WorksheetsKUIZ SEJARAH TOPIKAL T4 (BAB 1-3)
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka? [B1M5]
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Johor-Riau
Kerajaan Kedah Tua
Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem Pembesar Berpusat
Sistem Pentadbiran Melayu Melaka
Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut? [B1M7]
Membuktikan keturunan raja
Menandakan kawasan pemerintahan
Menunjukkan kedaulatan raja
Menggambarkan kemewahan raja
Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan konsep KEDAULATAN ?
I Perluasan jajahan takluk
II Mengukuhkan hubungan persahabatan
III Pengiktirafan daripada kerajaan lain
IV Bebas daripada campur tangan kuasa asing
Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada KAWASAN PEGANGAN?
[B1M8-9]
Kawasan yang dikhaskan bagi aktiviti jual beli
Kawasan larangan bagi rakyat biasa
Kawasan pentadbiran pembesar berempat
Kawasan pentadbiran pembesar jajahan
Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian. Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini? [B1M10]
I Memastikan keharmonian dalam keluarga
II Memastikan ketua keluarga memainkan peranannya
III Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak
IV Menyelesaikan masalah dalam perkahwinan
Revolusi Keagungan (England)
Revolusi Perancis
Apakah kesan revolusi di atas terhadap Eropah?
Kuasa rakyat terjejas
Ideologi komunis terhalang
Kuasa raja mutlak diperkukuh
Kerajaan berperlembagaan ditegakkan
Rakyat Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada [B1M6]
I pedagang asing
II orang Melayu
III orang Laut
IV orang Jawa
Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan.Antara berikut, yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka? [B1M7]
I Alat regalia
II Cap mohor
III Wilayah pengaruh
IV Agama Islam
Dalam kalangan Pembesar Berempat, Bendahara memainkan peranan paling penting dalam pentadbiran.
Antara berikut, yang manakah bidang tugas bendahara? [B1M9]
I Ketua turus angkatan tentera
II Menjaga keharmonian rakyat
III Menguruskan hal ehwal kewangan
IV Pemangku sultan
Hubungan erat antara pemerintah dengan rakyat dapat memastikan kestabilan sesebuah kerajaan.
Antara berikut, yang manakah peranan sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka? [B1M12]
I Bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyatnya
II Bertanggungjawab dalam peluasan jajahan takluk
III Bertanggungjawab dalam penyebaran agama Islam
IV Bertanggungjawab terhadap perpaduan rakyat
Ibrahim Haji Yaakob
Ishak Haji Muhammad
Ahmad Boestamam
Apakah persamaan antara tokoh-tokoh nasionalis di atas? [B2M33]
Merupakan golongan intelektual berpendidikan Inggeris
Menyatupadukan orang Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
Melanjutkan pelajaran mereka di Mesir dan Turki
Mendokong perjuangan nasionalisme bersifat radikal
Gerakan nasionalisme tempatan pada peringkat awal digerakkan oleh golongan berpendidikan agama atau dikenali sebagai Kaum Muda.Siapakah pendorong golongan ini? [B2M36]
I Syed Syeikh al-Hadi
II Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
III Raja Chulan Raja Abdullah
IV Eunos Abdullah
Pada tahun 1936, Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM).
Antara berikut, yang manakah perjuangan CIAM? [B2M41]
I Memperjuangkan kemerdekaan India di Tanah Melayu
II Menjaga kebajikan orang India di Tanah Melayu
III Menggerakkan kesedaran nasionalisme orang India tempatan
IV Menuntut supaya memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang India
Mengapakah Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand ? [B2M31]
Menyaingi kuasa besar
Mengukuhkan kuasa rakyat
Mengekalkan kedaulatan negara
Memantapkan kedudukan parlimen
“Rumah Besar Tiang Sebatang”
“Cerita Awang Putat”
“Di sini Kita Bukannya Orang Dagang”
Apakah tema cerpen di atas yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua ? [B2M39]
Menyekat pengaruh komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Memperjuangkan nasib bangsa
Mengurangkan pengaruh golongan radikal
Mahatma Gandhi menjadikan konsep satyagraha sebagai asas perjuangan nasionalisme di India.
Antara berikut, yang manakah perjuangan berlandaskan satyagraha? [B2M26]
Perjuangan bersenjata
Perjuangan berasaskan sabotaj dan mogok
Perjuangan tanpa keganasan
Perjuangan berdasarkan pemulauan barangan British
Antara berikut, yang manakah matlamat nasionalisme di China? [B2M26]
I Mempertahankan tradisi dan peradaban China
II Menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu
III Melahirkan sebuah negara komunis
IV Menyokong penjajahan Barat
Kebangkitan nasionalisme di Burma turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar.
Apakah faktor tercetusnya revolusi ini? [B2M29]
Membebaskan tanah air
Mempertahankan agama Buddha
Menentang pengaruh Barat
Menuntut penubuhan sebuah universiti
Mengapakah perjuangan Dol Said menentang British dianggap sebagai satu gerakan nasionalisme?
I Merupakan satu perjuangan menuntut kemerdekaan
II Merupakan perjuangan menentang pengaruh luar
III Merupakan perjuangan mendaulatkan wilayah mereka
IV Merupakan perjuangan mempertahankan kekayaan negara
Apakah faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama 1914? [B3M54]
Pearl Harbour diserang
Wilayah Jerman diceroboh
Perancis bersekutu dengan Rusia
Bakal raja Austria-Hungary dibunuh
Benito Mussolini (Itali)
Adolf Hitler (Jerman)
Bagaimanakah tokoh di atas mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama? [B3M59]
Mengadakan referendum
Memulihkan sistem monarki
Mengukuhkan angkatan tentera
Membangunkan industri baharu
"Semangat Asia"
"Asia untuk orang Asia"
"Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya"
Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut oleh pihak Jepun? [B3M68]
Meluaskan kuasa
Menyatukan wilayah
Menyebarkan ideologi
Menamatkan penjajahan
Mengapakah British memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904 ? [B3M52]
Menyekat perkembangan Islam di negeri-negeri Selat
Menyekat pengaruh idea politik dari Timur Tengah
Menyekat pengaruh ulama terhadap orang Melayu
Menyekat penyebaran karya-karya Islam di Tanah Melayu
Pakatan Kuasa Tengah
Pakatan Bertiga
Antara berikut, yang manakah kesan pembentukan pakatan tersebut? [B3M54]
I Mencetuskan perjuangan membentuk negara bangsa masing-masing
II Mencetuskan Revolusi Perindustrian di Eropah
III Mencetuskan ketidakstabilan politik di Eropah
IV Mencetuskan perlumbaan menghasilkan senjata dalam kalangan kuasa Eropah
Mengapakah Tanah Melayu menjadi sasaran awal dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Asia Tenggara? [B3M68]
I Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British
II Mendapat sokongan dan bantuan daripada orang tempatan
III Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah
IV Kedudukan Tanah Melayu yang strategik
Pendudukan Jepun telah membawa kepada kemelesetan ekonomi. Bagaimanakah tentera Jepun menangani keadaan ini?
Mengimport makanan dan barangan pengguna dari Jepun
Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan
Mencetak wang kertas sendiri
Memperkenalkan kad catuan makanan
Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia.
Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman? [B3M60]
Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia
Untuk menghapuskan fahaman komunisme
Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah
Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China
Apakah tujuan Jepun mewujudkan institut “Koa Kunrenjo” di Tanah Melayu?[B3M71]
I Mengatasi masalah kekurangan pegawai kerajaan
II Menyokong cita-cita politik Jepun di Tanah Melayu
III Melatih tentera sukarela untuk menentang penjajah British
IV Menyatupadukan penduduk Tanah Melayu di bawah sebuah pertubuhan
Bekas anggota Kesatuan Melayu Malaya menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dengan bantuan tentera Jepun.
Apakah matlamat pembentukan KRIS? [B3M81]
Menentang kehadiran semula penjajah Barat
Mencapai kemerdekaan bersama-sama dengan Indonesia
Menyatupadukan penduduk Indonesia di Tanah Melayu
Mewujudkan kawasan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya
Sokongan Amerika Syarikat terhadap Pakatan Bertiga telah membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918. Kesannya, Jerman dipaksa untuk menandatangani satu perjanjian.
Apakah perjanjian tersebut?
Katipunan
Birokrasi Barat
Kekuatan Ketenteraan
Gencatan Senjata
Apkah 2 prinsip utama yang terkandung dalam Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson ?
Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri
Pemodenan negara bangsa
Menuntut Kemerdekaan
Syarat perdamaian
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga pada 28 Jun 1919. Apakah isi perjanjian tersebut?
Sempadan bangsa berasakan bangsa
Jerman harus membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
Penentuan nasib bangsa
Besarkan saiz angkatan tentera
Perpecahan empayar Rusia telah membawa kepada penubuhan negara baharu.Negara-negara baharu adalah seperti berikut kecuali...
Poland
Estonia
Iraq
Latvia
Konflik Dunia telah memberikan iktibar kepada kita. Pada pendapat anda, apakah iktibar daripada peristiwa ini?
Kepentingan memelihara keamanan dunia
Kepentingan permuafakatan
Kepentingan bertolak ansur
Kepentingan saling hormat menghormati
Raden Adjeng Kartini
Tokoh di atas mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita di Indonesia.
Apakah karya beliau yang telah diterbitkan di Eropah?
Sumpah Pemuda
Kerikil-kerikil Tajam
Putera Gunung Tahan
Hilang Gelap Terbitlah Fajar
Penubuhan syarikat percetakan Jelutong Press telah membawa kesan besar kepada orang Melayu.
Apkah kesan daripada penubuhannya ?
Memakmurkan ekonomi
Menyemarakkan kegiatan nasionalisme
Mengembangkan fahaman demokrasi
Menggalakkan persaudaraan Islam
Senarai di bawah merujuk tokoh pejuang awal abad ke-20 menentang penjajah.
Apakah wadah perjuangan mereka? *
Penulisan kreatif & akhbar
Penulisan novel & majalah
Penulisan puisi & sajak
Penulisan cerpen
Two Treaties of Government
Maklumat di atas merupakan karya John Locke iaitu seorang ahli falsafah Inggeris. Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?
Raja berkuasa mutlak
Sistem Demokrasi Berparlimen
Sistem Republik Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan
Antara berikut, pertubuhan yang manakah ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?
I Katipunan
II Liga Filipina
III Sarekat Islam
IV Parti Komunis Filipina
