wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIRAH TAHUN 3 (U1)

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Nabi Muhammad mengasingkan diri di gua Hira'?

a)

Suka dengan perkhemahan di sana

b)

Tidak suka melihat kaumnya melakukan maksiat

c)

Inginkan ketenangan untuk menulis buku

d)

Mengisi masa lapang

2.

Apakah nama surah yang merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad saw?

a)

Surah Al-Fatihah

b)

Surah Al-Baqarah

c)

Surah Al-'Alaq

d)

Surah Al-Ikhlas

3.

Apakah pengajaran daripada wahyu pertama yang diturukan kepada Nabi Muhammad saw?

a)

Jangan menceritakan keburukan orang lain

b)

Jangan bermain di kawasan gua

c)

Mesti menjaga ahli keluarga

d)

Menuntut ilmu sangat digalakkan dalam Islam

4.

Siapakah yang ditemui oleh Khadijah dan Nabi Muhammad saw selepas peristiwa penurunan wahyu pertama?

a)

Buhaira

b)

Waraqah Bin Naufal

c)

Abu Bakar As-Siddiq

d)

Abu Talib Bin Abdul Mutalib

5.

Pilih yang berkaitan dengan Waraqah Bin Naufal.

a)

Mendalami kitab Taurat dan kitab Zabur

b)

Seorang yang tua dan celik penglihatan

c)

Menterjemahkan kitab Injil dalam bahasa Arab

d)

Membantu dakwah Nabi Muhammad saw

6.

Berikut adalah pesanan Waraqah Bin Naufal kepada Nabi Muhammad saw, kecuali ___________.

a)

Nabi Muhammad saw akan menjadi rasul yang terakhir

b)

Jibril ialah malaikat yang dahulunya datang menemui Nabi Musa as

c)

Nabi Muhammad saw akan dikasihi dan disayangi oleh kaumnya

d)

Berjanji akan membantu Baginda saw dalam usaha penyebaran dakwahnya

7.

Nabi Muhammad saw telah berdakwah secara sulit selama _____ dan secara terang-terangan selama ______ ketika berada di Mekkah.

a)

13 tahun, 10 tahun

b)

10 tahun, 3 tahun

c)

3 tahun, 10 tahun

d)

10 tahun, 13 tahun

8.

Siapakah 3 orang yang tergolong dalam golongan yang terawal memeluk agama Islam?

a)

Uthman Bin 'Affan

b)

Zaid Bin Harithah

c)

Khalid Bin Al-Walid

d)

Zubair Bin Al-'Awwam

9.

Di manakah Nabi Muhammad saw telah mengumpulkan penduduk Mekkah untuk memulakan dakwah Baginda saw secara terang-terangan?

a)

Di rumah Nabi Muhammad saw

b)

Di Bukit Marwah

c)

Di Bukit Safa

d)

Di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam

10.

Surah apa yang diturunkan oleh Allah swt mengenai Abu Lahab dan isterinya?

a)

Surah al-Masad

b)

Surah al-Fill

c)

Surah asy-Syam

d)

Surah al-Kafirun

11.

Nyatakan 3 sebab mengapa pembesar-pembesar Quraisy tidak menyukai agama Islam?

a)

Mahu mempertahankan penyembahan berhala

b)

Takut dengan pembalasan Hari Akhirat

c)

Takut diberi penghormatan sebagai penjaga Ka'abah

d)

Bimbangkan persaingan menjadi ketua

12.

Antara berikut, siapakah hamba yang telah diseksa oleh pembesar Quraisy pada awal penyebaran dakwah Baginda saw secara terang-terangan?

a)

Bilal Bin Rabah

b)

Zaid Bin Harithah

c)

Sumayyah

d)

Ja'afar Bin Abu Talib

13.

Siapakah yang telah mengetuai rombongan Islam ke Habsyah?

a)

'Amru Bin 'Aash

b)

Ali Bin Abi Talib

c)

Ja'afar Bin Abu Talib

d)

Mus'ab Bin Umair

14.

Ketika Nabi Muhammad saw berdakwah ke Thaif, bagaimanakah penerimaan penduduk Thaif terhadap dakwah Baginda saw?

a)

Menerima dengan hati yang terbuka

b)

Dihina dan dibaling batu

c)

Dilayan dan diraikan dengan jamuan

d)

Tidak diendahkan seperti Nabi Muhammad saw tiada di situ

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan isi perjanjian Bai'atul 'Aqabah Petama?

a)

Tidak mensyirikkan Allah swt

b)

Berjihad menegakkan Islam

c)

Saling membantu

d)

Tidak menabur fitnah