Font size
WorksheetsKebebasan Asasi
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
1. Manakah di antara tindakan berikut dikatakan melanggar hak asasi seseorang individu di Malaysia?
I Mereka yang gagal melaporkan diri untuk PLKN didenda
II Kerahan tenaga diadakan untuk mempertahankan negara
III Para penduduk Sabah / Sarawak dilarang bermastautin tetap di Semenanjung Msia
IV Seseorang yang ditahan tidak dibenarkan berunding atau dibela oleh peguamnya
2. Antara kebebasan asasi yang boleh disekat oleh undang-undang ialah
I Kebebasan bercakap
II Kebebasan menubuhkan persatuan
III Hak untuk berunding dengan peguam pilihannya sendiri
IV Hak untuk mengetahui sebab ditahan
3. Manakah di antara perkara-perkara berikut merupakan isu-isu sensitif dan tidak boleh dibangkitkan sewenang-wenangnya?
I mempersoalkan corak pentadbiran negeri
II mempersoalkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
III Penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi
IV Penarikan semula kerakyatan seseorang yang melakukan kesalahan jenayah berat
4. Manakah di antara berikut boleh menyebabkan kebebasan bergerak seseorang itu disekat kecuali
A Seseorang yang disyaki menghidap H1N1 dilarang menghadiri upacara pengebumian ibunya yang baru meninggal
B Seseorang yang dikenakan tindakan buang daerah dilarang keluar daripada daerah tersebut tanpa kebenaran polis
C Encik Alif dari Melaka dilarang masuk oleh pihak imigresen Sabah semasa beliau ingin melancong ke negeri tersebut.
D Pihak Syarikat Penerbangan Malaysia melarang Cik Ani menggunakan penerbangannya kerana beliau menghidap penyakit kronik.
5. Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?
A. En. P tdk dibenarkan memasuki negeri Sarawak
B. Pn. Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui
C. Cik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram
D. En. S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dlm tahanan
6. Perintah mahkamah "habeas corpus" ada hubungan rapat dengan kebebasan asasi individu iaitu
A kesamarataan antara kaum
B membebaskan individu daripada tahanan pihak berkuasa
C kebebasan bergerak
D kebebasan beragama
7. Yang manakah berikut merupakan isu-isu sensitif dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?
I mempersoalkan corak pentadbiran kerajaan negeri
II meminta agama-agama lain setaraf dengan agama Islam
III Bahasa Inggeris digunakan dalam persidangan antarabangsa
IV pelucutan kewarganegaraan seseorang yang melakukan jenayah berat
...tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang..
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan
A kesamarataan
B kebebasan diri
C kebebasan beragama
D pengabdian dan kerja paksa
9. Manakah antara tindakan berikut disifatkan sebagai melanggar hak asasi individu?
I Rumah pengedar dadah disita atas arahan mahkamah
II Seseorang dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam pembunuhan
III Lojumin Galapan dari Sabah dilarang bermastautin di Semenanjung Malaysia
IV Ali yang ditangkap dan ditahan reman selama 7 hari tanpa dihadapkan ke hadapan Majistret
10. Tindakan berikut disifatkan sebagai melanggar hak asasi seseorang
I Pengambilan tanah oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan dengan membayar pampasan
II Penduduk Sarawak boleh menetap di Semenanjung Malaysia
III Seseorang yang ditangkap tidak dibenarkan membela diri
IV Merobohkan penempatan tanpa memberi notis
