wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MINGGU 1 : KONSEP ASAS ISLAM

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Manakah di antara berikut konsep asas dalam Islam?

a)

Akidah, Syariah dan Akhlak

b)

Akidah, Tauhid dan Akhlak

c)

Tauhid, Syariah dan Akhlak

d)

Tauhid, Syariah dan Ibadah

2.

Bagaimanakah seseorang hamba boleh membina hubungan dengan Allah?

a)

Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

b)

Melaksanakan urusan jual beli dengan amanah dan jujur.

c)

Melaksanakan kerja-kerja amal untuk kepentingan ummah.

d)

Melaksanakan urusan dunia dengan niat hanya kerana Allah.

3.

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak yang agung”. (Surah al-Qalam 64:4)


Berdasarkan maksud firman Allah di atas, apakah yang dimaksudkan dengan akhlak yang agung?

i. Tingkahlaku yang dinilai dari segi zahir semata-mata.

ii. Nilai-nilai akhlak yang bersifat tidak tetap dan berubah mengikut situasi.

iii. Ditentukan oleh Allah Taala melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah s.a.w.

iv. Tindakan zahir dan batin manusia yang mencakupi pemikiran, perasaan serta merangkumi hubungan dengan Allah, manusia dan alam.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

4.

Bagaimanakah hubungan antara akidah dan akhlak dapat dibina dalam diri seseorang individu?

a)

Menjalani kehidupan di dunia ini berpandukan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

b)

Mempelajari asas-asas ilmu Islam tanpa mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.

c)

Berbuat baik kepada setiap makhluk Allah Taala dengan mengharapkan balasan yang setimpal.

d)

Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah Taala dengan mengasingkan diri daripada kehidupan dunia.

5.

Apakah dimaksudkan dengan akidah?

a)

Kepercayaan kepada Allah

b)

Keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah

c)

Kepercayaan & keyakinan kepada kewujudan Allah, malaikat, nabi & rasul, kitab, hari pembalasan dan qadak & qadar

d)

Beriman kepada kewujudan Allah, nabi dan rasul, alquran, hari kiamat dan qada' & qadar

6.

Lafaz syahadah yang berlawanan dengan apa yang dipercayai didalam hatinya, maka syahadah itu dinamakan

a)

syahadah dusta

b)

syahadah benar

c)

syahadah sesat

d)

syahadah buatan

7.

Syahadah terbahagi kepada

a)

1 : Allah sahaja

b)

2 : Allah dan Malaikat

c)

2 : Allah dan Rasul (Nabi Muhammad)

d)

3 : Allah, Nabi Muhammad & Ali bin Abi Talib

8.

Tauhid terbahagi kepada

a)

1 : Tauhid Rububiyyah

b)

2 : Tauhid Rububiyyah & Uluhiyyah

c)

3 : Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah & Asma' wa al-sifat

d)

4 : Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Tahsiniyyat & Hajiyyat

9.

Rukun iman terbahagi kepada

a)

6 : Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat & Qada' dan Qadar

b)

6 : Allah, Perkara ghaib, Kitab, Rasul, Hari Kiamat & Qada' dan Qadar

c)

6 : Allah, Jin, al-Quran, Rasul, Hari Kiamat & Qada' dan Qadar

d)

6 : Allah, Perkara ghaib, Kitab, Nabi Muhammad, Hari Kiamat & Qada' dan Qadar

10.

Malaikat yang wajib diketahui

a)

10

b)

20

c)

25

d)

50

11.

Apakah tugas malaikat Ridhwan?

a)

Mencabut nyawa

b)

Memberi rezeki

c)

Menjaga syurga

d)

Menjaga neraka

12.

Kitab yang wajib umat Islam beriman ada

a)

1 : al-Quran

b)

2 : al-Quran & Hadis

c)

3 : al-Quran, Hadis & Taurat

d)

4 : al-Quran, Taurat, Zabur & Injil

13.

Apakah prinsip asas & keistimewaan syariah?


i. Rabbani - tidak mengandungi unsur-unsur penyelewengan

ii. Persamaan & keadilan - menjamin kebajikan manusia

iii. Membebankan & fleksibel - nilai dalam syariah bersifat anjal & pelaksanaannya bersifat tetap

iv. Sempurna & lengkap -wahyu daripada Allah dan terhindar daripada sifat nafsu manusia

a)

i sahaja

b)

i & ii

c)

ii,iii & iv

d)

i,ii & iv

14.

Maqasid syariah berfungsi untuk memelihara kesejahteraan dan kepentingan manusia di dunia dan di akhirat. Secara prinsipnya , maqasid syariah hendak memelihara 5 perkara asas iaitu :

a)

pakaian , tempat tinggal, nyawa, maruah & harta

b)

nyawa, akal, makanan, pakaian dan harta

c)

agama, nyawa, akal, maruah & harta

d)

akal, nyawa,agama,harta & pakaian

15.

Rukun solat terbahagi kepada

a)

10

b)

11

c)

12

d)

13

16.

Tama'ninah adalah

a)

diam sebentar ketika melakukan rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dlm sembahyang

b)

diam lama ketika melakukan rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dlm sembahyang

c)

tidak berhenti ketika melakukan rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dlm sembahyang

17.

Apakah syarat wajib solat?

a)

Baligh

b)

Menutup aurat

c)

Berwuduk

d)

Menghadap kiblat

18.

Syarat-syarat sah solat ialah

a)

Terbuka aurat

b)

Menghadap kiblat

c)

Suci daripada hadas kecil ketika haid

d)

Suci daripada najis pada pakaian sahaja

19.

Gerakan anggota besar sebanyak 3 kali berturut-turut . Adakah sah solat atau tidak sah solatnya?

(a)  

20.

Ahmad membaca zikir ketika sujud terakhir sebelum memberi salam. Adakah sah atau tidak solatnya?

(a)