wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Bm

Total questions: 40

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pekerja di ladang teh itu __________daun teh sambil mengisikannya ke dalam bakul yang

____________.

a)

memetik... digalas

b)

menggunting ... diangkat

c)

memungut ... dibawa

d)

memotong ... dijunjung

2.

______________ dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan telah diluluskan.

a)

Adalah

b)

Dengan itu

c)

Dengan ini

d)

Telah

3.

Bunyi beberapa ________________ tembakan itu telah menyebabkan se_______________ kerbau lari bertempiaran.

a)

pucuk ... kumpulan

b)

das ... kawan

c)

laras ... kelompok

d)

kerat ... gerombolan

4.

Encik Chan ______________ maklumat peribadinya bersama-sama dengan borang permohonan itu.

a)

lampir

b)

lampirkan

c)

melampirkan

d)

dilampirkan

5.

Pilih lawan kata bagi kata yang digariskan.

Pak Ali menggali lubang di belakang pondok itu.

a)

menimbus

b)

mengorek

c)

meratakan

d)

menggerudi

6.

Pilih jawapan yang betul.

I. Sudah satu setengah jam kami menunggu kedatangan Arjal

II. Bungkusan itu saya menerima daripada rakan saya, kasim.

III. “Kejadian tanah runtuh itu berlaku bila?” tanya Salmah kepada Firdaus.

IV. Hampir separuh daripada kawasan itu ditumbuhi pepohon hijau.

a)

I dan III sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan IV sahaja

d)

I, II, III, dan IV

7.

Pilih jawapan yang betul.

I. Berbagai kegiatan telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun ini.

II. Ramus mengambil segugus anggur dari dalam kotak itu.

III. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka.

IV. Saya sering mengunjungi restoran itu kerana amat sukakan masakan yang disediakan di situ.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II, dan IV sahaja

d)

I, II, III, dan IV

8.

Setelah seharian bertempur, akhimya pihak tentera telah berjaya menawan ____________ pengganas.

a)

sekawan

b)

sepasukan

c)

seangkatan

d)

segerombolan

9.

Sudah berulang kali peniaga itu menggunakan minyak masak tersebut menyebabkan pengunjung menghidu bau _____________.

a)

basi

b)

busuk

c)

tengik

d)

hangit

10.

Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai. Keterangan tersebut sesuai bagi

peribahasa kecuali

a)

alah bisa, tegal biasa.

b)

alang-alang berminyak biar licin.

c)

genggam bara api biar sampai jadi arang.

d)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

11.

Televisyen yang kamu baiki asalnya rosak sedikit, setelah kamu baiki semakin rosak pula. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

harapkan pagar, pagar makan padi.

b)

bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai.

c)

berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian.

d)

bagai tikus membaiki labu.

12.

Setelah 15 tahun tinggal di Thailand, Encik Lim mengambil keputusan untuk menetap di tanah air. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijugjung

b)

bumi yang mana tidak ditimpa hujan

c)

setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

d)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

13.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Adakah apa-apa yang ingin kamu ketahui dengan lebih lanjut tentang pelajaran hari ini?” tanya Cikgu Lim.

a)

apa-apa

b)

ketahui

c)

lanjut

d)

Tiada kesalahan

14.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pada petang itu, Encik Mansor mengajarkan kami cara-cara bermain gitar.

a)

Pada

b)

mengajarkan

c)

bermain

d)

Tiada kesalahan

15.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Baik ayah atau ibu hendaklah memesra dengan anak-anak.

a)

Baik

b)

atau

c)

memesra

d)

Tiada kesalahan

16.

Lily hampir-hampir __________ setelah terpijak kulit pisang.

a)

tersungkur

b)

tergelincir

c)

terjerumus

d)

terperosok

17.

Burung itu __________ pada dahan pokok di belakang rumah.

a)

bergayut

b)

berdiri

c)

bertenggek

d)

berhenti

18.

Ali _____________ beg sekolah di belakang badan sambil mengayuh basikal ke sekolah.

a)

mendukung

b)

memikul

c)

mengalas

d)

menggalas

19.

Puan Atirah sedang __________ dulang berisi medal.

a)

menjinjing

b)

menatang

c)

mengandar

d)

memikul

20.

Encik Chandran __________ fail ketika menunggu ketibaan bas.

a)

mengelek

b)

menggalas

c)

membimbit

d)

memikul

21.

Fatimah ______________ anak bongsunya dengan penuh kasih sayang.

a)

mendukung

b)

membawa

c)

memangku

d)

meletak

22.

Cik Haslina __________ nasi dengan menggunakan dapur elektrik.

a)

menjerang

b)

memasak

c)

menanak

d)

mereneh

23.

Puan Sofi __________ ramuan ubat itu selama beberapa jam sebelum boleh diminum.

a)

memasak

b)

menjerang

c)

mereneh

d)

mendidih

24.

Abang Riduan __________ air yang diisi di dalam cerek itu.

a)

memasak

b)

mereneh

c)

menjerang

d)

mengukus

25.

Puan Hazani __________ pau untuk sarapan keluarganya.

a)

merebus

b)

menjerang

c)

memasak

d)

mengukus

26.

Pak Ali ______________ jala pada musim tengkujuh.

a)

menyirat

b)

menganyam

c)

menoreh

d)

menenun

27.

Adik jatuh __________________semasa berjalan di bilik air yang licin itu.

a)

terjunam

b)

tersungkur

c)

terjelepok

d)

terperosok

28.

Puan Aminah ___________ adunan itu untuk dibuat karipap.

a)

mencanai

b)

melenyek

c)

menguli

d)

memicit

29.

Fazli tersandung akar lalu jatuh ________________.

a)

tersembam

b)

terjunam

c)

tergelincir

d)

terbabas

30.

I Saya terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya.

II Encik Azman telah menjelaskan pinjaman banknya.

III Doktor Syahir terpaksa menjelaskan pembedahan itu dengan segera.

IV Petani itu menjelaskan penat lelahnya dengan berehat di bawah pokok.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II dan IV

31.

I Mereka sampai sejambak bunga kepada guru.

II Paras air di Sungai Golok telah sampai ke paras bahaya.

III Kawan saya akan sampai pada jam 5.00 petang.

IV Sampai sekarang keputusan pertandingan itu masih belum diumumkan oleh pihak penganjur.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

32.

I Rambutnya disisir licin supaya tampak segak.

II Pemuda itu terjatuh setelah terpijak kulit pisang yang licin itu.

III Kulit muka model itu sungguh licin.

IV Majlis perkahwinan anak Ketua Menteri itu berjalan licin.

a)

I, II dan III

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

III dan IV

33.

I Barang itu perlu kita tawar harganya.

II Ikan air tawar sedap jika dimasak gulai asam pedas.

III Makanan yang dimakannya itu amat tawar rasanya.

IV Adell berasa tawar hati untuk menyertai pertandingan itu kerana tidak cukup latihan.

a)

II dan III

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II , III dan IV

34.

Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke tahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

a)

dari tahun ke setahun

b)

daripada tahun ke tahun

c)

dari setahun ke setahun

d)

dari setahun ke tahun

35.

Ibu sedang mengurut-mengurut kakinya yang lenguh menggunakan minyak angin.

a)

urut-urut kakinya kerana lenguh

b)

urut-urutan kakinya kerana lenguh

c)

mengurut-urut kakinya yang lenguh

d)

mengurut-mengurut kakinya yang lenguh

36.

Ayah membelikan ibu sepasang baju kurung bersempena dengan hari jadi ibu.

a)

membeli ibu sepasang baju kurung

b)

membeli ibu sehelai baju kurung

c)

membelikan ibu sehelai baju kurung

d)

membelikan ibu sepasang baju kurung

37.

Kawasan halaman rumah kami akan bersihkan pada hari minggu.

a)

akan dibersihkan oleh kami

b)

kami akan membersihkan

c)

akan kami bersihkan

d)

kami akan bersihkan

38.

Tugasan cuti sekolah kami masih belum siapkan oleh sebab terlibat dalam kursus kepemimpinan selama tiga hari.

a)

belum masih kami siapkan

b)

masih belum siapkan kami

c)

masih belum kami siapkan

d)

kami masih belum siapkan

39.

Kontraktor itu mempercepat kerja-kerja membaik pulih jambatan yang runtuh.

a)

mempercepatkan kerja-kerja membaikpulihkan

b)

mempercepatkan kerja-kerja baik pulih

c)

mempercepat kerja-kerja membaik pulihkan

d)

mempercepat kerja-kerja membaik pulih

40.

Sekumpulan budak yang nakal telah mengotori taman permainan dengan sampah.

a)

kotori taman permainan

b)

kotorkan taman permainan

c)

mengotorkan taman permainan

d)

mengotori taman permainan