wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Isu-isu dalam perkahwinan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

________________ ialah pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Talak

d)

Li'an

2.

Hukum talak bagi suami apabila isteri berakhlak buruk ialah ____________

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

3.

_________________ apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid.

a)

Makruh

b)

Haram

4.

Talak ______________ ialah talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah dan mahar yang baru.

a)

Raj'i

b)

Bain

5.

Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu. Penyataan tersebut merujuk kepada maksud ________________

a)

Talak

b)

Khuluk

c)

Li'an

d)

Fasakh

6.

_______________ ialah pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Poligami

d)

Talak

7.

Lian ialah sumpah suami apabila menuduh isterinya ________________ tanpa ada empat orang saksi atau menafikan nasab.

a)

curang

b)

berzina

c)

berkhalwat

d)

berdua-duaan

8.

Hukum lian ialah _____________ untuk mengelakkan suami daripada hukuman qazaf.

a)

harus

b)

sunat

c)

haram

d)

wajib

9.

Antara kesan lian ialah suami isteri tidak boleh rujuk selama-lamanya.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami. Penyataan tersebut merujuk kepada _____________

a)

Iddah

b)

Talak

c)

Rujuk

d)

Nusyuz

11.

Situasi : Isteri yang telah putus haid, sekiranya suaminya meninggal dunia. Tempoh iddahnya ialah selama ________________

a)

3 bulan hijrah

b)

3 kali suci

c)

4 bulan 10 hari

d)

4 bulan 11 hari

12.

Berikut ialah contoh nusyuz: (boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Isteri enggan melayan suami

b)

Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab munasabah

c)

Ingkar perintah suami yang bercanggah dengan syarak

d)

Melakukan kekasaran terhadap suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan

13.

Rujuk ialah hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikan dalam tempoh (a)  

14.

Siapakah paling layak untuk menjaga anak selepas perkahwinannya dibubarkan.

a)

Ibu

b)

Bapa

c)

Ibu kepada ibu

d)

Ibu kepada bapa

15.

Berikut adalah syarat rujuk kecuali

a)

dengan kerelaan sendiri

b)

tanpa kerelaan isteri

c)

ada lafaz rujuk

d)

isteri yang diceraikan masih dalam tempoh iddah

16.

Iddah wanita hamil adalah

a)

3 kali suci

b)

Sehingga melahirkan anak

c)

3 bulan hijrah

d)

Tiada iddah

17.

Berikut merupakan pembubaran perkahwinan kecuali..

a)

Talaq

b)

Qazaf

c)

Fasakh

d)

Khuluk

18.

Berikan pembubaran perkahwinan untuk isteri (boleh pilih lebih dari 1)

a)

Talaq

b)

Fasakh

c)

Khuluk

d)

Lia'n

19.

Hukum bagi lelaki yang melafazkan talaq apabila telah tidak ada persefahaman berlaku antara suami isteri dan sentiasa berbalah setiap hari.

a)

Wajib

b)

Haram

c)

Harus

d)

Makruh

20.

Berikan jenis talaq yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah

a)

Talaq 3

b)

Talaq disebabkan Fasakh

c)

Talaq Rajie

d)

Talaq Bain

21.

Antara berikut, penceraian manakah yang tidak boleh rujuk dengan talaq rajie dan talaq bain?

a)

Talaq 3

b)

Fasakh

c)

Khuluk

d)

Li'an

22.

Situasi: Seorang wanita berkahwin, ditalak suaminya sebelum disetubuhi. Berapa lamakah tempoh iddah?

a)

3 kali suci

b)

3 bulan Hijrah

c)

Tiada Iddah

d)

4 bulan 10 hari

23.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab-sebab fasakh?

a)

Suami melakukan kezaliman terhadap isteri

b)

Suami berpenyakit yang susah diubati

c)

Isteri memiliki perangai buruk

d)

Murtad

24.

Syarat-syarat rujuk adalah

a)

Dengan kerelaan sendiri

b)

Penceraian kerana khuluk

c)

Isteri selesai tempoh idah

d)

Bukan diceraikan dengan talak tiga

e)

Ada lafaz yang menunjukkan rujuk

25.

Tempoh idah bagi isteri yang bercerai kerana kematian suami adalah

a)

tiada idah

b)

4 bulan 10 hari

c)

3 kali suci

d)

3 bulan hijrah