wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kehidupan Pak Mat yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan dia terpaksa menamatkan __________ lima orang anaknya.

a)

perjalanan

b)

pekerjaan

c)

persekolahan

d)

pelajaran

2.

Encik Ismail memuji para pekerjanya kerana __________ menjalankan tugas.

a)

cekap

b)

pantas

c)

laju

d)

tangkas

3.

Kejadian pecah rumah itu berlaku pada waktu malam yang sungguh __________.

a)

gelap-gelita

b)

hitam-likat

c)

hitam-legam

d)

terang-benderang

4.

Para petani menanam jagung __________ menunggu padi sedia untuk dituai.

a)

sewaktu

b)

apabila

c)

sementara

d)

tatkala

5.

__________ kamu berada semasa nama kamu diumumkan sebagai pemenang pertandingan mendeklamasi sajak?

a)

Siapakah

b)

Mengapakah

c)

Bilakah

d)

Di manakah

6.

Neneknya membentang se__________ tikar yang warnanya agak lusuh.

a)

bidang

b)

helai

c)

keping

d)

utas

7.

Haris __________ mengikuti rombongan ke Genting Highlands sekiranya mendapat keizinan daripada ibu bapanya.

a)

perlu

b)

dapat

c)

boleh

d)

mahu

8.

__________ Abdullah merupakan satu-satunya klinik yang terdapat di kampung ini.

a)

Autoklinik

b)

Poliklinik

c)

Proklinik

d)

Teleklinik

9.

Minit mesyuarat itu __________ petang semalam.

a)

sudah ditaip saya

b)

sudah oleh saya ditaip

c)

sudah saya taip

d)

sudah ditaip oleh saya

10.

Pasukan bomba bertungkus-lumus _________________ api dalam kebakaran itu.

a)

padam

b)

dipadam

c)

pemadam

d)

memadamkan

11.

__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.

a)

Batik

b)

Gamelan

c)

Dodol

d)

Tarian Inang

12.

__________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.

a)

Nyanyian

b)

Pakaian

c)

Masakan

d)

Tarian

13.

Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.

a)

sumpah-sumpah

b)

kisi-kisi

c)

angkut-angkut

d)

api-api

14.

Pilih ayat yang mempunyai pola Frasa Nama + Frasa Adjektif.

a)

Dia dari kalangan keluarga bangsawan.

b)

Kami sekeluarga melancong ke negara Eropah.

c)

Sekumpulan pelajar sedang membuat pembentangan di hadapan kelas.

d)

Cuaca pada pagi ini amat cerah

15.

Azlan dan rakan-rakannya suka memancing ikan di kolam itu.


Nyatakan predikat bagi ayat di atas.

a)

Azlan

b)

di kolam itu

c)

Azlan dan rakan-rakannya

d)

suka memancing ikan di kolam itu

16.

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

Buah-buahan dan sayur-sayuran

b)

Buah-buahan

c)

Sayur-sayuran

d)

kaya dengan vitamin, mineral dan serat.

17.

Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik-beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat di atas.

a)

Laksana pahat dengan penukul

b)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

c)

Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak

d)

Bagai dakwat dengan kertas

18.

Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:


Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

c)

Frasa Nama + Frasa Kerja

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

19.

“Ampun __________, memang benar kata-kata bendahara itu,” sembah Temenggung

Ibrahim kepada Sultan Mahmud.

a)

patik

b)

tuanku

c)

beta

d)

hamba

20.

Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

Rumah banglo

b)

Rumah banglo di hujung jalan itu

c)

Keluarga Aznita

d)

Kepunyaan keluarga Aznita