Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERKONGSIAN TINGKATAN 5

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Aziz dan Azizah.


Modal Aziz pada 1 Januari 2007 ialah RM14 000. Pada 1 Julai 2007, Aziz membawa masuk modal tambahan sebanyak RM3 000. Faedah atas modal adalah 4% setahun. Tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.


Berapakah faedah atas modal Aziz?

a)

RM120

b)

RM560

c)

RM620

d)

RM680

2.

Butiran manakah yang direkod di bahagian kredit Akaun Semasa pekongsi?

a)

Faedah atas pinjaman

b)

Faedah atas ambilan

c)

Kongsi rugi

d)

Ambilan

3.

Butiran manakah yang didebitkan ke Akaun Pengasingan Untung Rugi?

a)

Faedah atas modal, gaji pekongsi dan ambilan

b)

Faedah atas modal, gaji pekongsi dan bonus pekongsi

c)

Faedah atas pinjaman, gaji pekongsi dan untung bersih

d)

Faedah atas pinjaman, faedah atas ambilan dan bonus pekongsi

4.

Apakah butiran yang terdapat dalam ekuiti pemilik perkongsian?

a)

Ambilan

b)

Untung bersih

c)

Akaun semasa

d)

Faedah atas modal

5.

Butiran manakah yang terdapat dalam akaun semasa pekongsi?


I Modal

II Gaji pekerja

III Faedah atas modal

IV Faedah atas ambilan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Mulia.


Modal Murni RM30 000

Modal Alin 40 000

Faedah atas modal 5% setahun

Alin membawa masuk modal tambahan pada 1 Oktober 2009 sebanyak RM2 000.


Berapakah jumlah faedah atas modal Alin bagi tempoh perakaunan berakhir 31 Disember 2009?

a)

RM350

b)

RM525

c)

RM2 025

d)

RM2 100

7.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Two Ah yang dimiliki oleh Ahmad dan Ah Seng.


Untung bersih RM15 800

Faedah atas modal RM1 200

Faedah atas ambilan RM2 300

Untung dibahagi sama rata


Berapakah kongsi untung bagi setiap pekongsi?

a)

RM6 150

b)

RM7 350

c)

RM8 450

d)

RM9 650

8.

Tempoh perakaunan Perkongsian Kamal dan Karim berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Maklumat berikut menunjukkan tarikh dan nilai ambilan yang dibuat oleh Kamal.


1 Oktober 2014 RM2 000

1 April 2015 RM4 000


Berapakah faedah atas ambilan bagi Kamal apabila kadar faedah atas ambilan ialah 5% setahun?

a)

RM100

b)

RM125

c)

RM175

d)

RM300

9.

Butir yang TIDAK direkod dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi

a)

Elaun Pekongsi

b)

Faedah atas modal

c)

Faedah atas ambilan

d)

Faedah atas pinjaman pekongsi

10.

Akaun apakah yang disediakan untuk menunjukkan pembahagian untung atau rugi setiap pekongsi?

a)

Akaun modal

b)

Akaun semasa

c)

Akaun Untung rugi

d)

Akaun Pengasingan Untung rugi

11.

Apakah butiran yang direkod disebelah debit dalam akaun semasa pekongsi?

a)

Gaji pekongsi

b)

Kongsi untung

c)

Faedah atas modal

d)

Faedah atas ambilan

12.

Berikut merupakan ciri-ciri Perkongsian berikut ......

a)

dimiliki 2-20 orang pekongsi

b)

Disumbangkan oleh pekongsi

c)

Liabiliti terhad

d)

Tertakluk pada Akta Perkongsian 1961

13.

Antara peruntukan yang terkandung dalam Akta Perkongsian 1961.........

a)

Untung rugi dibahagikan sama rata

b)

Faedah 8% setahun dibayar atas pinjaman

c)

Faedah tidak dikenakan atas ambilan pekongsi

d)

Bentuk perniagaan dan alamat perniagaan

14.

Antara Ikatan Perjanjian Perkongsian adalah.....

a)

Nama Perniagaan dan nama-nama pekongsi

b)

Bentuk perniagaan dan alamat perniagaan

c)

Jumlah modal yang disumbangkan oleh setiap pekongsi

d)

Pekongsi tidak dibayar gaji

15.

Kesan kemasukan rakan kongsi baru kecuali ......

a)

Mengubah kedudukan aset dan liabiliti

b)

Ikatan Perjanjian Perkongsian perlu dibuat semula

c)

Aset dan liabiliti perlu dinilai semula

d)

Gaji yang dibayar kepada pekongsi aktif