WorksheetsTATABAHASA MORFOLOGI & SINTAKSIS
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Pilih kata adjektif dalam ayat di bawah.
Manusia yang mempunyai hati yang baik akan sentiasa bahagia dan ceria.
hati
baik
bahagia
ceria
Yang manakah kata nama khas?
Kemiskinan keluarga tersebut mendapat perhatian daripada Menteri Besar.
Kemiskinan
Menteri Besar
Pilih kata ganti diri.
Pada pemerhatian saya dia wajar diberikan bantuan kewangan.
saya
dia
pada
Pilih kata kerja transitif.
Sebelum membuat apa-apa keputusan kita perlu mendapatkan pandangan orang yang lebih arif tentang perkara tersebut.
membuat
mendapatkan
perlu
tentang
Yang manakah kata penguat.
Pemandangan Pulau Kapas sangat jelas pada waktu pagi.
sangat
jelas
pada
Kenal pasti jenis ayat di bawah.
Jangan buang sampah di sini.
ayat perintah permintaan
ayat perintah larangan
Kenal pasti jenis ayat di bawah.
Sila serahkan buku-buku itu ke bilik guru.
ayat perintah silaan
ayat perintah suruhan
Kenal pasti jenis ayat di bawah.
Awak siapkan tugasan yang diberikan itu sekarang.
ayat perintah suruhan
ayat perintah permintaan
Kenal pasti jenis ayat di bawah.
"Tolong hantarkan bekalan makanan ini kepada ayah, pinta Zetty".
ayat perintah suruhan
ayat perintah permintaan
Kenal pasti pola ayat di bawah.
Kebudayaan nasional lambang identiti negara.
FN + FN
FN + FS
Kenal pasti pola ayat di bawah.
Basikal merah itu untuk abang saya.
FN + FS
FN+ FN
Kenal pasti pola ayat di bawah.
Menara yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya.
FN + FN
FN + FA
Kenal pasti pola ayat di bawah.
Atlet-atlet yang akan ke luar negara untuk Sukan Olimpik sedang menjalani latihan di Kompleks Sukan Negara.
FN + FS
FN + FK
Kenal pasti jenis ayat di bawah.
Siapakah pengetua sekolah itu?
ayat tanya
ayat seruan
Kenal pasti jenis ayat di bawah.
Wah, cantiknya kereta baru ayahmu!
ayat seruan
ayat penyata
Kenal pasti jenis ayat di bawah.
Adik Nurina sedang sakit tenat di hospital.
ayat perintah
ayat penyata
Pilih ayat pasif yang tepat bagi ayat di bawah.
Kami telah menyenaraikan peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan itu.
Peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan itu telah kami senaraikan.
Telah kami senaraikan peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan itu.
Peralatan yang perlu dibawa telah disenaraikan oleh kami untuk menyertai perkhemahan itu.
Pilih ayat pasif yang tepat bagi ayat di bawah.
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana.
Beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana telah diambil oleh kerajaan.
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana .
Untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan.
Pilih ayat susunan songsang yang sesuai.
Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Mandi di sungai kanak-kanak itu.
Itu kanak-kanak mandi di sungai.
Pilih ayat susunan songsang yang sesuai.
Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.
Pada awal pagi keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.
Sungguh dingin keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi.
