Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B10T5 (10.4)

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kelestarian global?

a)

Memulihkan kemusnahan alam

b)

Melindungi kawasan perhutanan

c)

Mengekalkan keaslian alam sekitar

d)

Memelihara kawasan hutan simpanan

2.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam Deklarasi Langkawi di Kuala Lumpur?

a)

Memelihara alam sekitar

b)

Menyelaras bantuan teknikal

c)

Menyediakan dana pendidikan

d)

Membentuk kerjasama ekonomi

3.

Apakah DUA isu alam sekitar yang perlu ditangani dalam Deklarasi Langkawi?

a)

Penipisan ozon

b)

Kesan rumah hijau

c)

Penteresan tanah

d)

Pembalakan secara haram

4.

Anugerah Langkawi diberikan kepada warganegara Malaysia yang memberikan komitmen dan sumbangan besar terhadap negara dalam aspek yang melibatkan

a)

sungai

b)

alam sekitar

c)

kesihatan

d)

pendidikan

5.

Apakah dasar negara yang menjadi asas dalam pembangunan negara?

a)

Dasar Pertanian Negara

b)

Dasar Alam Sekitar Negara

c)

Dasar Kelestarian Ekonomi

d)

Dasar Perubahan Iklim Negara

6.

Apakah kesan daripada pengisytiharan Langkawi sebagai geopark?

a)

Menjamin kelestarian alam sekitar

b)

Memajukan ekonomi negara

c)

Membaiki kehidupan manusia

d)

Meningkatkan kerjasama wilayah

7.

Apakah kepentingan Dasar Teknologi Hijau Negara?

a)

Memelihara flora dan fauna

b)

Mengatasi masalah pencemaran

c)

Mengelakkan pembukaan tanah

d)

Mengawal perubahan iklim

8.

Apakah sumbangan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Bumi PBB di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992?

a)

Pengenalan pelan kawalan iklim

b)

Penyelesaian terhadap isu jerebu

c)

Pelancaran Dasar Teknologi Hijau

d)

Perisytiharan deklarasi Agenda 21

9.

Agenda 21 merupakan satu dokumen umum yang penting dalam perihal alam sekitar. Apakah kandungan dokumen tersebut?

a)

Pemuliharaan alam sekitar

b)

Pelan industri pelancongan

c)

Pengurusan aktiviti manusia

d)

Pengawalan ekosistem dunia

10.

Apakah tenaga baharu yang digalakkan menerusi Persidangan Alam Sekitar di Bali Indonesia?

a)

Tenaga solar

b)

Tenaga elektrik

c)

Tenaga nuklear

d)

Tenaga haba

11.

Mengapakah Malaysia menuduh penerokaan terhadap Antartika dilakukan secara tidak adil?

a)

Diterokai secara haram dan bebas

b)

Dijalankan penyelidikan tanpa sekatan

c)

Dikunjungi tanpa mengikut garis panduan

d)

Didominasi oleh sebahagian kecil negara

12.

Apakah desakan Malaysia dalam isu benua Antartika ketika Sidang Kemuncak NAM ke-7 di New Delhi, India?

a)

Menghalang pencerobohan luar

b)

Menjadi warisan manusia sejagat

c)

Menguatkuasakan undang-undang

d)

Mengatasi masalah penipisan ozon

13.

Malaysia mencadangkan agar pentadbiran Antartika diuruskan oleh PBB. Apakah kepentingan cadangan tersebut?

a)

Semua negara sebagai pemegang amanah

b)

Kesepakatan dalam membuat keputusan

c)

Negara kecil dibenarkan membuat kajian

d)

Hasil diperoleh dikongsi bersama-sama

14.

Apakah DUA bidang penyelidikan yang dilakukan oleh pasukan penyelidik Malaysia di Antartika?

a)

Kajian gas rumah hijau

b)

Perubahan iklim

c)

Kenaikan paras air

d)

Pembangunan ekosistem

15.

Siapakah yang menerajui Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan di Universiti Malaya?

a)

Dr. Jemilah Mahmood

b)

Dr. Azizan Abu Samah

c)

Dr. Jomo Kwame Sundaram

d)

Dr. Haji Omar Abdul Rahman

16.

Apakah peranan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)?

a)

Melaksanakan pelbagai forum

b)

Memberi bantuan kemanusiaan

c)

Melakukan penyelidikan saintifik

d)

Mengadakan latihan teknikal

17.

Siapakah yang telah melawat Antartika pada tahun 1985?

a)

Dr. Jemilah Mahmood

b)

Dr. Azizan Abu Samah

c)

Dr. Jomo Kwame Sundaram

d)

Dr. Haji Omar Abdul Rahman

18.

Berikut merupakan negara yang mengadakan pakatan untuk meneroka Antartika pada tahun 1959 KECUALI

a)

Amerika Syarikat

b)

New Zealand

c)

Perancis

d)

Jerman

19.

Di manakah Sidang Kemuncak Bumi berlangsung pada tahun 1992?

a)

Rio de Janeiro, Brazil

b)

Bali, Indonesia

c)

New Delhi, India

d)

Kuala Lumpur, Malaysia

20.

Namakan anugerah yang diberikan kepada warganegara yang memberikan sumbangan terhadap alam sekitar.

a)

Anugerah Alam Sekitar

b)

Anugerah Mahsuri

c)

Anugerah Langkawi

d)

Anugerah Lestari Global