NEW
Font size
WorksheetsLatihan Peribahasa
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ______________ .
aur ditarik songsang
bumi dengan langit
pinang dibelah dua
ular kena palu
Semua murid __________________ ketika mendengar taklimat Program Perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan di Hutan Lipur Bukit Wang, Jitra pada minggu hadapan.
pasang badan
pasang telinga
ambil berat
ambil hati
Ibu Anita sangat jelita, manakala bapanya tampan dan bergaya. Mereka diibaratkan bagai ________________.
isi dengan kuku
cincin dengan permata
aur dengan tebing
bulan dipagari bintang
Kampung Setia terpilih sebagai kampong contoh pada peringkat kebangsan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup _________________________.
isi dengan kuku
enau dalam belukar
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Kakak Alia _________________ ketika memilih kain tudung yang beraneka fesyen dan warna di Butik Idaman Kasih itu.
rambang mata
lupa daratan
serkap jarang
lipas kudung
Pak Amin dan Mak Bedah memastikan anak-anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana bagi mereka ___________________________.
tepuk dada tanya selera
bersatu teguh, bercerai roboh
bagaimana acuan begitulah kuihnya
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Kehidupan Hadi sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaga dia ______________________________
bagai tikus jatuh ke beras
bagai intan dengan permata
bagai kucing kehilangan anak
bagai menatang minyak yang penuh
Amir ___________________________ kerana radio yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai anjing dengan kucing
bagai tikus membaiki labu
bagai kumbang putus tali
Asmida dan Liyana ______________________ ketika menonton filem komedi di pawagam.
tajam akal
pecah perut
goyang kaki
patah kemudi
Hadi membuka _________________ apabila seekor anjing menyalak lalu mengejarnya.
langkah seribu
langkah kanan
langkah kiri
langkah lari
Nasrul menghadiahi ibunya sebuah beg tangan berjenama setelah mendapat ____________________ pada minggu lalu.
akal kancil
durian runtuh
paku belanda
telinga lintah
Perhubungan atau persahabatan yang akrab.
bagai gembala diberi keris
bagai cendawan tumbuh
bagai isi dengan kuku
bagai kerakap tumbuh di batu
Apakah maksud peribahasa ini?
"Seperti embun di hujung rumput"
sesuatu yang cantik
sesuatu yang kecil
sesuatu yang menyegarkan
sesuatu yang tidak kekal lama
Nasihat yang tidak dihargai
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti hujan jatuh ke laut
seperti hujan jatuh ke bumi
seperti hujan jatuh ke lantai
Kita haruslah menyanjung bahasa kita walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk mendaulatkannya
Bahasa jiwa bangsa
Hati hendak, semua jadi
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
Orang yang terpinga-pinga apabila berada di tempat baharu
Malu bertanya sesat jalan
Seperti cacing kepanasan
Seperti rusa masuk kampung
Amar bercadang untuk menjadi doktor seperti ayahnya
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Bagaimana kuih begitulah rasanya
Kaki Zamri sakit kerana dia ______ berjalan di padang.
langkah kanan
kaki judi
kaki botol
kaki ayam
Bapa memang _______ kerana selalu marah adik tanpa alasan.
kepala angin
lena ayam
lembut hati
khabar angin
Kucing itu ______ semasa ditemui Suraya.
orang kebanyakan
nyawa-nyawa ikan
orang harapan
ayam tambatan
Peribahasa apakah yang membawa maksud ‘dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan’.
air dicencang tiada putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Duduklah di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Namun, jangan jadi seperti _____________________________ yang tidak mengambil tahu perkembangan semasa .
katak di bawah gelas
katak di bawah cermin
katak di bawah tempurung
kodok di bawah meja
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar.
langkah kiri
mandi peluh
ada jalan
putus asa
Keadaan di rumah itu ________________________ kerana bekalan elektrik terputus.
bising seperti pasar
gelap seperti malam
putih seperti kapas
cantik seperti bidadari
