Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Aktif Ayat Pasif

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Saya menyapu krim pada roti untuk sarapan.

a)

Krim disapu pada roti oleh saya untuk sarapan.

b)

Krim saya sapu pada roti untuk sarapan.

c)

Untuk sarapan, krim disapu pada roti oleh saya.

d)

Menyapu krim pada roti untuk sarapan saya.

2.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

3.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Aisyah telah menggubah bunga yang cantik itu.

a)

Bunga yang cantik itu telah digubah oleh Puan Aisyah.

b)

Telah menggubah bunga yang cantik itu Puan Aisyah.

c)

Bunga yang cantik itu telah Puan Aisyah gubah.

d)

Puan Aisyah yang cantik itu telah menggubah bunga.

4.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Mak Suri menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.

a)

Bungkusan kain itu digalas oleh Mak Suri di atas bahunya.

b)

Bungkusan kain itu Mak Suri galas di atas bahunya.

c)

Menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya Mak Suri.

d)

Di atas bahunya Mak Suri menggalas bungkusan kain itu.

5.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Seorang ibu mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

a)

Mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak seorang ibu.

b)

Kejayaan anak-anak mestilah sentiasa didoakan oleh seorang ibu.

c)

Kejayaan anak-anak mestilah sentiasa seorang ibu doakan.

d)

Kejayaan anak-anak sentiasa seorang ibu mestilah doakan.

6.
Baju Melayu ayah sudah ibu menjahit.
a)
Betul
b)
Salah
7.
Adik mengejar kambing peliharaan datuk.
a)
Betul
b)
Salah
8.
Rumah pusaka itu dijual oleh ayah kepada Encik Adif
a)
Betul
b)
Salah
9.
Dia sedang membaca majalah di ruang tamu.
a)
Betul
b)
Salah
10.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Ibu mengisar kacang tanah itu sehingga hancur.
a)
Kisaran kacang tanah itu menghancurkan ibu.
b)
Sehingga hancur kacang tanah itu ibu mengisar.
c)
Kacang tanah itu dihancurkan oleh ibu dengan pengisar.
d)
Kacang tanah itu dikisar oleh ibu sehingga hancur.
11.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Encik Samad sekeluarga mendiami rumah itu sejak tujuh tahun yang lalu.
a)
Rumah yang berusia tujuh tahun itu didiami oleh Encik Samad sekeluarga.
b)
Rumah itu didiami Encik Samad sekeluarga sejak tujuh tahun lalu.
c)
Rumah itu didiami Encik samad sekeluarga sejak dia berumur tujuh tahun.
d)
Rumah yang didiami Encik samad sekeluarga itu sudah berusia tujuh tahun.
12.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Kita mesti mendengar nasihat ibu bapa.
a)
Ibu bapa kita mesti mendengar nasihat.
b)
Nasihat ibu bapa mesti kita dengari.
c)
Nasihat ibu bapa mesti didengari oleh kita.
d)
Mesti didengari oleh kita nasihat ibu bapa.
13.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Bola itu ditendang oleh Syafiq Rahim.
a)
Syafiq Rahim menendang bola itu.
b)
Syafiq Rahim menendang bolanya itu.
c)
Syafiq Rahim yang menendang itu bola.
d)
Yang menendang bolanya ialah Syafiq Rahim.
14.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Penduduk Medan Maju.
a)
Persatuan Penduduk Medan Maju akan digemparkan oleh mesyuarat.
b)
Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar persatuan.
c)
Persatuan Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar.
d)
Penduduk menggemparkan Persatuan Medan Maju semasa mesyuarat.
15.

Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif