wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KATA SENDI NAMA TAHUN 6

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu___________cermat.

a)

dengan

b)

kepada

c)

hingga

d)

sejak

2.

Lelaki itu menghadiahkan sejambak bunga mawar____________tunangnya.

a)

sejak

b)

hingga

c)

kepada

d)

di

3.

Encik Hariz dan rakannya mengusahakan ternakan ikan air tawar_________________lima tahun yang lalu.

a)

sejak

b)

di

c)

dengan

d)

kepada

4.

Cikgu menyampaikan hadiah pertandingan kuiz ____________para pemenang.

a)

dengan

b)

kepada

c)

pada

d)

oleh

5.

____________kecil lagi, Hazri tinggal dengan neneknya di kampung.

a)

Pada

b)

Daripada

c)

Demi

d)

Sejak

6.

Puan Yasmin memotong buah tembikai ______________sebilah pisau.

a)

dari

b)

oleh

c)

dengan

d)

demi

7.

Hari kantin sekolah akan diadakan___________________ minggu depan.

a)

kepada

b)

untuk

c)

oleh

d)

pada

8.
Masyarakat di negara kita amat beruntung kerana dapat menikmati pelbagai jenis buah........... musim buah-buahan.
a)
di
b)
pada
c)
daripada
d)
dari
9.
Laksamana Megat Seri Rama telah menerima anugerah................Sultan Mahmud Syah atas kejayaan beliau mengalahkan lanun di laut.
a)
daripada
b)
dari
c)
pada
d)
ke
10.
Jangan biarkan kanak-kanak bermain............ musim banjir untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
a)
daripada
b)
di
c)
pada
d)
kepada
11.

"Ayah dan ibu berkirim salam............. Pak teh dan Mak Teh,” kata Irfan.

a)

ke

b)

pada

c)

kepada

d)

di

12.
Perahu nelayan itu tertambat ...........sebatang kayu bakau di tepi jeti.
a)
kepada
b)
di
c)
daripada
d)
pada
13.

“Saya ingin membeli dua keping tiket bas ekspress.................. Segamat,” kata Pak Hasyim.

a)

ke

b)

dari

c)

pada

d)

hingga

14.
Kemerosotan akhlak...........kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
a)
di
b)
dalam
c)
antara
d)
pada
15.
Pertandingan pidato itu berlangsung...................pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.
a)
daripada
b)
pada
c)
dari
d)
ke
16.
Harga kasut sukan yang dipakainya lebih mahal...................harga kasut yang dipakai oleh abangnya.
a)
dari
b)
kepada
c)
daripada
17.
Kak Munirah memasukkan buku-buku itu..............dalam kotak.
a)
di
b)
ke
c)
pada
d)
kepada
18.
Cadangan yang dikemukan oleh Hazim akan dipertimbangkan..........guru kelas mereka.
a)
kepada
b)
akan
c)
pada
d)
oleh
19.
Kami akan memaklumkan perkembangan projek tersebut dari semasa..............semasa.
a)
kepada
b)
pada
c)
di
d)
ke
20.
Tengku Zalita tidak sombong walaupun berasal...............golongan bangsawan.
a)
daripada
b)
dari
c)
di
d)
dalam