Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

M2-Nilai Masyarakat Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah orang India berhijrah ke Tanah Melayu akibat pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai Negeri-Negeri Selat?

a)

Abad ke-18

b)

Abad ke-19

c)

Abad ke-20

d)

Abad ke-21

2.

Penduduk asal negara dan peribumi di Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada kaum-kaum berikut, KECUALI ...

a)

Proto

b)

Negrito

c)

Iban

d)

Sakai

3.

Kemasukan kaum India ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 telah menyebabkan ...

a)

kuasa politik kaum Cina semakin terancam.

b)

penutupan lebih banyak kawasan perlombongan bijih timah.

c)

tenaga buruh dalam bidang perkeranian dan guru dihadkan kepada kaum India sahaja.

d)

orang Sikh dapat berkhidmat sebagai pasukan keselamatan dan polis.

4.

Kedatangan imigran kaum Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19 adalah disebabkan oleh salah satu daripada faktor yang berikut.

a)

keperluan tenaga buruh daripada Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya.

b)

cadangan politik di China yang amat stabil.

c)

keperluan tenaaga buruh dalam sektor perlombongan bijih timah.

d)

keperluan tenaaga buruh dalam sektor pertanian getah, tebu dan kopi.

5.

Suku kaum yang tinggal di Sarawak adalah seperti berikut, KECUALI ...

a)

Senoi

b)

Murut

c)

Iban

d)

Dayak

6.

Suku kaum Indonesia yang berhijrah ke Malaysia adalah seperi berikut, KECUALI ...

a)

Bugis

b)

Kadazan

c)

Batak

d)

Mandaling

7.

Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19 semakin meningkat untuk kegiatan penanaman lada hitam melalui sistem ...

a)

Kangani

b)

Mandur

c)

Kapitalis

d)

Kangcu

8.

Orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai etnik , KECUALI ...

a)

Malbari

b)

Telugu

c)

Ceylon

d)

Sindhi

9.

Sebahagian besar masyarakat X memuja semangat-semangat objek dan alam sekeliling, misalnya amalan 'potong kepala'. Selain itu, mereka mempercayai kewujudan berbagai-bagai semangat (antu) dan tuhan-tuhan (petara). Amalan ini dikaitkan dengan kaum ...

a)

Sikh

b)

Cina

c)

Bajau

d)

Iban

10.

Berdasarkan Teori Yunan, orang-orang Melayu yang berikut telah menduduki Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama, KECUALI ...

a)

Orang Negrito

b)

Orang Champa

c)

Melayu Proto

d)

Melayu Deutero

11.

Di Malaysia, penduduk peribumi berikut dikategorikan termasuk dalam rumpun orang Melayu,KECUALI...

a)

Jakun

b)

Minang

c)

Melayu Proto

d)

Melayu Deutero

12.

Orang-orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui rakan atau ahli keluarganya serta dengan perbelajaan sendiri. Ramai Orang Cina yang berhijrah setelah kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. Hal ini berkaitan dengan ...

a)

Sistem Kangani

b)

Sistem Kangcu

c)

Sistem tiket kredit

d)

Sistem Persendirian

13.

* Membentuk 80% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayupada tahun 1931.

* Bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit.

* Sebilangan kecil mereka juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan


Maklumat tersebut berkaitan sub etnik ...

a)

Malayali

b)

Telugu

c)

Tamil

d)

Sikh

14.

Orang Cina berhijrah ke Johor ketika pemerintahan..., iaitu pada tahun 1825-1862 untuk melakukan perusahaan di ladang gambir dan lada hitam.

a)

Temenggung Daeng Ibrahim

b)

Temenggung Che Wan Abu Bakar

c)

Temenggung Abdul Rahman.

d)

Temenggung Hussein.

15.

Pada tahun 1921, 32.4% daripada penduduk Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang ...

a)

Hokkien

b)

Hakka

c)

Teochew

d)

Kantonis

16.

Bagi memudahkan pentadbiran dan mengelakkan penyatuan rakyat, British telah memperkenalkan dasar ...

a)

gabung dan perintah.

b)

susun dan perintah.

c)

kelompok dan perintah.

d)

pecah dan perintah.

17.

Sebelum zaman penjajah, masyarakat Melayu mengerjakan aktiviti ekonomi seperti ...

a)

bertani

b)

menangkap ikan

c)

berniaga

d)

semua di atas

18.

Semua bandar baharu yang berikut muncul dan berkembang ekoran kemasukan buruh-buruh asing, KECUALI ...

a)

Taiping

b)

Port Weld

c)

Melaka

d)

Port Dickson

19.

Kawasan-kawasan perlombongan yang menjadi tumpuan awal pendatang-pendatang masyarakat Cina adalah seperti berikut, KECUALI ...

a)

Lukut

b)

SungaiUjong

c)

Sepang

d)

Larut

20.

Apakah tanaman yang dikaitkan dengan kemasukan imigran Cina melalui Sistem Kangcu ke negeri Johor?

a)

lada dan gambir

b)

nanas dan padi

c)

kelapa sawit dan getah

d)

kelapa dan tebu