wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Pengimbuhan)

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

1. Jun Hang sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya yang belajar di Amerika Syarikat.

a)

bertulis

b)

menulis

c)

penulis

d)

ditulis

2.

2. Rumah Ali ______________ (letak) di atas bukit.

a)

berletak

b)

meletak

c)

terletak

d)

diletak

3.

_________________ kes pembunuhan biasanya mengambil masa yang agak lama oleh mahkamah untuk diselesaikan.

a)

Pembicaraan

b)

Perbicaraan

c)

Berbicara

d)

Dibicara

4.

Sebaik sahaja sampai di rumah, abang __________ badan untuk berehat.

a)

membaringkan

b)

berbaringkan

c)

membaring

d)

dibaring

5.

Air mata Izzatul mula __________________ pipinya takkala mengingati kembali peristiwa silam yang sangat menyayat hatinya.

a)

dibasahi

b)

terbasah

c)

membasah

d)

membasahi

6.

Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam kemalangan.

a)

penglibatan

b)

melibatkan

c)

terlibat

d)

dilibat

7.

Rumah papan itu pernah saya __________________ ketika kecil dahulu

a)

kedudukan

b)

penduduk

c)

diduduki

d)

duduki

8.

Semua borang _________________ hendaklah sampai kepada pihak penganjur seminggu sebelum pertandingan

a)

disertai

b)

disertakan

c)

penyertaan

d)

menyertai

9.

Semua peserta dikehendaki ________________ borang sebelum menyertai pertandingan

a)

diisi

b)

berisi

c)

mengisi

d)

mengisikan

10.

Pilih jawapan yang betul:

Banyak (niaga) .... menyertai ekspo perdagangan itu.

a)

peniaga

b)

perniaga

c)

berniaga

11.

Muhamad Ali (tinju)...yang terkenal di seluruh dunia hingga ke hari ini.

a)

pertinju

b)

peninju

c)

petinju

12.

Negara Brunei Darussalan (masyhur)... di seluruh dunia.

a)

termasyhur

b)

dimasyhur

c)

dimasyhurkan

13.

Basikal itu saya (beli)... untuk adik saya sempena ulang tahunnya yang ke 12 tahun.

a)

membelikan

b)

belikan

c)

dibelikan

14.

Ceramah itu saya (sudah)... dengan ucapan terima kasih.

a)

mengsudahkan

b)

mengsudahi

c)

sudahi

15.

Budak itu sungguh (adap)... kerana suka melawan cakap orang tua.

a)

beradap

b)

biadap

c)

terhadap