wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKTA BEKALAN ELEKTRIK

Total questions: 50

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiap orang kompeten

dan bahagian pepasangan yang akan berada dibawah tanggungjawab setiap

orang kompeten yang diambil kerja disediakan oleh:

i. Pemunya

ii. Pengurusan atau pemegang lesen

iii. Jurutera Elektrik Kompeten

a)

i sahaja

b)

i dan ii

c)

i dan iii

d)

Semua diatas

2.

Seseorang itu boleh dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki

peperiksaan Penjaga Jentera Elektrik ialah :-

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak melebihi 20 tahun

iii. Berkelayakan pendidikan yang sesuai ditentukan oleh Lembaga

Pemeriksa

iv. Pengalaman kerja tidak melebihi daripada tiga tahun

v. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan

a)

Semua di atas

b)

i, ii, iv dan v

c)

i, ii, iii dan iv

d)

i, iii dan v

3.

Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera adalah dikeluarkan dalam ____________

a)

Borang L

b)

Borang M

c)

Borang N

d)

Borang P

4.

Orang yang bertanggungjawab mengambil langkah awasan yang secukupnya

untuk mencegah pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak

sengaja semasa orang sedang bekerja

a)

Orang kompeten

b)

Pihak pengurusan

c)

Pihak pemunya

d)

Penghuni pepasangan

5.

Suatu Perakuan hendaklah diperakukan oleh seorang Pendawai apabila

pendawaian elektrik dalam suatu pepasangan yang di bawah penyeliaan

langsungnya apabila telah siap. Perakuan itu adalah

a)

Perakuan Penyeliaan

b)

Perakuan Penyiapan

c)

Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan

d)

Perakuan Ujian

6.

Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990 mana-mana orang yang gagal

untuk mendaftarkan apa-apa pepasangan di bawah seksyen 21 adalah

melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan denda

tidak melebihi ______________

a)

RM 5,000.00

b)

RM 10,000.00

c)

RM 25,000.00

d)

RM 1,000.00

7.

Mana-mana geganti atau peranti perlindungan sesuatu pepasangan hendaklah

diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali

setiap ____________ atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh pengarah

a)

1 tahun

b)

2 tahun

c)

3 tahun

d)

5 tahun

8.

Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, tiada seorang pun boleh Memasang apaapa

pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada

mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada _____________

a)

Suruhanjaya Tenaga

b)

Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen

c)

Jurutera Penyelia yang berdaftar

d)

Kontraktor Elektrik yang berdaftar

9.

Kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 mereka boleh didenda sehingga _________ apabila menjual atau mengimport apa-apa kelengkapan sehingga

menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia.

a)

RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

b)

RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya

c)

RM 300,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

d)

RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

10.

Merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990, mana-mana orang yang merosakkan apa-apa meter bagi pepasangan berlesen boleh didenda sehingga _____________ apabila disabitkan kesalahan.

a)

RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya

b)

RM 1,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

c)

RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya

d)

RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

11.

Tempoh sah Perakuan Pendaftaran adalah _______________ dari tarikh pendaftaran dan pembaharuan _______________ Sebelum tamat tempoh

a)

dua belas bulan, empat bulan

b)

satu tahun, enam bulan

c)

dua belas bulan, dua bulan

d)

dua belas bulan, satu bulan

12.

Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara-perkara di bawah

Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 jika dia berumur melebihi

a)

55 tahun

b)

60 tahun

c)

65 tahun

d)

70 tahun

13.

Mengikut Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1994, sesuatu motor elektrik hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk

a)

memberhentikan motor itu

b)

melindungi motor dari arus beban lampau

c)

melindungi motor itu dari arus kerosakan ke bumi dan arus beban lampau

d)

memula dan memberhentikan motor itu

14.

Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah, seorang Pendawai Tanpa Had dan dua orang Pendawai Fasa Tunggal sedang berkhidmat di sebuah syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar. Berapakah fees yang perlu dibayar oleh orang-orang kompeten di atas untuk mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tenaga

a)

RM 80.00

b)

RM 100.00

c)

RM 110.00

d)

RM 150.00

15.

Mana-mana orang tidak membenarkan, menyerang, menghalang dan enggan memberi maklumat kepada mana-mana Pengarah atau Pegawai Polis adalah

melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi ____________.

a)

RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun

b)

RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun

c)

RM 15,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun

d)

RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun

16.

Bilakan Akta Bekalan Elektrik ini dikuatkuasakan?

a)

1 September 1990

b)

2 September 1990

c)

1 September 1991

d)

1 September 1994

17.

Dalam susunan Akta ini ada berapakan bahagian-bahagiannya?

a)

14 bahagian

b)

13 bahagian

c)

16 bahagian

d)

10 bahagian

18.

Dalam Akta Bekalan Elektrik 1990, terdapat berapa seksyen di dalamnya?

a)

57 seksyen

b)

58 seksyen

c)

56 seksyen

d)

50 seksyen

19.

Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, tiada seorang pun boleh Memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana- mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada

a)

Suruhanjaya Tenaga

b)

Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen

c)

Jurutera Penyelia yang berdaftar

d)

Kontraktor Elektrik yang berdaftar

20.

Suatu notis standard yang mempamerkan perkataan _______hendaklah diletakkan di luar tiap-tiap tempat yang mengandungi radas elektrik di mana gangguan tidak dibenarkan pada radas itu

a)

“DILARANG MASUK”

b)

“AWAS”

c)

“BAHAYA”

d)

“ORANG SEDANG BEKERJA”

21.

Mana-mana geganti atau peranti perlindungan sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap

a)

1 tahun

b)

2 tahun

c)

3 tahun

d)

5 tahun

22.

Orang yang bertanggungjawab mengambil langkah awasan yang secukupnya untuk mencegah pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak sengaja semasa orang sedang bekerja

a)

Orang kompeten

b)

Pihak pengurusan

c)

Pihak pemunya

d)

Penghuni pepasangan

23.

Apakah maksud "Ditebat"

a)

Diganti dengan bahan penebat

b)

Bahan penebat

c)

Disaluti dengan bahan penebat

d)

Disaluti dengan bahan pengalir elektrik

24.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Janakuasa"

a)

Mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik

b)

Mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik

c)

Mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal

d)

Mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik

25.

Tanah Rizab adalah "Tanah yang dirizabkan bagi suatu maksud awam, rizab keretapi dan hutan simpan"

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak berkenaan

26.

Berapakah fee yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Elektrik bagi peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pendawai

a)

RM 500

b)

RM 100

c)

RM 50

d)

RM 60

27.

Nyatakan 4 fungsi dan tugas Suruhajaya Tenaga?

a)

Untuk memastikan bahawa segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik dipenuhi

b)

Untuk menggalakan dan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi

tujuan kemajuan Ekonomi Malaysia

c)

Untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan kelayakan dan pengalaman praktrik yang minimum bagi apa-apa maksud menurut Akta ini.

d)

Untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan apa-apa pepasangan elektrik

28.

Keselamatan diri adalah

a)

Bermaksud penghindaran bahaya kepada individu atau kepada

harta persendirian

b)

Bermaksud penghindaran bahaya kepada kepada

harta persendirian

c)

Bermaksud penghindaran bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian dan harta awam

d)

Bermaksud penghindaran bahaya kepada individu, masyarakat, negara

29.

Apakah yang dimaksudkan dengan lampu awam?

a)

Bermaksud lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi jalan-jalan

b)

Bermaksud lampu yang digunakan untuk menerangi tempat awam lain.

c)

Bermaksud lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-

mana lebuh atau tempat awam lain.

d)

Bermaksud lampu yang digunakan dijalan raya

30.

Amaun Pampasan yang hendak dibayar dibawah Seksyen 11 dan 13 hendaklah ditafsir oleh

a)

Pentadbir Tanah Daerah

b)

Pentadbir Tanah Negeri

c)

Pentadbir Tanah Wilayah

d)

Pentadbir Tanah Bandar

31.

Siapakah yang berhak menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta di mana-mana Negeri?

a)

Raja

b)

Menteri

c)

Pejabat Daerah

d)

Suruhanjaya Tenaga

32.

Mengikut akta bekalan elektrik "Mati" adalah

a)

Meninggal dunia

b)

Tidak mengeluarkan bunyi

c)

Tidak hidup atau bertenaga

d)

Tidak berfungsi

33.

Mengikut akta elektrik, “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubung dengan pembekalan elektrik

a)

Betul

b)

Salah

34.

“Penggerak utama” adalah

a)

Mesin yang menjana tenaga elektrik dalam janakuasa

b)

Mesin yang membekalkan tenaga elektrik ke jana kuasa

c)

Janakuasa yang membekalkan tenaga mekanik kepada mesin

d)

Mesin yang membekalkan tenaga mekanik ke jana kuasa

35.

Voltan Tinggi adalah

a)

Voltan yang biasanya melebihi 600 Volt

b)

Voltan yang biasanya melebihi 3000 Volt

c)

Voltan yang biasanya melebihi 600 Volt tetapi tidak melebihi 3000 Volt

d)

Voltan yang biasanya melebihi 1000 Volt tetapi tidak melebihi 3000 Volt

36.

Voltan amat tinggi adalah

a)

Voltan yang biasanya melebihi 600 Volt tetapi tidak melebihi 3000 Volt

b)

Voltan yang biasanya melebihi 3000 Volt

c)

Voltan yang biasanya melebihi 600 Volt

d)

Voltan yang biasanya melebihi 1000 Volt tetapi tidak melebihi 3000 Volt

37.

Tanah Negeri adalah

a)

Bermaksud tanah bermilik

b)

Bermaksud tidak termasuk tanah rizab

c)

Bermaksud tanah rizab dan tanah bermilik

d)

Bermaksud tidak termasuk tanah rizab dan tanah bermilik

38.

Mengikut akta elektrik, penukaran adalah

a)

Penukaran tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik melalui cara statik atau danamik

b)

Penukaran arus ulang alik kepada arus terus

c)

Penukaran arus ulang alik kepada arus terus atau sebaliknya melalui cara statik atau danamik

d)

Penukaran arus terus melalui cara statik atau danamik

39.

Atas alasan apakah lesen boleh digantung oleh Suruhanjaya?

a)

Meminjamkan lesen kepada pemaju lain

b)

Pelanggaran mana-mana syarat lesen atau keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru kena dibayar dibawahnya

c)

Melanggar arahan daripada kontraktor tanpa alasan yang munasabah

d)

Tidak membayar sewa lesen selama 6 bulan

40.

Pemegang lesen adalah

a)

Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 9

b)

Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 13

c)

Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 29

d)

Orang yang dilesenkan dibawah seksyen 14(4)

41.

Orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya pepasangan, atau oleh kontraktor , yang bertindak sebagai ejen untuk dan/atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalankan tugas tertentu yang berdampingan dengan penjanaankuasaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan elektrik diertikan sebagai :-

a)

Orang kompeten

b)

Jurutera

c)

Orang yang diberi kuasa

d)

Pengurus

42.

Seorang pekerja kilang di Shah Alam telah maut akibat terkena kejutan elektrik. Mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990, siapakah yang bertanggung jawab untuk melapurkan kejadian tersebut kepada Suruhanjaya Tenaga?

a)

Rakan sekerja mangsa

b)

Pemunya atau pengurus kilang

c)

Waris terdekat mangsa

d)

Penjaga Jentera Elektrik

43.

Maksud orang kompeten;

a)

Seseorang yang mahir dan berpangalaman dalam kerja-kerja

elektrik.

b)

Seseorang yang cekap mengendali dan membaiki apa-apa peralatan di dalam sesuatu pepasangan elektrik.

c)

Seseorang yang memegang perakuan kekompetenan yang

dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan kerja mengikut sekatan tertentu.

d)

Seseorang yang memegang perakuan kekompetenan yang

dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa bekalan

44.

Dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) ”keselamatan diri” ertinya :-

a)

Penghindaran bahaya kepada individu.

b)

Penghindaran bahaya kepada individu atau kepada Negara.

c)

Penghindaran bahaya kepada individu atau kepada harta

persendirian.

d)

Penghindaran bahaya kepada harta persendirian atau harta awam.

45.

Dalam kecacatan berbahaya yang hampir benar berlaku pada pepasangan atau bahagiannya, mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, Suruhanjaya Tenaga boleh mengambil tindakan berikut :-

a)

Mengenakan kompaun ke atas pengurus pepasangan atau pemegang lesen kerana tidak membaiki dan menyenggara pepasangan tersebut.

b)

Menggantungkan serta merta pengendalian dan penggunaan pepasangan itu, dan jika perlu melakkan pepasangan itu atau bahagiannya sehingga kecacatan itu diperbaiki atau dihapuskan.

c)

Mengarahkan kecacatan tersebut dibaiki atau dihapuskan serta merta.

d)

Memotong bekalan ke pepasangan tersebut.

46.

Dibawah Peraturan Peraturan Elektrik 1994, voltan yang biasanya tidak melebihi 50 volt arus ulang-alik atau 120 volt arus terus, sama ada antara konduktor atau antara konduktor dengan bumi dikategorikan di bawah :-

a)

Voltan amat rendah

b)

Voltan Rendah

c)

Voltan Tinggi.

d)

Voltan Amat Tinggi

47.

Berikut merupakan kelayakan menjadi Pencantum Kabel, mengikut Peraturan-peraturan Elektrik, kecuali;

a)

dia adalah warganegara Malaysia

b)

memiliki kelayakan pendidikan yang sesuai seperti yang ditentukan oleh Suruhanjaya

c)

berumur tidak kurang dari 20 tahun

d)

berumur tidak kurang dari 18 tahun

48.

mengikut Peraturan-peraturan Elektrik, kontraktor Kelas D berupaya untuk;

a)

menjalankan kerja elektrik yang mencapai satu juta ringgit nilainya

b)

menjalankan kerja elektrik yang melebihi satu juta ringgit nilainya

c)

menjalankan kerja elektrik yang mencapai lima ratus ribu ringgit nilainya

d)

menjalankan kerja elektrik yang mencapai seratus ribu ringgit nilainya

49.

Menurut akta elektrik, yang manakah BUKAN bermaksud 'infrastruktur bekalan elektrik' ;

a)

stesen jana kuasa

b)

mesin yang berputar daripada apa-apa jenis bagi menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik

c)

talian bekalan utama dan talian bekalan

d)

pencawang bagi penukaran, pengubahan atau pengawalan elektrik

50.

Merujuk Akta Bekalan Elektrik,seksyen berapakah yang menetapkan had umur minima bagi seseorang boleh diambil bekerja ?

a)

50

b)

51

c)

52

d)

49