Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Hubung Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Ekspo pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ___________ mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.
a)
jika
b)
ketika
c)
hingga
d)
sementara
2.
Makanlah makanan yang berkhasiat ___________ badan kamu sentiasa cergas.
a)
jika
b)
sejak
c)
kerana
d)
supaya
3.
Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, __________ Azmin mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
a)
dan
b)
lantas
c)
manakala
d)
sementara
4.
___________ hujan turun, pasukan bola sepak itu masih bermain di padang.
a)
Semoga
b)
Tatkala
c)
Hingga
d)
Supaya
5.
_____________ letih, pelumba basikal itu meneruskan kayuhannya sehingga ke garisan penamat.
a)
Tatkala
b)
Semasa
c)
Sungguhpun
d)
Walaubagaimanapun
6.

Razif menggilap sepatu yang hendak dipakainya ke majlis itu ____________ kelihatan menarik.

a)

untuk

b)

kerana

c)

supaya

d)

jikalau

7.

Pemain bola keranjang itu __________ berbadan tegap __________ juga bertubuh tinggi.

a)

tidak sahaja ..... atau

b)

bukan sahaja ..... malah

c)

bukan ..... walaupun

d)

namun ..... walaupun

8.

Abang mengulang kaji pelajaran __________ larut malam __________ peperiksaannya semakin hampir.

a)

dan ... agar

b)

jika ... sejak

c)

hingga ... kerana

d)

setelah ... apabila

9.

Teksi yang penuh dengan penumpang itu tidak akan berhenti __________ ditahan __________ ada penumpang yang ingin turun.

a)

walaupun ..... kecuali

b)

jika ..... sementara

c)

walhal ..... apabila

d)

ketika ..... hingga

10.

Ahli gusti itu __________ berbadan tegap __________ bertubuh tinggi lampai.

a)

bukan ..... walaupun

b)

tidak sahaja ..... atau

c)

bukan sahaja ..... namun

d)

bukan sahaja ..... tetapi juga

11.

__________ Encik Johan cacat penglihatan __________ dia berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan para cendekiawan yang normal.

a)

Supaya .... namun

b)

Kecuali .... sambil

c)

Walaupun .... tetapi

d)

Sungguhpun .... namun

12.
Haizal sedang tidur ______________ kami tiba di rumahnya.
a)
ketika
b)
jikalau
c)
sementara
d)
supaya
13.
Raj dan keluarganya pernah ke Pulau Tioman _______________ dia kecil dahulu.
a)
setelah
b)
semasa
c)
seraya
d)
sebelum
14.
__________ menyiapkan kerja sekolah, barulah Thanush boleh melayari internet.
a)
Sebelum
b)
Selepas
c)
Sementara
d)
Semasa
15.
Drama televisyen itu dapat menarik lebih ramai penonton __________ dibintangi oleh pelakon popular.
a)
jikalau
b)
semasa
c)
sementara
d)
malahan
16.
__________________ menghadiri beberapa temu duga, akhirnya Izzah berjaya menjadi seorang pramugari.
a)
Setelah
b)
Semenjak
c)
Semasa
d)
Sewaktu
17.
Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh ________________ ingin berjaya pada masa hadapan.
a)
sedangkan
b)
namun
c)
apabila
d)
sekiranya
18.
Ahli jawatankuasa Kelab Budaya bermesyuarat _____________ seorang ahlinya tidak hadir.
a)
ketika
b)
jikalau
c)
walaupun
d)
sementara
19.
Hari Keluarga akan diadakan di taman rekreasi itu ____________ cuaca baik.
a)
manakala
b)
jikalau
c)
sementara
d)
sehingga
20.
Haizal sedang tidur ______________ kami tiba di rumahnya.
a)
ketika
b)
jikalau
c)
sementara
d)
supaya