Font size
WorksheetsHutan Rimba kitani (tumbuh-tumbuhan)
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Sejenis daun yang tumbuh liar subur di kawasan tanah pamah, tebing sungai dan lereng bukit dalam hutan tabal atau pulau buah. Selalu digunakan oleh puak kedayan untuk mengelupis, mewajid.. Daun apakah saya?
(a)
Pokok ini juga sering ditanam dihalaman rumah untuk penghias halaman. Daun pokok ini sering digunakan untuk berinai. Apakah pokok ini?
(a)
Nama botani tumbuhan ini ialah Nypa Fruticans. Hidup di kawasan paya berair masin. Daunnyaa boleh dibuat atap atau dinding. Airnya boleh dimasak hingga menjadi gula apung. Buahnya yang muda sedap dimakan apabila dicampur dengan sedikit gula dan air sejuk. Apakah saya?
Nibung
Piasau
Nipah
Piyai
Tumbuhan ini hidup dikawasan belukar. Tumbuhnya secara berumpun. Suatu masa dahulu orang kampung menjadikan daun tumbuhan ini untuk tali penjalin kelupis. Apakah tumbuhan ini?
Nyirik
Rotan
Silat
Lamba
Sejenis tumbuhan renek yang memanjat. Daunnya berbentuk lonjong lacip ke bawah. Banyak kebaikan, manfaat dan kegunaannya dalam masyarakat melayu. Daun ini sering digunakan untuk majlis menghantar berian sebagai gubahan untuk mengepalai hantaran sehingga masa kini. Daun apakah saya?
pacar
simpur
silat
sirih
Dari segi perubatan, pucuk dari pokok ini digunakan untuk menahan luka yang berdarah. Manakala batangnya yang mudah hidup dijadikan tiang pagar di kawasan lembap. Daun daunnya digunakan untuk membungkus tapai, nasi lemak dan belacan. Pokok apakah saya?
kulimpapa
simpur
rangas
buluh
Pokok ini cukup menarik jika rapi penjagaannya dan dapat menandingi spesies pokok palma yang didatangkan dari luar negara. Daun yang tua boleh dijadikan atap dan dinding sulap. Manakala daun muda dijadikan pembungkus kuih-muih asli seperti ketupat, lapat, kelupis dan ampung. Pokok apakah saya?
(a)
Daun , bunga serta akar tumbuhan ini bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Antara keistimewaan daunnya ialah ia sangat berkesan untuk cirit-birit dan campuran utama iar rebusan mandi bagi wanita yang lepas bersalin. Selain itu juga untuk membuang angin dalam badan.
(a)
Teka nama tumbuhan didalam gambar ini.
rumput
padi
lalang
bunga
Sejenis tumbuhan palma, berbatang keras dan berduri. Umbutnya boleh dibuatkan sayur walapun ada rasa pahit tetapi baik untuk kesihatan terutama penghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Luba
Sawit
Piasa
pisang
Teka gambar ini
pisang tanduk
pisang hutan
pisang kapas
pisang emas
Tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan paya bakau dan di tepi-tepi sungai. Dan daun muda dari tumbuhan ini boleh dijadikan sayur yang enak.
lamiding
pakis
lukut
piyai
Anak buluh akan menjadi batang. Boleh dijadikan sayur yang lazat. Salah satu peribahasanya melentur buluh biarlah dari (a)
Nama saintifik bagi tumbuhan menjalar ini ialah Ceatellah Asiatica Urb dan berasal daripada keluarga Umbelliferae. Kebiasaannya tumbuhan ini dihidang bersama dengan sambal belacan.
ulam
pengaga
timun
daun ubi
Sila teka gambar di atas. Salah satu tumbuhan liar yang ada di hutan kitani.
pucuk durian kuning
paku
bagu
daun kunyit
