wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Komsas Tingkatan 2

Total questions: 60

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan 'Pantun Alam Remaja' dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa, apakah tema pantun tersebut?

a)

Kesibukan ibu bapa yang bekerja

b)

Kasih sayang anak kepada ibu bapa

c)

kegembiraan anak-anak bersama ibu bapa

d)

Anak-anak dahaga akan kasih sayang dan perhatian ibu bapa

2.

Persoalan yang berikut terdapat dalam 'Pantun Kiasan' kecuali

a)

harus meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara yang belum pasti

b)

keyakinan diri terhadap kemampuan diri

c)

sikap malas akan merugikan diri

d)

nilai berbudi bahasa penting dalam kehidupan

3.

Nilai murni yang berikut terkandung dalam Pantun Budi, kecuali

a)

hemah tinggi

b)

hormat-menghormati

c)

kebebasan

d)

kebersihan fizikal dan mental

4.

Apakah tema sajak 'Dalam Persekitaran Kata-kata'?

a)

Kesyukuran kepada Tuhan

b)

Hubungan manusia dengan bahasa

c)

Keterbatasan kemampuan manusia berbanding dengan kebesaran Tuhan

d)

Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan bahasa dan kemahiran untuk berkata-kata dengan baik

5.

Persoalan yang berikut terdapat dalam sajak 'Roti', kecuali

a)

tanggungjawab orang kaya terhadap orang miskin

b)

pentingnya kesyukuran kepada Tuhan atas nikmat-Nya kepada kita

c)

manusia sanggup berebut makanan apabila lapar

d)

manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar

6.

Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak 'Ku Cari Damai di Sini', kecuali

a)

kita hendaklah berusaha untuk terus memajukan negara

b)

kita hendaklah mengekalkan keamanan negara

c)

kita hendaklah bersyukur kerana memiliki negara yang aman

d)

kita hendaklah berjuang untuk mempertahankan negara

7.

'Bila masa dipanggil maut,

Cinta tidak berharga lagi;

Asam di darat ikan di laut,

Sampai masa berjumpa lagi'


(dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa)

a)

Harapan yang tinggi terhadap seseorang

b)

Senyuman yang manis dapat membahagiakan orang lain

c)

Pertemuan pasti berlangsung jika ditakdirkan merskipun terpisah jauh

d)

Tertawan oleh kecantikan seseorang sehingga berhasrat untuk memilikinya

8.

Di manakah tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad.

a)

kawasan perlombongan

b)

hospital

c)

balai polis

d)

rumah Dodo

9.

Nyatakan ciri fizikal raksasa Qadqad

a)

menyerupai seekor buaya dan mempunyai tanduk

b)

menyerupai seekor katak dan mempunyai sepasang sayap

c)

menyerupai seekor katak dan mempunyai sepasang tanduk

d)

menyerupai seekor burung helang dan mempunyai sayap yang besar

10.

Di dalam cerpen Banjir Dimata Emak, mengapakah emak tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir?

a)

kaki Mak sakit

b)

tiada kenderaan ke pusat pemindahan banjir

c)

pusat pemindahan terlalu sesak

d)

Mak tidak mahu diumpat caci orang

11.

Antara berikut, yang manakah bukan watak dalam Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Si Comel

b)

Sang Seberau

c)

Belatuk

d)

Sang Bubut

12.

Apakah nama pelanduk dalam Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?

a)

Syah Jehan di Rimba

b)

Syah Bandar di Rimba

c)

Syah Alam di Rimba

d)

Syah Salam di Rimba

13.

Soalan cerpen Talia dan Raksasa Qadqad adalah berdasarkan petikan.

(Klik pada gambar untuk mendapatkan image yang lebih besar)


Maksud resmi mereka berpindah-randah ialah

a)

tabiat yang suka bertukar-tukar tempat tinggal

b)

keinginan untuk mencuba kehidupan baharu

c)

mereka merasmikan tempat yang didiami

d)

berpindah ke tempat yang disahkan

14.

Soalan cerpen Talia dan Raksasa Qadqad adalah berdasarkan petikan.

(Klik pada gambar untuk mendapatkan image yang lebih besar)


Apakah punca makhluk itu digelar "Raksasa Qadqad" oleh suku Tuk Sibat Bukit Ungu?

a)

Kukunya panjang

b)

Mukanya yang ganas

c)

Badannya yang besar

d)

Bunyi istimewa yang dihasilkannya

15.

Soalan cerpen Talia dan Raksasa Qadqad adalah berdasarkan petikan.

(Klik pada gambar untuk mendapatkan image yang lebih besar)


Sebab utama suku Tuk Sibat berpindah-randah ialah

a)

bencana alam

b)

ancaman binatang buas

c)

diusir oleh penduduk tempatan

d)

tanah lereng bukit yang dikerjakan merosot kesuburannya

16.

Soalan cerpen Talia dan Raksasa Qadqad adalah berdasarkan petikan.

(Klik pada gambar untuk mendapatkan image yang lebih besar)


Apakah persoalan yang terdapat dalam petikan di atas?

a)

Sifat tamak yang membawa paah

b)

Kehidupan orang asli yang berpindah-randah

c)

Pencerobohan alam semula jadi yang berleluasa

d)

Bencana alam yang membimbangkan penduduk

17.

8. Tema bagi Pantun Budi

a)

Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

b)

Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.

c)

Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

d)

Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

18.

Yang manakah merupakan persoalan bagi Pantun Budi?

a)

Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

b)

Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.

c)

Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

d)

Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana

19.

10. Bentuk pantun?

a)

a-b-c-d

b)

a-b-a-b

c)

a-a-a-a

d)

a-a-b-b

20.

11. Jumlah baris dalam serangkap pantun?

a)

3

b)

5

c)

4

d)

6

21.

19. Nilai bagi Pantun Budi

a)

Budi bahasa

b)

Rendah diri

c)

Baik hati

d)

Kebijaksanaan

22.

20. Pengajaran bagi Pantun Budi

a)

Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.

b)

Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.

c)

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

d)

Kita mestilah berhati-hati dalam bertutur, jika tersilap buruk padahnya.

23.

Persoalan yang berikut terdapat dalam sajak 'Roti', kecuali

a)

tanggungjawab orang kaya terhadap orang miskin

b)

pentingnya kesyukuran kepada Tuhan atas nikmat-Nya kepada kita

c)

manusia sanggup berebut makanan apabila lapar

d)

manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar

24.

Unsur bunyi asonansi ialah pengulangan huruf vokal (a e i o u). Antara berikut, manakah padanan yang tidak benar.

a)

Tanam balik buah peria - pengulangan vokal a.

b)

Meninjau berpadi masak - pengulangan vokal u

c)

Ketua-ketua raja duduk - pengulangan u

25.

Unsur bunyi aliterasi ialah pengulangan konsonan. Antara berikut, manakah unsur bunyi aliterasi yang benar?

a)

Bagai panas mengundang hujan - pengulangan konsonan n

b)

Badan dan nyawa menanggungkan - pengulangan konsonan k

c)

Suami yang letih usah dimarah - pengulangan konsonan h

26.

Gaya bahasa unsur alam adalah gaya bahasa yang menerangkan tentang penggunaan unsur alam sekitar dan benda hidup. Antara berikut, unsur alam yang manakah terdapat dalam pantun ini?

a)

Buah peria

b)

Pandan

c)

Kapas

d)

Angin

27.

Pada pendapat anda, mengapakah kita harus menjaga tutur kata?

a)

Kita harus menjaga tutur kata agar tidak mengguris perasaan orang lain.

b)

Kita mesti menjaga tutur kata supaya kita disenangi oleh ramai orang.

c)

Kita perlu menjaga tutur kata kerana itu melambangkan keperibadian kita.

d)

Kita harus menjaga tutur kata agar disisihkan oleh kawan baik kita.

28.

Berikan maksud berdasarkan rangkap 2.

a)

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum.

b)

Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

c)

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

d)

Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

29.

Apakah tema daripada sajak di atas?

a)

Kehidupan masyarakat yang suka bermegah dengan harta kekayaan mereka.

b)

Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

c)

Kehidupan masyarakat yang saling menyayangi antara satu sama lain.

d)

Semangat patriotisme dalam mempertahankan keamanan negara.

30.

13. Baris satu dan dua dalam pantun ialah...

a)

Makna

b)

Pembukaan

c)

Isi

d)

Pembayang

31.

14. Baris tiga dan empat dalam pantun ialah...

a)

Sampiran

b)

Maksud

c)

Sajak

d)

Pembukaan

32.

15. Bagai cincin dengan permata.


Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?

a)

Anafora

b)

Personifikasi

c)

Peribahasa

d)

Repetisi

33.

Pantun merupakan salah satu daripada puisi__________.

a)

tradisional

b)

moden

34.

Baris jatuh daunnya ke dalam ruang mempunyai ___________ suku kata.

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10

35.

1. Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.


Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.


Apakah maksud rangkap ini?

a)

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

b)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

c)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

d)

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

36.

2. Berikut merupakan rangkap 2 bagi Pantun Budi.


Yang kurik kundi,

Yang merah saga;

Yang baik budi,

Yang indah bahasa.


Apakah maksud rangkap ini?

a)

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

b)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

c)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

d)

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa

37.

Pantun alam remaja ini terdiri daripada ______________ rangkap.

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

38.

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah sidaun kayu.

Maksud kedua-dua baris ini menggambarkan nilai...

a)

bersyukur

b)

berjimat cermat

c)

baik hati

d)

berbudi bahasa

39.

'tikar pucuk tikar mengkuang' merupakan unsur gaya bahasa..

a)

simile

b)

repitasi

c)

asonansi

d)

personafikasi

40.

Di manakah tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad.

a)

kawasan perlombongan

b)

hospital

c)

balai polis

d)

rumah Dodo

41.

Anafora

a)

perulangan istilah sama di akhir baris

b)

perulangan istilah berbeza di akhir baris

c)

perulangan istilah sama di awal baris

d)

perulangan istilah yang berbeza di awal baris

42.

sinkope

a)

repetisi

b)

akronim

c)

singkatan istilah

d)

unsur bunyi

43.

latar

a)

masa

b)

tempat

c)

masyarakat

d)

nilai

44.

monolog dalaman

a)

bisikan dalam hati

b)

dialog

c)

gossip

d)

doa

45.

Sekuntum mawar

bukan melontar harum indahmu

di hujung lembah

tapi mengangkat seri mahkotamu

ke puncak iman

'Pada Sekuntum Mawar'

Antologi cerpen Baik Budi Indah Bahasa


Apakah maksud rangkap tersebut?

a)

Bunga mawar sangat cantik sehingga disukai oleh semua orang

b)

Keadaan remaja perempuan yang telah ternoda akan menyedihkan ibunya

c)

Setiap remaja perempuan haruslah menjaga maruah dirinya dengan memperkukuhkan keimanannya

d)

Remaja perempuan yang telah ternoada menganggap dirinya tidak berguna lagi

46.

Watak utama dalam Novel Jalan Ke Puncak ialah (a)  

47.

Laiman merupakan seorang lulusan universiti yang berkelulusan (a)  

48.

Berikut merupakan persoalan "bapa,nenek dan Mail amat menyayangi laiman. laiman juga menyayangi mereka. Sepupu Laiman,iaitu Milan menyayangi Laiman, dan sanggup menjadi pembantu setia dalam setiap usaha Laiman.

a)

Kepentingan pelajaran

b)

Pengorbanan untuk keluarga

c)

Hubungan baik antara kaum

d)

Kasih sayang dalam keluarga

49.

Berikut merupakan perwatakan :

  • kematian isteri
  • berbangga atas kejayaan Laiman
  • tidak bersetuju Laiman menyatakan bahawa dia mahu memulakan projrk ternakan ikan air tawar
a)

Pak Sahok

b)

Pak Kiassim

c)

Milan

50.

"Laiman bersungguh-sungguh dan dengan penuh tabah bagi memastikan projeknya berjaya"

. Apakah nilai bagi pernyataan berikut?

a)

Tanggungjawab

b)

Berwawasan

c)

Ketabahan

d)

Keprihatinan

51.

"Laiman menunjukkan akaun simpanan projrknya kepada Milan,membuktikan bahawa Laiman jujur dalam hal kewangan.


Berdasarkan pernyataan berikut, apakah pengajarannya?

a)

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang

b)

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas

c)

Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka

d)

Kita hendaklah bersikap jujur dengan rakan-rakan sekerja

52.

Tema bagi Drama Mahkamah dalam novel antologi Baik Budi Indah Bahasa ialah ______________

a)

Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya

b)

Keadilan dan kebenaran ketika membuat keputusan

c)

Isu Bahasa Melayu di mahkamah

d)

Denda dikenakan terhadap pihak yang bersalah

53.

Berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam Drama Mahkamah kecuali

a)

Mahkamah

b)

Stor JKKK Ulu Dungun

c)

Restoran Jelita

d)

Taman Gagak Putih

54.

Bulat Bin Leper makan sebiji ____________ berangan dan _______________________ telah jatuh semasa berjoging.

(a)  

55.

(a)   telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.

56.

Apakah denda yang dikenakan oleh hakim terhadap Akinomoto?

a)

Menjaga anak beruk itu sehingga dewasa dan dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya

b)

Menyambut kelahiran anak beruk itu dan menanggung kos perbelanjaannya

c)

Menanam pokok pisang di kawasan ladang sebagai sumber makanan beruk

d)

Merawat luka anak beruk sehingga sembuh

57.

Seekor (a)   yang kurus dan lapar telah makan sisa buangan sampah sehingga menyebabkan kulit pisang yang dimakan oleh Bulat Bin Leper tercampak keluar ke jalan raya.

58.

Berikut merupakan watak yang terdapat dalam Cerpen Menuai Emas kecuali

a)

Alif

b)

Pegawai Pertanian

c)

Mak Wan

d)

Abang Mustafa

e)

Tuk Ketua

59.

"Emas" yang dimaksudkan dalam Cerpen Menuai Emas ialah _______

a)

Emas

b)

Padi

c)

Jagung

d)

Biji Timah

60.

Petak sawah penduduk kampung dijual untuk dijadikan projek _____________

a)

taman perumahan

b)

kawasan pelancongan

c)

padang bola sepak

d)

pusat membeli-belah