Font size
WorksheetsAMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Berikut adalah cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat, KECUALI:
Makan secara sihat
Merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Tangani stress dengan berkesan
Faedah cara hidup sihat ADALAH:
Meningkatkan status kesihatan
Mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi
Meningkatkan stamina
Semua di atas
Konsep pemakanan sihat ADALAH:
Pilih lebih dari satu jawapan
Ambil makanan secara seimbang dan pelbagai
Makan mengikut waktu yang teratur
Pilih makanan harian berasaskan Piramid Makanan
Pilih makanan yang rendah gula dan garam
Kenapa tidur yang mencukupi adalah penting?
Untuk meningkatkan kecerdasan otak
Untuk kesihatan fizikal
Untuk kesihatan mental
Semua di atas
Senaman membantu merangsang penghasilan hormon endorfin di dalam badan yang dapat mengurangkan stress.
Betul
Salah
Kekurangan tidur yang berterusan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes, dan strok.
Betul
Salah
Berikut adalah pilihan snek yang lebih sihat, KECUALI:
Buah-buahan
Kekacang, seperti badam dan gajus
Telur rebus
Keropok ikan
Antara berikut merupakan tips pemakanan yang sihat, KECUALI:
Makan mengikut saranan piramid makanan
Kurangkan garam dan gula
Lebihkan pengambilan vitamin
Minum air kosong
Berikut adalah langkah terbaik untuk mengurangkan pengambilan gula, KECUALI:
Pilih produk berlabel "rendah gula"
Makan buah sebagai pencuci mulut
Minum air kosong
Menggantikan gula kepada susu pekat manis
Pemakanan sihat adalah penting untuk?
Membekalkan tenaga dan nutrisi
Sentiasa cergas
Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal
Semua di atas
Cara menguruskan stress termasuklah semua di bawah, KECUALI:
Kawalan pernafasan
Makan secara berlebihan
Sibukkan diri dengan aktiviti harian
Senaman
Kebaikan bersenam ADALAH:
Meningkatkan kecergasan fizikal
Mengawal tekanan darah
Mencegah osteoporosis
Semua di atas
Berikut adalah panduan dalam pengambilan suplemen?
Pastikan anda membaca label pada produk suplemen
Jangan ambil vitamin melebihi dos yang telah ditetapkan seperti pada label ubat
Berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebarang produk suplemen
Semua di atas
Pengambilan lemak trans secara berlebihan boleh menyebabkan penurunan HDL (High Density Lipoprotein) atau kolesterol baik.
Betul
Salah
Berikut adalah cara menghindari stress melalui gaya hidup sihat, KECUALI:
Ambil diet yang seimbang
Lebihkan pengambilan kafein
Hentikan tabiat merokok
Lakukan senaman
Berikut adalah makanan yang tinggi asid lemak trans, KECUALI:
Donut
Kek
Ubi kentang
Marjerin
Berikut adalah kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala?
Dapat mengesan sesuatu penyakit yang dihidapi dengan lebih awal
Meningkatkan peluang rawatan dan penyembuhan
Meningkatkan tahap kesihatan
Semua di atas
Antara manfaat minum air kosong ialah:
Elak masalah sembelit
Mengelakkan dehidrasi
Melancarkan proses pencernaan
Semua di atas
Piramid Makanan Malaysia 2020, menekankan saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.
Betul
Salah
Ujian saringan kesihatan adalah penilaian awal untuk mengesan penyakit.
Betul
Salah
