wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Trend Persekitaran Perniagaan

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran .............................sesuatu perniagaan.

a)

permulaan

b)

perkembangan

c)

pengakhiran

2.

Apakah faktor yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

a)

awalan, akhiran

b)

dalaman, luaran

c)

utama, kedua

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan faktor dalaman?

a)

Faktor ekonomi

b)

Persekitaran umum

c)

Faktor yang boleh dikawal oleh organisasi

4.

Apakah maksud trend meningkat?

a)

Keadaan yang konsisten dalam perniagaan

b)

Aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun

c)

Aktiviti dan operasi perniagaan dalam keadaan baik dan berkembang maju

5.

Apakah yang terjadi kepada faktor luaran apabila berlakunya trend menurun?

a)

Pekerja yang rajin

b)

Keadaan politik yang tidak stabil

c)

Pegeluaran yang tidak mencukupi

6.

Apakah yang berlaku semasa ekonomi berada pada Fasa II?

a)

Pendapatan kerajaan merosot

b)

Pengangguran akan meningkat

c)

Perniagaan menambahkan pengeluaran produk

d)

Penduduk mempunyai pendapatan yang mencukupi

7.

Faktor luaran yang menyebabkan trend persekitaran perniagaan menurun adalah disebabkan oleh ...

a)

ekonomi berkembang pesat

b)

politik dan perundangan yang stabil

c)

bahan mentah yang berlebihan di dalam pasaran

d)

keadaan ekonomi lembab atau perlahan

8.

Sekiranya trend perniagaan mendatar, perniaga perlu ...

a)

meningkatkan daya saing dan membuat penambahbaikan pada barang dan perkhidmatan.

b)

mengeluarkan produk dengan lebih banyak

c)

mengekalkan pasaran sedia ada

d)

meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan.

9.

Mengapakah berlaku trend mendatar dalam persekitaran perniagaan ....

a)

kerana perubahan dalam faktor dalaman

b)

kerana perubahan dalam faktor luaran

c)

kerana tiada sebarang perubahan ketara berlaku terhadap faktor luaran

d)

kerana tiada sebarang perubahan ketara berlaku terhadap faktor luaran dan dalaman

10.

Keadaan yang manakah menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?

a)

Politik yang stabil

b)

Pekerja yang inovatif dan kreatif

c)

Sistem pengurusan yang cekap

d)

Aktiviti pemasaran kurang berkesan

11.

Negara Q

-Kuasa beli meningkat

-Pengangguran menurun

-Perniagaan menembusi ke tahap antarabangsa


Apakah tahap perkembangan keadaan ekonomi di negara Q?

a)

Lembap

b)

Merosot

c)

Melambung

d)

Kemelesetan

12.

Disebabkan situasi pandemik COVID-19, Kumpulan muzik terkenal BUS terpaksa membatalkan konsert mereka


Faktor luaran apakah yang membuatkan perkara ini berlaku?

a)

Ekonomi

b)

Perundangan

c)

Masyarakat

d)

Jaringan

13.

Setelah 5 tahun menjual Nasi Ayam Hainan. Pn Ramlah mendapati perniagaan beliau tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan dalam keadaan tepu. Untuk mengatasi masalah ini beliau menambah menu dengan menjual Nasi Ikan Bawal dan Nasi Kambing Bakar.


Apakah cara yang dilakukan oleh Pn Ramlah untuk meningkatkan daya saing?

a)

Penambahbaikan produk

b)

Mengeluarkan produk baru

c)

Mencari pasaran baru

14.

Selain daripada jualan produk, perniagaan boleh mendapat sumber pendapatan daripada aktiviti sampingan seperti

a)

penyewaan bangunan

b)

faedah simpanan bank

c)

berkolaborasi dengan peniaga lain

d)

membuat perkhidmatan penghantaran barang yang dijual

15.

Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan boleh memberikan kesan terhadap pekerjaan.Apakah kesan tersebut?

a)

Mesti menaikkan gaji pekerja

b)

Memanjangkan masa kerja pekerja

c)

Menekankan kadar upah minimum

d)

Mewujudkan diskriminasi pekerjaan

16.
Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis trend perniagaan :
- Keadaan konsisten dalam perniagaan
- Tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan luaran perniagaan
Apakah jenis trend perniagaan tersebut?
a)
Trend Meningkat
b)
Trend Menurun
c)
Trend Mendatar
d)
Trend Malar
17.
Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga?
a)
Pekerja yang menyumbangkan tenaga untuk mengeluarkan produk
b)
Pekerja yang bekerja untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
c)
Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam sesuatu pekerjaan
d)
Pekerja yang berkerja untuk mendapatkan pendapatan isi rumah
18.
Fokus penggunaan tenaga kerja untuk pembangunan negara adalah penekanan tenaga kerja dalam sektor __________ & ___________.
a)
Pengeluaran & Penyelidikan
b)
Penyelidikan & Penghasilan
c)
Perkhidmatan & Pengeluaran
d)
Profesional & Penyelidikan
19.
Perubahan dalam tenaga kerja berlaku seiring dengan perkembangan ___________. 
a)
Ekonomi
b)
Teknologi
c)
Pendapatan
d)
Trend
20.
Yang manakah antara berikut bukan sumber/ punca pendapatan yang boleh diperoleh oleh individu?
a)
Menjadi promoter di Paradigm Mall
b)
Menjadi agen dropship De'Xandra 
c)
Membuka akaun ASNB
d)
Menjadi penyewa sebuah rumah