Font size
WorksheetsKELESTARIAN ALAM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Antara gas berikut, yang manakah menyebabkan kesan rumah hijau?
Karbon dioksida
Karbon monoksida
Sulfur dioksida
Apakah kesan penggunaan baja kimia seperti nitrat dan fosfat?
Pembiakan mikroorganisma secara pesat
Kekurangan oksigen dalam air
Menipiskan lapisan ozon
Masalah peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera dapat diatasi dengan
Memasang sistem pembersih udara
Menanam lebih banyak tumbuhan
Memasang pemendak elektrostatik pada cerobong kilang
Penggunaan baja ............. dan ............ secara berlebihan akan menyebabkan eutrofikasi
nitrat
metana
fosfat
Apabila Nilai BOD tinggi........
Pilihan jawapan yang betul adalah..
Pencemaran tinggi
Kandungan oksigen terlarut rendah
Kualiti air tidak baik
Kandungan organik rendah
Pertumbuhan populasi alga secara mendadak dalam sebuah tasik disebabkan oleh..
Eutrofikasi
Pencemaran terma
Kesan rumah hijau
Pemanasan global
Apakah yang menyumbang kepada kesan rumah hijau?
Penyerapan cahaya matahari dan perubahan tenaga haba
Gas yang dibebaskan semasa pembakaran bahan api fosil memerangkap sinar inframerah
Penjanaan tenaga haba oleh bangunan tinggi di bandar
Penyemburan racun serangga pada tanaman
Aktiviti penternakan membebaskan sejenis gas rumah hijau. Namakan gas tersebut.
Gas nitrogen
Gas metana
Gas oksigen
Gas hidrogen
Pilih langkah-langkah BETUL yang diperlukan untuk mengatasi fenomena kesan rumah hijau
Menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui bagi menggantikan bahan api fosil
Menghadkan pembakaran terbuka dan penyahutanan
Denda kepada yang terlibat dalam pemburuan haram
Menternak lebih banyak ikan sangkar
Apakah jenis pencemaran yang berlaku?
Pencemaran bunyi
Pencemaran udara
Pencemaran air
Apakah maksud pencemaran terma?
Peningkatan bahan cemar seperti gas, debu, asap di atmosfera
Penyingkiran haba berlebihan ke dalam air disebabkan proses mengubah suhu air
Peningkatan gangguan bunyi di sekeliling
Cara mana dapat mengurangkan pencemaran?
Guna beg plastik
Guna petrol berplumbum
Guna lampu yang menjimatkan tenaga
Guna bekas polisterina
Antara yang berikut, yang manakah membawa kesan negatif ke atas persekitaran tetapi tidak disebabkan oleh aktiviti manusia?
Penyahhutanan
Letusan gunung berapi
Penggunaan baja berlebihan
Pembakaran bahan api fosil
Berikut adalah hasil kemajuan teknologi yang digunakan untuk mengimbangi alam sekitar kecuali..
Menggunakan insinerator
Menggunakan baja untuk pertanian
Menggunakan penukar bermangkin
Menggunakan penapis asap
Pada hemat kamu, apakah perkara yang boleh kita lakukan untuk memelihara kelestarian alam sekitar di negara kita?
Kita perlu menggunakan baja kimia dalam aktiviti pertanian
Kita perlu mengitar atau menggunakan semula bahan-bahan yang telah digunakan
Kita perlu melupuskan sampah menerusi kaedah pembakaran terbuka
Kita perlu menggunakan bahan plastik dengan lebih kerap
Yang manakah BUKAN sumber tenaga boleh baharu?
Tenaga angin
Tenaga geoterma
Tenaga hidro
Tenaga arang batu
Antara berikut yang manakah bukan jenis pencemaran alam sekitar?
Pencemaran tanah
Pencemaran terma
Pencemaran udara
Pencemaran bunyi
Bebola lumpur mikroorganisma efektif digunakan untuk
Merawat tanah yang tercemar
Merawat air sungai yang tercemar
Merawat udara yang tercemar
Merawat ladang yang tercemar
Suhu air sungai meningkat disebabkan oleh pengaliran air panas daripada kawasan perindustrian. Pernyataan tersebut menerangkan tentang pencemaran
Udara
Air
Terma
Tanah
Berikut merupakan persidangan dan perjanjian antarabangsa yang dianjurkan oleh PBB untuk menangani isu alam sekitar kecuali
Persidangan Rumah Putih
Perjanjian Paris
Persidangan Rio
Protokol Kyoto
Antara berikut, produk manakah yang paling mesra alam?
Antara berikut, yang manakah idea pengurusan sisa plastik yang cekap?
Gunakan penyedut minuman plastik
Bawa bekas dan beg sendiri semasa keluar membeli belah
Bawa bekal makanan ke tempat kerja menggunakan bekas plastik
Bakar botol-botol plastik yang tidak digunakan lagi
Maklumat berikut menunjukkan gas-gas yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
- sulfur dioksida
- nitrogen dioksida
Hujan asid
Eutrofikasi
Pemanasan global
Penipisan lapisan ozon
Antara berikut, yang manakah merupakan langkah-langkah untuk mengekalkan keseimbangan alam?
Penggunaan teknologi
Penggunaan tenaga yang boleh dibaharui dan kecekapan penggunaan tenaga
Amalan kawalan biologi
Penebangan dan penerokaan hutan untuk pembangunan
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh PBB ( Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ) untuk memelihara alam sekitar?
Mencari langkah penyelesaian bagi isu perubahan cuaca dunia dengan menganjurkan persidangan antarabangsa yang dihadiri oleh negara-negara anggota serta menandatangani perjanjian bersama
Melindungi lapisan ozon dengan mengharamkan penggunaan klorofluorokarbon yang menyebabkan penipisan lapisan ozon
Memastikan bekalan air bersih yang mencukupi
Menggalakkan penggunaan bahan kimia toksik seperti racun perosak DDT
