Font size
WorksheetsNegara Berdaulat Pengajian Am W1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Yang manakah ciri asas sebuah negara?
Diterajui oleh parti politik tertentu
Ditadbir secara demokrasi berparlimen
Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?
Raja berdaulat
Penduduk yang tetap
Sistem ekonomi yang kukuh
Sistem kerajaan yang teratur
Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara
berdaulat?
Penduduk yang berbilang kaum.
Parti politik yang memimpin negara.
Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara.
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin
kestabilan negara.
Yang manakah yang menunjukkan Malaysia
ialah sebuah negara berdaulat?
Sistem pentadbiran yang telus.
Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa
asing.
Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun
Negara.
Kepimpinan negara yang berwawasan dan
berkarisma.
Yang manakah pernyataan yang menunjukkan
Malaysia sebuah Negara yang berdaulat?
Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi.
Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.
Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai
kaum.
Ekonomi Negara dikongsi bersama oleh pelbagai
kaum
Yang manakah pernyataan yang benar tentang
konsep Negara berdaulat ?
I mempunyai identitinya sendiri
II mempunyai penduduk yang tetap
III mempunyai institusi pemerintahan yang
Berkesan.
IV mempunyai hubungan diplomatik dengan
kuasa luar.
Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan
sendiri ?
I mengawal pergerakan manusia dan barangan
II Memperluas sumber kekayaan Negara
III menguruskan pilihan raya umum
IV Menjamin keselamatan Negara
Yang manakah ciri sebuah Negara berdaulat
Perlembagaan bertulis
ideologi Negara sendiri
system ekonomi yang baik
bebas dari penjajahan asing
Yang manakah merupakan simbol kedaulatan negara?
Parlimen
Perlembagaan
Lagu Kebangsaan
Pengasingan Kuasa
Yang manakah sebab utama pembentukan Malaysia?
membendung ancaman komunis
mewujudkan zon ekonomi yang kukuh di Asia Tenggara
mempercepatkan proses kemerdekaan negara-negara anggota
meningkatkan kerjasama dan perkongsian kebudayaan antara penduduk
Yang manakah benar tentang konsep kerajaan Konfederasi?
Kuasa kerajaan Pusat dan kuasa kerajaan negeri adalah seimbang
Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa tertentu yang berbeza dengan kuasa kerajaan Pusat
Kuasa pemerintahan kerajaan Pusat amat terhad dan kebanyakan kuasa dipegang oleh kerajaan negeri
Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi manakala kerajaan negeri mempunyai kuasa yang lebih rendah
Yang manakah menerangkan konsep pembahagian kuasa?
Mengutamakan pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran kerajaan secara jelas
Setiap badan yang terdapat dalam sistem kerajaan melaksanakan tanggungjawab secara berasingan
Badan perundangan persekutuan melaksanakan tanggungjawab yang berlainan dengan badan perundangan negeri
Setiap peringkat kerajaan melaksanakan tanggungjawab berasaskan senarai kuasa yang diperuntukkan perlembagaan
Yang manakah merupakan ciri corak kerajaan demokrasi di Malaysia?
Kerajaan ditentukan oleh Parlimen
Mengamalkan demokrasi berperlembagaan
Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
Pilihan raya dilaksanakan tertakluk kepada keperluan
Yang manakah merupakan bentuk amalan kerajaan di Malaysia?
Kerajaan Kesatuan
Raja Berperlembagaan
Demokrasi pilihan raya
Keistimewaan perlembagaan
Yang manakah menerangkan tentang konsep kerajaan Kesatuan?
Kuasa pemerintahan kerajaan Pusat boleh mengatasi kuasa pemerintahan kerajaan negeri
Kuasa kerajaan Pusat hendaklah dirujuk oleh kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi manakala kerajaan negeri mempunyai kuasa yang lebih rendah
Kuasa kerajaan Pusat terletak sepenuhnya dalam tangan raja manakala kerajaan negeri berkuasa dalam bidang tertentu
Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran
Penyataan di atas merujuk kepada
pemusatan kuasa
pengasingan kuasa
penyelarasan kuasa
pembahagian kuasa
Yang manakah penyataan benar tentang tujuan pembentukan Malaysia?
menyeragamkan pentadbiran bagi seluruh Persekutuan
menyekat pengaruh British di Sabah dan Sarawak
mengimbangi penduduk
mempercepat proses kemerdekaan
Yang manakah benar mengenai Kerajaan Malaysia?
Perdana Menteri ialah Ketua Negara
Kuasa pentadbiran dilaksanakan oleh Parlimen
Sistem pentadbirannya ialah sistem Kerajaan Persekutuan
Kerajaan terdiri daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Apakah tujuan doktrin pengasingan kuasa diwujudkan?
mewujudkan kerjasama dalam pentadbiran
menentukan fungsi badan yang berbeza
mengelakkan pemusatan kuasa
mewujudkan pentadbiran yang berkesan
- Bendera jalur gemilang
- Lagu Negaraku
- Bunga raya
Elemen-elemen di atas melambangkan Malaysia sebuah negara?
Berwibawa
Beridentiti
Mempunyai keunikan
Berdaulat
