Worksheetsamang seksual
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Amang seksual adalah serangan seksual yang berlaku secara fizikal atau bukan fizikal seperti melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak walaupun tanpa persetubuhan. Betul atau salah?
Betul
Salah
Apa-apa perbuatan menyentuh bahagian seksual mangsa ataupun mangsa dipaksa melakukan sebaliknya terhadap pelaku dianggap amang seksual. Betul atau salah?
Betul
Salah
Kata-kata gurauan, usikan, bunyian dan soalan yang berbentuk cadangan seksual adalah bentuk tingkah laku apa?
Gangguan secara lisan
Gangguan bukan lisan/ bahasa tubuh
Gangguan visual
Gangguan psikologi
Pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks. Ini merupakan bentuk tingkah laku bagi?
Gangguan secara lisan
Gangguan bukan lisan/ bahasa tubuh
Gangguan visual
Gangguan psikologi
Menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah dan menulis surat berunsur seksual. Ini merupakan gangguan dari segi?
Gangguan secara lisan
Gangguan visual
Gangguan psikologi
Gangguan fizikal
Mengulangi jemputan, merayu atau ajakan sosial seperti keluar berjalan yang telah ditolak sebelumnya secara berterusan. Ini adalah gangguan dari bentuk apa?.
Gangguan secara lisan
Gangguan visual
Gangguan psikologi
Gangguan fizikal
Sentuhan yang tidak diingini seperti memegang tangan mangsa secara paksaan, menyentuh bahagian lain tubuh mangsa, menyentuh alat seksual mangsa dan memeluk mangsa secara paksa. Ini merupakan bentuk tingkah laku gangguan apa?
Gangguan visual
Gangguan psikologi
Gangguan fizikal
Gangguan secara lisan
Antara berikut adalah perkara yang dapat mengelakkan daripada amang seksual berlaku kecuali?
Sentiasa berada di tempat yang terbuka dan mudah dilihat orang lain
Menolak pelawaan untuk berdua-duaan
Menjerit sekuat hati apabila diri berada di dalam bahaya
Memakai pakaian yang menjolok mata
Berikut adalah kesan kepada psikologi mangsa amang seksual kecuali.
Mangsa akan hilang motivasi diri. Mereka hilang minat erhadap sesuatu dan diri sendiri.
Mangsa juga akan mengalami kemurungan dan trauma.
Mangsa juga akan cenderung untuk mengasingkan diri dan suka berseorangan
Mangsa akan lebih yakin dan ceria
Berikut adalah kesan emosi terhadap mangsa amang seksual kecuali
Mangsa gangguan seksual akan berasa malu untuk bergaul dengan masyarakat kerana berasa rendah diri dan tidak layak untuk bersama mereka
Mangsa akan sentiasa berada dalam ketakutan dan curiga dengan keadaan sekeliling mereka
Mangsa juga akan mengalami trauma dan sukar untuk melupakan peristiwa tersebut.
Mangsa akan merasa sangat tenteram dan hati sentiasa tenang
Antara berikut adalah akibat kepada pemangsa yang melakukan amang seksual kecuali
Pemangsa akan dikenakan hukuman seperti penjara, denda atau sebatan
Nama baik keluarga akan tercemar akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
Keluarga pemangsa akan dipulaukan oleh masyarakat setempat.
Pemangsa akan memperolehi pangkat dan disanjung oleh masyarakat
