NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3 - Kata Kerja
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Bot marin itu __________________ bot nelayan asing yang memasuki kawasan perairan Malaysia.
menunda
membawa
menolak
menarik
Abang ___________ buluh untuk dibuat wau.
meraut
mengupas
mencedok
mengikis
Menteri Pendidikan akan mengadakan _____________ singkat ke sekolah-sekolah di daerah Kuantan.
lawatan
melawat
dilawat
lawat
Ibu _______________ sekeping asam gelugur dan beberapa cubit garam ke dalam gulai.
memasukkan
dimasukkan
termasuk
masuk
Rakyat Malaysia dapat __________ segala pembangunan yang ada berkat pengorbanan pemimpin terdahulu.
menikmati
melayari
melalui
terasa
Kedua-dua tangan Asmin terkapai-kapai di permukaan kolam seolah-olah ____________ pertolongan.
meminta
mencari
mendapat
memohon
Sungguhpun usianya sudah lanjut, namun semangatnya untuk _____________ diri dalam kerja-kerja amal tetap membara.
melibatkan
memasukkan
menyertakan
merasakan
Taraf hidup yang semakin meningkat boleh ______________ golongan yang kurang mampu.
membebankan
menaikkan
menyenangkan
menurunkan
Walaupun badan Fauziah kecil tetapi dia berjaya ________________ kotak yang berat itu.
mengangkat
membelah
memberi
menyampaikan
Longkang di tepi jalan itu __________ akibat pembuangan sampah sarap.
terhenti
terbantut
tersumbat
tergendala
Pak Kassim ______________ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.
mencakar
menggali
mengais
menimbus
Pasukan bola sepak sekolah mereka telah ___________ oleh pasukan lawan.
dimusnahkan
ditewaskan
dihapuskan
dihancurkan
Rumput yang panjang di belakang rumah itu ____________ oleh datuk.
ditebas
dipotong
digunting
ditarik
Buah tembikai itu telah _____________ oleh Puan Amirah menggunakan sebilah pisau yang tajam.
dihiris
dikupas
dipotong
dicincang
Tikar mengkuang itu ___________ oleh nenek untuk dijual kepada orang kampung.
dianyam
dibuat
dicipta
direka
Sampah sarap yang berbau busuk itu telah _________ oleh ayah di dalam tanah.
dimasukkan
dibakar
ditimbus
digali
Amir menangis kerana ___________ tebuan.
digigit
disengat
dipatuk
dicakar
Jambatan yang rosak sedang ______________ oleh penduduk kampung.
dibuat
dibaiki
dibina
diroboh
Baju ayah yang koyak itu _____________ oleh ibu.
dijahit
disulam
disemat
digosok
Pokok pisang yang _____________ oleh Ali di belakang rumahnya telah berbuah.
dituai
dipetik
ditanam
diracun
