wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tulisan Amy seperti ......... menyebabkan Cikgu Latifah memarahinya.

a)

cakar itik

b)

cakar ayam

2.

Sikap Harun yang suka ........... menyebabkan dia tidak disukai oleh rakannya.

a)

angkat diri

b)

angkat kaki

3.

Murid yang suka membaca digelar .......

a)

ulat buku

b)

ulat buah

4.

Peragawati itu berjalan seperti ....... semasa memperagakan fesyen pakaian ini.

a)

cupak beras

b)

cupak hanyut

5.

Farhana ........ kerana buku latihannya dikoyak oleh adiknya.

a)

naik darah

b)

naik tangga

6.

Ibu dan ayah membawa ....... ketika melawat nenek di hospital.

a)

buah tangan

b)

buah hati

7.

Pegawai itu ditangkap oleh pihak berkuasa kerana........

a)

makan nasi

b)

makan suap

8.

Pengemis itu tidur di .......... kedai beralaskan surat khabar.

a)

kaki bangku

b)

kaki lima

9.

Maria laksana ......, harapkan rupanya sahaja yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.

a)

bunga dedap

b)

bunga raya

10.

Aiman makan sekeping roti sebagai ......... sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

alas mulut

11.

Pemerintahan ala ...... akan dikecam oleh rakyat.

a)

kuku palsu

b)

kuku besi

12.

Firdaus digelar ........ oleh rakan-rakannya kerana tidak pandai bermain bola sepak.

a)

kaki bangku

b)

kaki kerusi

13.

Kebanyakan ibu bapa tidak pernah mengamalkan sikap ......... dalam membesarkan anak-anak mereka.

a)

pilih kasih

b)

pilih bulu

14.

Amir .... dengan sikap ibu yang tidak membenarkannya menyertai perkhemahan sekolah.

a)

jauh hati

b)

jauh jantung

15.

Asri tidak berjaya dala temuduga untuk menjadi seorang tentera kerana dia ........

a)

mata lalat

b)

mata petai

16.

Pengadil perlawanan sepak takraw antara pasukan Malaysia dengan pasukan India dikecam penonton kerana ...... semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

berat sebelah

b)

berat perut

17.

Tatkala disindir oleh rakannya ....... Farid berubah.

a)

air tangan

b)

air muka

18.

Sakinah menjadi ....... apabila melihat pelbagai jenis kasut yang dijual di kedai itu.

a)

rambang hati

b)

rambang mata

19.

Rupa-rupanya, Haikal dan Mimi ada ...... dengan Cikgu Ramli.

a)

bau-bau bachang

b)

bau-bau manggis

20.

Rancangan "Melodi" yang sering ke udara pada setiap malam sering menjadi .......... Farhana apabila bersendirian di rumah.

a)

halwa manis

b)

halwa telinga