Dihukum bunuh

b)

Dijadikan hamba

c)

Dipotong tangan

41.

Jahiliah berasal dari perkataan Arab iaitu jahala. Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Jahil

b)

Zalim

c)

Lemah

42.

Apakah maksud kabilah?

a)

Kaum

b)

Hamba

c)

Tentera

43.

Apakah tujuan orang badwi berpindah randah?

a)

Mencari sumber air

b)

Mendapatkan keperluan makanan

c)

Mencari rumput dan air untuk ternakan

44.

Apakah yang disembah oleh penganut agama Majusi?

a)

Air

b)

Api

c)

Bulan

45.

Antara berikut, yang manakah dikaitkan dengan sikap baik masyarakat Jahiliah?

a)

Saling membantu

b)

Belas kasihan

c)

Menepati janji

46.

Apakah tindakan Nabi Muhammad SAW untuk membentuk negara Islam yang adil dan maju di Madinah?

a)

Membina kubu

b)

Menggubal Piagam Madinah

c)

Membangunkan pendidikan

47.

Dimanakah Nabi Muhammad SAW mengadakan dakwah secara terang-terangan?

a)

Rumah Baginda

b)

Rumah al-Arqam

c)

Bukit Safa

48.

Siapakah khalifah yang memerangi golongan al-Riddah?

a)

Abu Bakar al-Siddiq

b)

Umar al-Khattab

c)

Uthman bin Affan

49.

Apakah strategi yang digunakan oleh tentera Islam semasa Perang Khandak?

a)

Menggali parit

b)

Serangan hendap

c)

Membina kubu di bukit

50.

Siapakah tokoh ilmuan yang berjaya menghasilkan 270 buah buku dalam pelbagai bidang?

a)

Ibn Sina

b)

Al-Kindi

c)

Al Battani