wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hidroponik Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berapa harikah tempoh matang sayur kangkung?

a)

30-35 hari

b)

25-30 hari

c)

45-50 hari

2.

Tandakan jawapan bagi kaedah menuai hasil tanaman hidroponik yang betul. Anda boleh menanda lebih dari satu jawapan.

a)

Memetik

b)

Memotong

c)

Mencabut

d)

Mencantas

e)

Menebas

3.

Selepas menuai, hasil tanaman perlu diselenggaran dengan berhati-hati. Tandakan langkah menyelenggara hasil tanaman. Anda boleh menanda lebih dari satu jawapan.

a)

mengumpul

b)

Membungkus

c)

menimbang

d)

memilih dan mengasing

e)

menggred

4.

Jenis hidroponik ini ialah

a)

Hidroponik Takung

b)

Aeroponik

c)

Hidroponik Nutrien Cetek

5.

"Hasil tanaman lebih baik dan berkualiti"


Penyataan di atas merupakan kebaikan tanaman secara hidroponik. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

6.

Pilih alatan yang manakah tidak digunakan untuk menanam secara hidroponik?

a)
b)
c)
d)
7.

Berikut adalah kebaikan tanaman secara hidroponik kecuali

a)

Tanaman boleh dilakukan di kawasan tanah yang bermasalah.

b)

Hasil pengeluaran lebih tinggi.

c)

Kawasan tanaman yang luas diperlukan.

d)

Kawalan serangan penyakit dapat dikawal dengan mudah.

8.

Mengapakah hasil tanaman yang telah dituai perlu diletakkan di tempat teduh?

a)

Untuk menyejukkan hasil tuaian

b)

Supaya kualiti hasil tuaian tidak terjejas

c)

Untuk mengelakkan hasil tuaian menjadi kering

d)

Untuk mengelakkan hasil tuaian berwarna kuning

9.

Kenapakah kita perlu menimbang hasil tuaian yang telah dituai?

a)

Untuk mengetahui berat hasil tuaian

b)

Untuk mengira jumlah pendapatan

c)

Untuk merekod pendapatan hasil tuaian

d)

Untuk memperbanyakkan kerja tuaian

10.

Mengapakah kerja penuaian dilakukan pada awal pagi atau lewat petang?

a)

Kerana pagi atau lewat petang merupakan masa yang sesuai

b)

Kerana waktu pagi atau lewat petang berangin

c)

Kerana pagi atau lewat petang teduh jadi sayur tidak mudah layu atau rosak

d)

Kerana waktu pagi atau lewat petang cuaca sangat sejuk

11.

Adakah hasil tanaman hidroponik perlu dibersihkan selepas dituai?

a)

Ya kerana ada sisa racun tumbuhan pada daun.

b)

Tidak perlu kerana hasil hidroponik lebih bersih berbanding tanaman konvensional.

c)

Ya untuk membersihkan serangga atau ulat daun.

d)

Tidak kerana hasil tumbuhan hidroponik lebih segar dan berkhasiat.

12.
Apakah yang berkaitan dengan hidroponik?
a)
Pelancongan
b)
Perindustrian
c)
Pelaburan
d)
Pertanian
13.

Apakah fungsi larutan nutrien?

a)

memberikan perlindungan kepada anak benih

b)

Membekalkan zat makanan yang lengkap kepada tumbuhan

c)

Dapat mengelakkan anak benih dari kering

14.

Antara kekurangan tanaman hidroponik ialah tidak sesuai untuk semua jenis tanaman.


Mengapakah perkara ini terjadi?

a)

Air akan habis diserap oleh tanaman

b)

Tanaman besar yang berbatang tidak boleh ditanam dalam takung

c)

Saya tidak pasti

15.

Bilakah penyelenggaraan hasil tanaman dilakukan?

a)

Sebaik sahaja tanaman berbuah

b)

Selepas tanaman ditanam

c)

Sebaik sahaja meletakkan baja pada tumbuhan

d)

Sebaik sahaja tanaman dituai

16.

Aktiviti penjagaan anak benih hidroponik adalah seperti berikut, KECUALI :-

a)

Menukar alatan hidroponik yang baru.

b)

Mengawal larutan.

c)

Mengawal serangga perosak.

d)

Mengawal penyakit.

17.

Apakah nama bangunan ini ?

a)

Rumah hidroponik.

b)

Rumah lut cahaya.

c)

Rumah kalis serangga.

d)

Rumah hijau.

18.

Larutan perlu dikacau untuk ...................

a)

lebih tahan lama.

b)

menjimatkan kos.

c)

mematikan jentik-jentik.

d)

mengelakkan mendapan.

19.

Dibawah merupakan serangga perosak yang sering merosakkan tanaman hidroponik KECUALI ....................

a)

Tikus.

b)

Ulat beluncas.

c)

Siput

d)

Kumbang.

20.

Kulat, bakteria dan virus ialah sejenis ...............................

a)

haiwan pendebungaan.

b)

penyakit pada tanaman hidroponik.

c)

baja tanaman.