wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Asas Pertolongan Cemas Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS?

a)

Bantu mula atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans atau pakar medik.

b)

Rawatan untuk memberi keselesaan kepada mangsa.

c)

Rawatan awal yang diberikan semasa cemas.

d)

Rawatan awal yang diberikan mengikut kemahiran sendiri.

2.

Apakah nama lain bagi' Pertolongan Cemas' ?

a)

Bantu Pesakit

b)

Bantu Mangsa

c)

Bantu Mula

3.

APAKAH KEPENTINGAN UNTUK KITA TAHU TENTANG KESEDARAN MEMBERI BANTUAN AWAL KESELAMATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA?

a)

MENGGALAKKAN KECEDERAAN

b)

MELAHIRKAN PELAJAR PINTAR PERUBATAN

c)

MENGURANGKAN RISIKO KECEDERAAN DAN MENGURANGKAN KEMALANGAN

d)

SEMUA DI ATAS

4.

Bantu mula merupakan pengetahuan yang amat penting untuk dipelajari supaya kita dapat memberikan bantuan yang sewajarnya semasa kemalangan atau kecederaan berlaku.

a)

Salah

b)

Betul

5.

Pertolongan cemas boleh diberikan dalam situasi kemalangan di bawah, kecuali:

a)

Orang yang sedang hiking, jatuh tiba-tiba

b)

Orang yang terlibat dalam kemalangan

c)

Orang yang sedang makan, tercekik makanan dengan tiba-tiba

d)

Orang yang sendawa kerana kekenyangan

6.

Tujuan pertolongan cemas bukan untuk...

a)

menyelamatkan nyawa

b)

memastikan mangsa selamat

c)

menyembuhkan kecederaan

d)

memberi keselesaan kepada mangsa

7.

Berikut merupakan bantu mula atau rawatan awal yang boleh diberikan kepada mangsa KECUALI

a)

Mengalih mangsa dari arus elektrik dengan selamat.

b)

Melakukan CPR

c)

Merawat luka ringan

d)

Menyedut bisa daripada patukan ular

8.
Arjun telah terjatuh semasa bola sepak. Kakinya terluka. Apakah perlu anda lakukan?
a)
bantu mula
b)
tidak mempedulikannya
c)
memberitahu guru
d)
mengenal pasti punca
9.

2 Perkara yang perlu dilakukan sebelum melakukan pertolongan kecemasan?

a)

Tangkap gambar dan sebarkan dalam sosial media

b)

Lihat sekeliling

c)

Berhati-hati

d)

Menunggu ketibaan orang ramai baru memberi bantuan

10.

Jika terjumpa mangsa kemalangan, apakah yang perlu kita lakukan?

a)

Rakam kemalangan

b)

Bawa mangsa ke hospital

c)

Hubungi 999

d)

Lari

11.

Ciri-ciri Ahli Pembantu Kecemasan:

a)

Cekap

b)

Segak

c)

Berwibawa

d)

Berdisiplin

12.

Ciri-ciri berikut harus dimiliki oleh pembantu mula (orang yang memberikan pertolongan cemas).


i - sihat

ii - Berani

iii - Teragak-agak

iv - Pantas

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii, dan iv

d)

i, ii, iii, dan iv

13.

Apakah maksud Peti Pertolongan Cemas?

a)

Tempat simpanan semua jenis ubat-ubatan

b)

Tempat simpanan peralatan pejabat

c)

Tempat simpanan alat-alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku kecemasan

d)

Kotak simpanan alatan kecil

14.

Antara berikut yang manakah yang perlu ada dalam Peti Pertolongan Cemas.

a)
b)
c)
d)
15.

Dimanakah tempat yang sesuai untuk menyimpan Peti Pertolongan Cemas?

a)

Berdekatan alat pemadam api

b)

Tempat yang mudah dilihat dan mudah dicapai

c)

Dalam almari yang bertutup dan berkunci

d)

Tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak

16.

Apakah kegunaan kain anduh?

a)

Membalut luka

b)

Mengampu anggota yang cedera, patah dan terseliuh

c)

Membersihkan luka

17.

Apakah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa?

a)

Malang Tidak Berbau

b)

Bagai tikus membaiki labu

c)

Biar putih tulang, jangan putih mata

18.

Apakah tugas anda sekiranya berjumpa mangsa yang terluka?

a)

Melihat sambil tersenyum

b)

Mendengar tangisan mangsa

c)

Mengawal kehilangan darah

d)

Melarikan diri

19.

Apakah panggilan kecemasan di Malaysia?

a)

991

b)

994

c)

996

d)

999

20.

Individu yang membuat panggilan palsu boleh didakwa di bwah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan didenda rm50000 dan penjara tidak melebihi satu tahun.

a)

Betul

b)

Salah