WorksheetsTEKNIK-TEKNIK MEMASAK
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Gambar di atas merujuk kepada apa?
Jenis masakan
Tindak balas haba
Kaedah memasak
Prinsip memasak
Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah memasak?
Tindak balas haba yang berlaku untuk memasakkan sesuatu makanan.
Cara menyediakan makanan dengan menggunakan haba untuk mengubah makanan melalui tindakan fizikal kimia.
Proses memasak yang berlaku.
Penghasilan makanan dengan cara yang pelbagai.
Berikut merupakan perubahan yang berlaku apabila sesuatu makanan masak KECUALI:
Aroma
Kuantiti
Rasa
Rupa
Kaedah memasak bergantung kepada beberapa aspek berikut KECUALI:
Kuantiti makanan yang hendak dimakan
Kepakaran memasak individu
Cita rasa orang yang hendak memakannya.
Kemudahan yang disediakan.
Pilih 2 tujuan memasak makanan.
Menambahkan kuantiti makanan
Tujuan pengawetan
Memusnahkan bakteria.
Mengekalkan rasa asli bahan masakan.
Lebih tinggi suhu, lebih cepat makanan masak merujuk kepada faktor memasak daripada aspek apa?
Kelajuan haba dipindahkan
Suhu memasak
Saiz dan bentuk makanan
Peralatan memasak
Bergantung kepada kaedah memasak yang digunakan merujuk kepada faktor memasak daripada aspek apa?
Suhu memasak
Kelajuan haba dipindahkan
Saiz dan bentuk makanan
Peralatan memasak
Saiz bahan yang lebih kecil akan memberikan luas permukaan yang lebih besar seterusnya memendekkan masa memasak merujuk kepada faktor masa memasak daripada aspek apa?
Suhu memasak
Kelajuan haba dipindahkan
Saiz dan bentuk makanan
Peralatan memasak
Pilih 2 pernyataan yang BETUL tentang sumber makanan protein dan tindak balas haba.
Haba lembap: Protein menjadi lembut dan mengembang apabila pemanasan berlebihan.
Haba lembap: Protein membeku dan mengecut disebabkan haba.
Haba kering: Protein mengembang
Haba kering: Makanan menjadi kerasa dan perang apabila menerima haba berterusan.
Pilih 2 pernyataan yang BETUL tentang sumber karbohidrat dan tindak balas terhadap haba.
Haba kering: Karbohidrat akan cepat terbakar dan menjadi hangus.
Haba kering: Kanji pada lapisan luar sayuran berubi akan bertukar menjadi warna putih.
Haba lembap: Kanji akan mengembang apabila menyerap air.
Haba lembap: Kanji akan mengecut apabila menyerap air.
Pilih 2 pernyataan yang BETUL tentang sumber lemak dan tindak balas terhadap haba.
Lemak membeku apabila dipanaskan.
Air akan dikeluarkan apabila lemak itu mendidih semasa pemanasan terus berlaku.
Lemak menjadi minyak apabila dipanaskan.
Kabus putih akan terbentuk apabil semua air telah hilang.
Terdapat berapakah cara pemindahan haba?
2
3
4
5
Berikut merupakan antara cara pemindahan haba KECUALI:
Pengaliran
Pancaran
Pemanasan
Perolakan
Haba dialirkan melalui logam merujuk kepada cara pemindahan haba secara:
Pengaliran
Perolakan
Pemanasan
Pancaran
Haba dialirkan melalui gas atau cecair merujuk kepada pemindahan haba secara:
Pengaliran
Perolakan
Pemanasan
Pancaran
Haba dialirkan secara langsung merujuk kepada pemindahan haba secara:
Pengaliran
Perolakan
Pemanasan
Pancaran
Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip memasak?
Proses haba dipindahkan
Penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai
Cara menyediakan makanan dengan menggunakan haba untuk mengubah makanan melalui tindakan fizikal kimia
Prinsip memasak terbahagi kepada berapa kaedah?
2
3
4
5
Makanan yang dimasak dengan suhu yang dialirkan daripada punca bahan api merujuk kepada prinsip memasak:
Kaedah memasak haba kering
Kaedah memasak haba lembap
Makanan dimasak menggunakan air atau wap secara langsung kepada makanan merujuk kepada:
Kaedah memasak haba kering
Kaedah memasak haba lembap
