wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tahun 4 Rabu 8.09.2021

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Syafiq terpaksa ________ beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.

a)

mengelek

b)

menjinjing

c)

membimbit

d)

menggalas

2.

Hani memungut baju-baju kotor itu ________ merendamnya di dalam besen.

a)

dan

b)

atau

c)

maka

d)

lalu

3.

“Tolong ________ saya sepotong kuih,” kata Cikgu Kadir kepada Azman.

a)

buatkan

b)

carikan

c)

belikan

d)

hantarkan

4.

Zulhelmi telah menimang ________ yang pertama pada bulan Ogos yang lalu.

a)

anak emas

b)

cahaya mata

c)

anak bongsu

d)

anak angkat

5.
Wah, seronoknya! Sudah lama kita tidak menziarahi Mak Usu.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
6.
Anak perempuan Mak Usu akan berkahwin hujung bulan ini.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
7.

Gadis itu tersipu-sipu ________ apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.

a)

marah

b)

geram

c)

malu

d)

sedih

8.

"Berapakah harga se ________ buah kelapa ini?" tanya Pak Jabit sambil menunjuk ke arah longgokan kelapa di tepi jalan itu.

a)

butir

b)

colek

c)

buah

d)

biji

9.

Pak Tam sudah berusia lanjut. ________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.

a)

Namun demikian

b)

Di samping itu

c)

Tambahan pula

d)

Walhal

10.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang. 
a)
Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian. 
b)
Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. 
c)
Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. 
d)
Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang. 
11.

Pendekar Alang Yahya ________ sebilah keris di pinggangnya.

a)

menampalkan

b)

menyisipkan

c)

meletakkan

d)

menyangkutkan

12.

Puan Ainon sedang ________ kuih pau yang berintikan kacang merah.

a)

merebus

b)

menanak

c)

mengukus

d)

menjerang

13.

Perdana Menteri sering menegaskan bahawa Malaysia telah mampu bersaing dan ________ dengan negara maju dalam pelbagai bidang.

a)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

b)

enggang sama enggang, pipit sama pipit

c)

tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

14.

Sebanyak RM600 perlu dibayar sebagai ________ bagi menyertai pakej pelancongan ke luar negara itu.

a)

duit kopi

b)

buah tangan

c)

wang hangus

d)

wang muka

15.

Amirah berasa cemas kerana pemandu kenderaan itu cuba menggertaknya.

Pilih perkataan sinonim bagi menggertak.

I memukul

II mendera

III mengugut

IV mengancam

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

16.

Husna berasa sedih ________ kucing kesayangannya mati akibat dilanggar kereta.

a)

dan

b)

lalu

c)

kerana

d)

namun

17.

Harga ________ buah rambutan dan ________ sayur itu cuma RM5.00 sahaja.

a)

sebuah ..... secekak

b)

sebiji ..... sekumpulan

c)

selonggok ..... seikat

d)

sekumpulan ..... serumpun

18.

" ________ perlu berwaspada dengan gerak-geri pihak musuh," kata Leftenan Adnan kepada pasukannya.

a)

Saya

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

19.

Tindakan Faris melengah-lengahkan bayaran bulanan keretanya ________ apabila keretanya ditarik oleh pihak bank.

a)

makan diri

b)

makan hati

c)

makan dalam

d)

makan lawan

20.

Orang ramai bersorak ketika Syafiq Rahim ________ piala kemenangan selepas menjuarai kejohanan bola sepak itu.

a)

memikul

b)

menjulang

c)

menjinjing

d)

menatang