Font size
WorksheetsKUIZ PERIBAHASA SIRI 1 (SIMPULAN BAHASA)
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Ada akal
Orang yang berperangai jahat.
Mempunyai idea atau pendapat.
Orang yang pandai mencari helah.
Masih ada ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Anak emas
Anak yang jahat perangainya.
Anak kesayangan ibu bapa, guru atau ketua.
Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.
Anak raja yang dilahirkan oleh permaisuri.
Bahasa rojak
Bahasa lembut yang digunakan agar tidak menyentuh perasaan orang lain.
Bahasa istana.
Kata-kata kasar atau yang tidak sopan untuk menyakiti orang lain.
Bahasa yang dituturkan bercampur aduk dengan bahasa lain.
Batu loncatan
Orang yang suka menghasut.
Sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.
Orang yang suka menghalang usaha orang lain untuk melakukan kebajikan.
Tanda yang menunjukkan sempadan di antara sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain.
Cakap kosong
Percakapan yang tidak menentu.
Cakap sambil meninggi diri atau bongkak.
Percakapan yang tidak membawa apa-apa makna.
Pertuturan sehari-harian.
Cari laba
Berusaha mendapatkan keuntungan dalam sesuatu perniagaan.
Berusaha dan berikhtiar untuk melakukan sesuatu.
Melakukan sesuatu dengan tujuan agar diri disanjung tinggi.
Berusaha mencari salah orang lain.
Dagang senteri
Orang yang merantau tetapi hidupnya menderita.
Orang yang merantau hidup sebatang kara.
Pelbagai orang asing atau golongan yang mendatang.
Barangan jualan yang diambil secara berhutang.
Darah manis
Darah yang masih cair.
Mudah mendapat kecederaan atau bahaya bagi orang yang sedang mengikat pertunangan.
Gementar.
Anak kandung.
Emas kahwin
Emas yang masih belum dikerjakan.
Kekasih atau buah hati.
Emas yang halus-halus seperti pasir.
Wang yang wajib diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
Embun betina
Embun yang kecil-kecil titiknya yang terdapat pada daun pada waktu pagi.
Kabus atau titisan halusseperti asap pada malam hari.
Embun yang besar-besar titiknya yang terdapat pada daun p.ada waktu pagi.
Kabut pada waktu pagi.
Fikir sebelit
Bijak berkata-kata atau lancar dan mudah bercakap.
Buntu untuk memikirkan sesuatu perkara.
Berasa senang hati atau lega.
Kurang mempertimbangkan sesuatu dengan baik-baik.
Fajar menyinsing
Hari mulai pagi.
Laju ketika berjalan.
Wang perbelanjaan.
Dinihari benar.
Gantung lesen
Berhenti atau bersara daripada bermain sesuatu permainan seperti badminton, tenis dan sebagainya.
Membunuh diri dengan mencerut leher dengan tali yang digantung pada tiang, kipas dan sebagainya.
Tidak membenarkan seseorang itu memandu, berniaga dan sebagainya kerana sesuatu sebab sehingga suatu tempoh yang ditetapkan.
Tidak membenarkan seseorang itu bekerja kerana pelbagai alasan buat sementara waktu seperti disiplin, kes pecah amanah dan sebagainya.
Geran merah
Surat hak milik tanah untuk jangka masa yang tertentu.
Surat hak milik tanah di dalam kawasan simpanan Melayu.
Institusi, pertubuhan dan sebagainya yang ditubuhkan untuk perkembangan ilmu.
Surat hak milik tanah di luar kawasan simpanan Melayu.
Habis ikhtiar
Tidak ada idea lagi untuk dibincangkan.
Bercakap dengan orang bodoh yang dianggap sia-sia sahaja.
Sudah banyak usaha yang dilakukan sehingga tidak tahu apa lagi yang harus dibuat.
Sesuatu perbincangan itu dianggap selesai dan tidak perlu disebut-sebut kan lagi.
Hutang bercagar
Hutang yang tidak berbayar.
Wang yang diberikan kepada si penghutang dengan meminta cagaran seperti barang kemas, rumah, tanah dan sebagainya.
Pertolongan yang diterima dan yang harus dibalas.
Berhutang yang terlalu banyak sehingga tidak dapat membayarnya.
Ibu pertiwi
Sungai besar yang mempunyai beberapa batang sungai kecil.
Bandar yang menjadi pusat pemerintah.
Perempuan yang sudah tua tetapi masih berperangai keanak-anakan.
Tanah air yang dicintai.
Induk semang
Orang perempuan yang membenarkan orang lain menumpang di rumahnya, orang yang memberi pekerjaan atau barang-barang untuk dijual kepada orang lain.
Sesuatu bangsa yang menjadi punca suku-suku bangsa yang lain.
Pasukan tentera yang terbesar dalam peperangan.
Orang yang penakut.
Jadi angin
Orang yang sangat diharap-harapkan.
Sudah menjadi kebiasaan.
Sesuatu pekerjaan yang tidak nampak hasilnya.
Menjadi ejen kepada sesuatu pekerjaan.
Jual bicara
Mengkhianati bangsa sendiri.
Melakukan sesuatu untuk faedah orang lain.
Pandai berkata-kata tentang sesuatu perkara tetapi tidak melaksanakan nya.
Tidak suka menerima sesuatu, tidak suka melayan seseorang, tidak suka masuk campuratas urusan orang lain.
Kaki lima
Orang yang suka berjudi.
Orang yang suka menyakiti dan menakutkan orang yang lemah.
Orang yang tidak pandai bermain bola.
Lantai di bahagian hadapan bangunan atau rumah.
Kata pujangga
Kata-kata yang berupa cacian dan hinaan.
Kata-kata orang yang bijak pandai yang mempunyai pengertian yang tinggi.
Gerak hati atau perasaan yang timbul di dalam hati.
Pernyataan yang menentukan sesuatu' perkara.
Langkah surut
Undur ke belakang.
Bernasib malang.
Berlari dengan cepat kerana ketakutan.
Jalan yang tidak betul.
Lidah terkalang
Percakapan yang berubah-ubah.
Orang yang suka menghasut orang lain.
Tidak dapat berkata-kata atau membantah saudara-maranya.
Bercakap mengikut sesuka hati tanpa berfikir terlebih dahulu.
Mabuk cendawan
Wajah seseorang yang mabuk berwarna agak kemerah-merahan.
Orang yang khayal dengan cinta terhadap seseorang perempuan sehingga mengganggu fikirannya.
Terasa kepala pening kerana keadaan udara yang tipis di kawasan yang agak tinggi.
Suka duduk berangan-angan.
Mulut kecubung
Percakapan yang lemah lembut.
Orang yang suka bercakap banyak atau membuat bising.
Orang yang tidak tahu menyimpan rahsia.
Banyak cakap dan cerewet.
Naik daun
Terlalu marah.
Menjadi baran, marah dan meradang.
Barangan yang terlalu mahal.
Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.
Nyiur bisu
Orang yang tidak berguna kepada masyarakat.
Orang tua yang pendiam tetapi berakal.
Anak gadis yang comel menjadi kesayangan ibu bapa.
Perempuan yang tidak berguna.
Orang dalam
Orang yang diasingkan daripada masyarakat.
Orang yang dipercayai.
Orang yang tidak kena-mengena dalam sesuatu hal.
Orang yang bekerja di dalam istana, orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan dan sebagainya.
Otak kapur
Orang yang bijak dan pintar.
Orang yang kurang siuman; sukar menerima pelajaran.
Orang yang mudah lupa.
Sukar menerima nasihat daripada orang lain.
Pak pacak
Orang yang lurus bendul dan bodoh.
Orang yang sanggup melakukan sebarang kerja demi kepentingan orang lain.
Orang yang tidak penting peranannya dalam lakonan.
Orang yang tidak berpendirian tetap, hanya mengikut perintah orang lain.
Pasang kaki
Mengupah seseorang untuk mengintip atau memerhatikan orang lain atau sesuatu perkara.
Memperdayakan seseorang untuk menyusahkan nya.
Menghias diri dengan pakaian yang cantik-cantik.
Mendengar dengan teliti.
Perang semangat
Peperangan di dalam negara itu sendiri.
Perlawanan yang menggunakan tipu muslihat untuk mematahkan semangat pihak lawan.
Bergaduh atau bersengketa dengan tidak bercakap atau bertindak.
P.epmerangn melalui penulisan dalam akhbar.
Quran buruk
Berbelit-belit perkataannya , mungkir janji dan berbohong.
Tambahan kepada pendapatan yang tetap.
Sedih atau kecewa dalam sesuatu perkara.
Seseorang yang tidak berguna atau tidak boleh diharapkan lagi tetapi dalam sesuatu masa dia masih dihormati atas sebab-sebab tertentu.
Rabun ayam
Tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja.
Tidak dapat melihat dengan jelas sesuatu benda dalam jarak yang dekat.
Tidak dapat melihat dengan jelas sesuatu benda dalam jarak yang jauh.
Tidak dapat melihat dengan jelas kerana sudah tua.
Raja catur
Gelaran bagi orang berbadan kecil tetapi berpengaruh dan berani.
Menjadi pemerintah tetapi tidak mempunyai kuasa.
Orang yang sangat kaya.
Orang yang kurus sangat.
Salah piantan
Terlajak kata.
Menuduh seseorang melakukan sesuatu yang tidak baik walhal di sebaliknya.
Tidak memahami hal yang sebenar.
Salah waktu dan salah musim.
Senyum kambing
Senyum yang dibuat-buat tanpa sebarang makna.
Senyum yang dibuat-buat hanya untuk menyindir seseorang.
Senyum yang dibuat-buat walaupun hati sedang kecewa.
Senyum yang menandakan kegembiraan.
Tahan baji
Tidak lut senjata.
Tidak cepat marah apabila disindir atau diperli.
Teguh hati.
Orang yang kuat bekerja dalam pelbagai bidang yang diceburinya.
Tukang kelarah
Orang yang suka mengkritik, menghina dan mencari kesalahan orang lain.
Orang suka memuji-muji sesorang itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Orang yang menerima barangan haram , gelap dan lain-lain.
Orang yang boleh melakukan sesuatu kerja tetapi tidak begitu mahir.
Ubat hati
Penghibur hati.
Khabar berita yang tidak harus dipercayai.
Ubat yang pahit.
Sesuatu yang dijampi untuk menawan hati seseorang.
Untung rugi
Mendapat keuntungan dengan mudah.
Bernasib malang.
Keadaaan nasib seseorang sama ada baik atau sebaliknya.
Sudah senang hidup seseorang.
Wang cengkeram
Nilai duit yang rendah.
Wang pendahuluan yang dibayar untuk menandakan persetujuan membeli atau menyewa sesuatu barangan.
Wang yang dipertaruhkan dalam perjudian.
Perbelanjaan dalam perbicaraan di mahkamah.
Waris kuat
Seseorang wakil yang mempunyai kuasa penuh.
Waris yang sebenarnya.
Orang yang sah menjadi waris mengikut hukum, agama dan adat.
Waris yang hampir sekali dengan seseorang itu seperti anak, cucu dan lain-lain.
Warga dalam
Orang tua.
Kerabat diraja yang tinggal di istana.
Cagaran sewa rumah.
Duit modal.
Yatim piatu
Anak yang kematian ibu.
Orang yang tidak tetap pada kata-katanya.
Anak yang kematian penjaga.
Anak yang kematian ibu bapa.
Yu kia-kia
Mengupah seseorang untuk mengintip atau memerhatikan orang lain atau sesuatu perkara.
Memperdayakan seseorang untuk menyusahkan nya.
Orang yang tetap pada kata-katanya.
Mendengar dengan teliti.
Zaman atom
Waktu manusia menggunakan atom untuk tujuan tertentu dalam kehidupan.
Waktu dahulu kala.
Wang yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Orang yang mengamalkan rasuah.
Zaman gerhana
Barangan kaca yang terlalu banyak rentaknya.
Suka membantu orang lain.
Ketika sesuatu' perniagaan, kehidupan, penulisan dan sebagainya tidak mencapai kejayaan.
Kawan yang paling rapat dengan kita.
Zaman puntung berasap
Melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya.
Masa yang melampau.
Orang yang tidak tahu malu.
Waktu manusia belum mencapai ketamadunan lagi.
