Font size
WorksheetsKuiz Perakaunan Pengurusan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Perakaunan kos mengumpulkan data-data kos untuk disampaikan dan digunakan oleh perakaunan pengurusan. Ia merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan.
Betul
Salah
Antara berikut, yang manakah kos overhed kilang?
Gaji penyelia kilang, Kos Buruh Langsung dan Bahan mentah langsung
Insurans kilang, Utiliti kilang, Bahan tak langsung,Susut nilai mesin kilang
Insurans kilang, Komisen jualan, Utiliti kilang, Buruh tak langsung
Kos relevan, Gaji operator pengeluaran, Gaji kerani pejabat
Apakah komponen kos pengeluaran?
Bahan mentah langsung, Buruh Langsung dan Overhed kilang
Bahan mentah langsung, Buruh Langsung dan Komisen jualan
Bahan mentah tak langsung , Buruh langsung dan Kos penukaran
Bagaimanakah menghitung kos barang dijual?
Kos Prima + Kos Penukaran
Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Buruh Langsung
Kos Buruh Langsung + Kos Overhed Kilang
Inventori awal barang siap + Kos pengeluaran - Inventori akhir barang siap
Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat AP:
Kos Overhed sebenar RM 34300.
Kos Overhed diserap RM 32180.
Hitung kos overhed terlebih serap atau terkurang serap?
Overhed terlebih serap RM2120.
Overhed terkurang serap RM2120.
Overhed terlebih serap RM2320.
Overhed terkurang serap RM2320.
Kos seunit setara bagi :
Bahan Mentah RM2.50
Kos penukaran RM3.00
Unit siap 8000
Unit mula 9500
KDP akhir 1500
Berdasarkan maklumat di atas, hitung Kos Pindah Keluar?
RM40000
RM44000
RM42000
RM45000
Syarikat Perkilangan AM menggunakan pengekosan tempahan kerja. Maklumat berikut telah diperoleh bagi kerja A123:
Kos overhed kilang sebenar RM 950
Kos overhed kilang diserap RM 800
Kos bahan mentah langsung RM3329
Kos buruh langsung RM2355
Sewa pejabat RM1800
Hitung jumlah kos kerja A123 ?
RM6484
RM6634
RM8434
RM9234
Apakah nama lain bagi Kaedah Pengekosan Marginal?
(a)
Apakah rumus pengiraan kos prima(kos utama)?
(a)
Tunjukkan catatan jurnal bagi merekod urusniaga belian bahan mentah secara kredit.
Dt Inventori Bahan Mentah
Kt Akaun Belum Bayar
Dt Inventori Bahan Mentah
Kt Bank
Dt Inventori KDP
Kt Inventori Bahan Mentah
Dt Kos Barang Dijual
Kt Inventori KDP
Pilih jenis perniagaan yang menggunakan kaedah pengekosan proses.
Perniagaan Insurans
Pengeluaran kicap
Tempahan perabot khas
Guaman
Berdasarkan maklumat berikut:
Unit mula 20000
Kerja Dalam Proses awal 2900
Kerja Dalam Proses akhir 4300
Berapakah unit siap Syarikat Perkilangan Dot Dot?
18600
19600
17060
16000
Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan fungsi perakaunan pengurusan?
Perancangan
Kawalan
Pembuatan keputusan
Keuntungan
Syarikat Rumi Sdn Bhd mengeluarkan sejenis coklat. Maklumat berikut adalah bagi bulan Jun 2023.
Unit jualan 7500 Unit keluaran 10000
Harga jualan seunit RM70
Bahan mentah langsung seunit RM15
Buruh langsung seunit RM10
Overhed pengeluaran berubah RM2.50
Overhed pengeluaran tetap RM 32000
Hitung kos produk seunit jika syarikat menggunakan kaedah pengekosan serapan?
RM40.70
RM30.70
RM32.50
RM27.50
Berikut adalah asas menentukan kadar overhed pratentu, kecuali...
Jam Buruh Langsung
Jam Mesin
Kos bahan mentah langsung
Kos Buruh Langsung
Kos tempoh
Tunjukkan catatan jurnal untuk merekod kos inventori barang siap.
Dt Inventori Barang Siap
Kt Inventori KDP
Dt Inventori KDP
Kt Upah Belum Bayar
Dt Overhed KIlang
Kt Kos Barang Dijual
Komisen jualan merupakan kos tempoh.
Betul
Salah
Gelagat kos terbahagi kepada tiga iaitu............
Kos tetap
Kos campuran
Kos berubah
Kos produk
Kos Prima + Kos Overhed = Y
Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos overhed kilang = Y
Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Penukaran = Y
Apakah Y?
Kos produk
Kos Tempoh
Kos Campuran
Kos Langsung
Kos bahan mentah terbahagi kepada kos bahan mentah langsung dan kos bahan mentah tak langsung.
Betul
Salah
