NEW
Font size
WorksheetsSistem bahasa
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
prasyarat
prasarana
prasejarah
prasekolah
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
bersemayam
bersiram
bertabal
beradu
Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.
comot ... terputus
pudar ... tertatal
lusuh ... meretas
kusam ... mengoyak
Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
kelam
gelap
sunyi
senyap
Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.
daripada
pada
dari
di
Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk ____________ jala yang koyak.
mencuci
menenun
menyirat
menjala
Orang ramai bersorak ketika Syabil _________ piala kemenangan selepas menjurai kejohanan bola sepak itu.
menjulang
memikul
mengelek
menjinjing
Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.
menyeberang
menongkah
menyusur
meredah
Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang _______________ gawang gol.
membolos
melepasi
melewati
menepati
Razi ______________ keluar batu-batu kecil
yang terlekat pada kasutnya.
mencolek
mencucuk
mencuit
mencungkil
Mak Minah duduk di bawah rumah sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu
meraut
melarik
mengikis
menghiris
“__________ mahu semua rakyat bersatu padu demi menjaga keharmonian
negara,” titah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena sambutan
Hari Kemerdekaan negara.
patik
beta
tuanku
baginda
Hujah-hujah bidasan pihak pembangkang amat __________ sehingga sukar untuk ditangkis oleh pihak pencadang.
bestari
baik
padu
bernas
Cikgu Azizi terpaksa memakai cermin mata gelap untuk mengelakkan
__________ cahaya matahari semasa beliau menunggang motosikal.
biasan
sinaran
kiasan
panahan
“Masukkan kira-kira tiga __________ beras ke dalam tiap-tiap sarung ketupat itu,” kata ibu kepada Zaleda.
suku
separuh
semua
setengah
Nakhoda kapal dagang mengarahkan kelasi kapalnya agar _________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.
melabuh
membongkar
menarik
membuka
