Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI FIZIK TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut adalah unit imperial?

a)

kilogram

b)

Kelvin

c)

Ampere

d)

Inci

2.

Manakah antara berikut bukan unit S.I?

a)

Meter

b)

Kilogram

c)

Saat

d)

Celsius

3.

Diberi persamaan v = u + ft, di mana v dan u masing-masing adalah halaju akhir dan halaju awal.

Namakan unit untuk ft.

a)

ms-2

b)

ms-1

c)

m2

d)

s-2

4.

Pasangan manakah yang terdiri daripada satu kuantiti skalar dan satu kuantiti vektor?

a)

Pecutan dan tenaga kinetik

b)

Daya dan halaju

c)

Tenaga kepayaan dan kerja

d)

Masa dan jisim

5.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan graf y berkadar terus dengan x?

a)
b)
c)
d)
6.

Menganalisis Graf


'Meramalkan nilai yang tidak diketahui daripada dua nilai yang diketahui'


Apakah kaedah menganalisis graf yang bersesuaian dengan pernyataan di atas?

a)

Interpolasi

b)

Ekstrapolasi

c)

Menghitung kecerunan graf

d)

Menghitung luas kawasan di bawah graf

7.

Dalam penyiasatan fizik, hipotesis .....

a)

ialah fakta sains

b)

ialah pernyataan yang mungkin benar atau salah

c)

ditentukan selepas eksperimen dijalankan

d)

tidak perlu dibuktikan

8.

Rajah menunjukkan pita detik bagi gerakan suatu objek.

Pernyataan manakah menerangkan gerakan tersebut?

a)

Objek memecut kemudian halaju seragam

b)

Objek menyahpecut kemudian halaju seragam

c)

Objek bergerak dengan halaju seragam kemudian memecut

d)

Objek bergerak dengan halaju seragam kemudian menyahpecut

9.

JIKA FREKUENSI JANGKA MASA DETIK 50 Hz.BERAPAKAH MASA BAGI PITA DETIK INI ? [ 1 detik = O.O2saat]

a)

0.02 s

b)

0.06 s

c)

0.08 s

d)

0.10 s

10.

Halaju = Sesaran / Masa (unit m s-1)


Sebuah kereta bergerak ke arah selatan sejauh 300 meter dalam masa 5 minit. Cari halaju kereta itu?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

11.

Rajah menunjukkan carta

pita detik bagi gerakan sebuah

troli yang menuruni landasan.Apakah jenis gerakan yang dilakukan oleh troli itu?

a)

Halaju tidak seragam

b)

Pecutan seragam

c)

Nyahpecutan seragam

d)

Halaju berkurang secara se-

ragam

12.

Rajah menunjukkan graf halaju-masa bagi sebuah objek. Berapakah halaju yang dilalui objek itu bagi 3 saat pertama?

a)

7.5 m

b)

2.5 m

c)

5 ms-1

d)

15 m

13.

Graf yang manakah menujukkan suatu pecutan malar?

a)
b)
c)
d)
14.

Rajah menunjukkan sekeping syiling,sebiji guli dan sehelai daun kering dilepaskan pada masa yang sama dalam sebuah silinder vakum.Pemerhatian yang manakah adalah benar?

a)

Ketiga-tiga objek terapung dalam silinder

b)

Ketiga-tiga objek sampai ke dasar dalam masa yang sama

c)

Guli sampai ke dasar lebih awal daripada syiling

d)

Syiling dan guli sampai ke dasar lebih awal daripada daun kering

15.

jatuh bebas sebenarnya hanya berlaku dalam keadaan____

a)

Kawasan altitud rendah

b)

Ada udara

c)

vakum

d)

Kawasan altitud tinggi

16.

Sebuah kapal minyak besar seperti di rajah 5 mesti menyongsangkan putaran enginnya untuk melambatkan pergerakannya pada jarak beberapa kilometer sebelum kapal minyak tersebut dapat dihentikan. Mengapakah kapal minyak sukar dihentikan?

a)

Inersia kapal minyak adalah besar.

b)

Daya tujahan enjin kapal minyak adalah kuat.

c)

Kapten kapal minyak ternampak kapal lain di hadapannya.

d)

Rintangan air yang menentang pergerakan kapal minyak tidak mencukupi.

17.

Mengapakah tali pinggang keledar penting kepada penumpang?

a)

menambahkan impuls sewaktu kemalangan

b)

mengurangkan masa tindakbalas sewaktu kemalangan

c)

mengurangkan kesan negatif inersia sewaktu kemalangan

d)

meningkatkan daya impuls kepada penumpang

18.

Seekor lembu berjisim 250 kg bergerak dengan momentum 750 kg m s-1. Cari halaju lembu itu

a)

4 m s-1

b)

4.5 m s-1

c)

3 m s-1

d)

10 m s-1

19.

Rajah menunjukkan sebuah lori yang berjisim 8000 kg bergerak dengan 20 m s-1 berlanggar dengan sebuah kereta berjisim 1000 kg yang sedang berhenti di tepi jalanraya.

Hitung halaju lori dan kereta jika kedua-dua bergerak bersama-sama selepas perlanggaran

a)

18.78 m s-1

b)

18.88 m s-1

c)

17.78 m s-1

d)

17.88 m s-1

20.

Hitung daya yang diperlukan supaya objek yang berjisim 3 kg yang mempunyai pecutan 2 m s-2

a)

5 N

b)

6 N

c)

30 N

d)

10 N

21.

Seorang pemain sofbol menggerakkan tangannya ke belakang semasa manangkap bola yang laju. Pergerakkan tangan adalah untuk

a)

menambah daya implus bola

b)

memanjangkan masa bola berhenti

c)

mengawal bola supaya tidak jatuh

d)

mengelakkan tangan daripada sakit

22.

Sebuah kereta yang bergerak dengan halaju 30 ms-1 dinyahpecutkan secara seragam sehingga berhenti selepas 5 s. Berapakah nyahpecutan yang dialami oleh kereta itu?

a)

-6 m s-2

b)

-150 m s-2

c)

6 m s-2

d)

150 m s-2

23.
Apabila seorang pemain bola menendang sebiji bola yang pegun berjisim 0.8kg, halajunya menjadi 12ms-1 selepas 0.6 saat. Berapakah daya impuls bertindak ke atas bola itu apabila ditendang
a)
0.8 N
b)
1.3 N
c)
7.2 N
d)
16 N
24.

Apakah daya yang menyebabkan pensil jatuh?

What force brings the pencil down?

a)

Geseran

Frictional

b)

Magnetik

Magnetic

c)

Normal

d)

Graviti

Gravitational

25.

Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad dan ........................... dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.

a)

berkadar terus

b)

berkadar songsang

c)

bertambah secara linear

d)

berkurang secara linear

26.

Diberi jisim Fakhrul dan jisim Fahmi masing-masing ialah 70 kg dan 60 kg. Mereka duduk pada jarak 5 m. Hitung daya graviti bertindak di antara Fakhrul dan Fahmi.

a)

1.12 N1.12\ N

b)

5.60 × 10−8 N5.60\ \times\ 10^{-8}\ N

c)

1.12 × 108 N1.12\ \times\ 10^8\ N

d)

1.12 × 10−8 N1.12\ \times\ 10^{-8}\ N

27.

Sebuah satelit berjisim 380 kg mengorbit Bumi dengan jarak 45 000 km diukur dari pusat Bumi. Hitung daya graviti pada satelit itu. [Jisim Bumi =  5.97 × 1024 kg5.97\ \times\ 10^{24}\ kg  ]

a)

 1.12 × 1018 N1.12\ \times\ 10^{18}\ N  

b)

 3.36 × 1012 N3.36\ \times\ 10^{12}\ N  

c)

 74.72 N74.72\ N  

d)

 7.472 × 107 N7.472\ \times\ 10^{7\ }N  

28.

Diberi objek A dan objek B mengalami daya tarikan graviti 1.35 x 10-8 N. Jarak antara objek A dan B ialah 4 m. Berapakah jisim objek A jika jisim objek B ialah 67 kg?

a)

48.33 kg

b)

12.08 kg

c)

4.83 x 10-21 kg

d)

2.17 x 10-17 kg

29.

daya memusat berlaku pada:

a)

objek yang memutar pada paksinya sendiri

b)

objek yang bergerak dalam lintasan membulat

c)

objek yang bergerak secara tangen pada lintasan melengkung

d)

objek yang bergerak secara rawak

30.

di dalam formula g= GM/r^2 apakah maksud r?

a)

Jarak pusat bumi ke permukaan bumi

b)

Jarak pusat bumi ke langit

c)

Jarak pusat bumi ke ketinggian objek

d)

Jarak bumi dari matahari

31.

Yang manakah antara berikut adalah tidak benar:

a)

Hukum Kepler 1: berkaitan dengan orbit elips

b)

Hukum Kepler 2: berkaitan dengan luas yg dicakupi oleh garis sambungan planet dengan Matahari dalam selang masa tertentu.

c)

Hukum Kepler 3: menyatakan bahawa tempoh orbit planet berkadar terus dengan jejari planet.

d)

Hukum Newton 3: magnitud daya tindak balas adalah bersamaan dengan magnitud daya yg bertindak, tetapi pada arah berlawanan.

32.

Hukum Kepler Ketiga menyatakan bahawa

a)

Kuasa dua tempoh planet adalah berkadar songsang dengan kuasa tiga jejari orbitnya

b)

Kuasa tiga tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa dua jejari orbitnya

c)

Kuasa dua tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya

33.

Halaju lepas ialah

a)

halaju maksimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti suatu planet

b)

halaju minimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti suatu planet

c)

halaju minimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti Bumi

34.

Sebuah satelit yang berfungsi untuk mengkaji cuaca telah dilancarkan ke orbit. Berikut adalah ciri-ciri bagi dua jenis satelit yang mengorbit Bumi. Klasifikasikan dan pilih ciri-ciri bagi satelit tersebut.

a)

Tempoh orbit lebih pendek daripada 24 jam.

b)

Berada di atas kedudukan geografi yang berubah-ubah.

c)

Arah gerakan tidak perlu sama dengan arah putaran Bumi.

d)

Berada dalam suatu orbit khas.

35.

Antara berikut, yang manakah akan menambahkan kepekaan termometer ini?

a)

Gunakan tiub kapilari yang lebih panjang

b)

Gunakan bebuli kaca yang berdinding lebih tebal

c)

Gunakan batang kaca berdinding tebal

d)

Gunakan kapilari berdiameter lebih kecil

36.

Muatan haba dan muatan haba tentu mempunyai definisi yang berbeza. Antara berikut, yang manakah menerangkan perbezaannya?

a)

Muatan haba melibatkan 1 kg bahan, manakala muatan haba tentu tidak

b)

Muatan haba melibatkan perubahan suhu sebanya 1 °C manakala muatan haba tentu tidak

c)

Muatan haba tentu melibatkan 1 kg bahan, manakala muatan haba tidak

d)

Muatan haba tentu melibatkan perubahan suhu sebanyak 1 °C, manakala muatan haba tidak.

37.

Graf menunjukkan pemanasan 500 g cecair P oleh pemanas rendam 60 W.


Hitung muatan haba tentu cecair tersebut.

a)

220 J kg-1 °C-1

b)

720 J kg-1 °C-1

c)

1152 J kg-1 °C-1

d)

1440 J kg-1 °C-1

38.

Berapakah haba yang perlu dibekalkan untuk memanaskan 2.0 kg air pada 30 °C kepada 80 °C?


[muatan haba tentu air = 4200 J kg-1 °C-1]

a)

80 kJ

b)

420 kJ

c)

500 kJ

d)

800 kJ

39.

Haba pendam tentu pelakuran ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk

a)

menaikkan suhu 1 kg pepejal sebanyak 1 °C

b)

menaikkan suhu 1 kg cecair sebanyak 1 °C

c)

mengubah 1 kg pepejal kepada cecair pada suhu seragam

d)

mengubah 1 kg cecair kepada gas pada suhu seragam

e)

mengubah hati supaya lebih tenang 😌

40.
Sebuah tin aluminium berjisim 20g mengandungi minuman pada suhu 25'C. Apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk, suhunya turun ke 4'C. Berapakah kuantiti haba yang telah dikeluarkan daripada tin itu ? (muatan haba tentu aluminium = 900 JkgC)
a)
72 J
b)
378 J
c)
3600 J
d)
378000 J