wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sej T4 [BAB 4:ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA]

Total questions: 54

Worksheet time: 5hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tugas British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu?

a)

Memupuk semangat perpaduan

b)

Melindungi kepentingan peribumi

c)

Mengembalikan kestabilan negara dan memulihkan kepercayaan masyarakat

d)

Menghapuskan perasaan perkauman

2.

Mengapakah British Military Administration (BMA) membubarkan pasukan MPAJA?

a)

Memulihkan keamanan

b)

Mengukuhkan pentadbiran

c)

Meningkatkan nasionalisme

d)

Mempercepatkan kemerdekaan

3.

Penyakit berikut merebak ketika pemerintahan Jepun. Mengapakah berlaku situasi tersebut?

a)

Tiada bekalan air bersih

b)

Kemasukan warga asing

c)

Kekurangan zat makanan

d)

Tekanan perasaan yang tinggi

4.

Jadual berikut menunjukkan perubahan harga beras. Apakah kesan kenaikan harga barang tersebut?

a)

Peningkatan kadar inflasi

b)

Penduduk mati kelaparan

c)

Pembukaan lebih banyak kawasan sawah

d)

Perpindahan beramai-ramai ke luar bandar

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan usaha yang dilakukan oleh British Military Administration (BMA) bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada British?


*Pilih dua jawapan

a)

Membaiki prasarana

b)

Memulihkan ladang getah

c)

Memberi latihan kepimpinan

d)

Menegakkan undang-undang

6.

Rajah berikut menunjukkan tindakan British mengubah status Tanah Melayu. Bagaimanakah perubahan tersebut dilaksanakan?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

7.

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan imigran pada tahun 1946. Mengapakah taraf kerakyatan tersebut layak diperoleh Swee Ling?

a)

Pembinaan satu bangsa

b)

Pelaksanaan prinsip jus soli

c)

Persetujuan penduduk tempatan

d)

Pengenalan dasar kependudukan

8.

Siapakah yang akan mengetuai pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu?

a)

Gabenor

b)

Residen General

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan konsep kerakyatan dalam Malayan Union. Apakah maksud prinsip tersebut?

a)

Kerakyatan melalui permohonan

b)

Kerakyatan berdasarkan sumbangan

c)

Kerakyatan menerusi undang-undang

d)

Kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran

10.

Akhbar berikut memainkan peranan penting membincangkan isu semasa pada tahun 1946. Apakah isu yang paling hangat pada ketika itu?

a)

Pengisytiharan darurat

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pelaksanaan pilihan raya

d)

Penubuhan Malayan Union

11.

Bagaimanakah orang Melayu menentang Malayan Union?


*Pilih dua jawapan

a)

Meletak jawatan beramai-ramain

b)

Menggunakan taktik perang gerila

c)

Mengadakan bantahan besar-besaran

d)

Menyuarakan bantahan melalui akhbar

12.

Senarai berikut merupakan tokoh wanita negara kita. Apakah persamaan antara mereka?

a)

Menjaga kepentingan diri

b)

Meningkatkan ekonomi desa

c)

Mempelopori pendidikan wanita

d)

Mempunyai semangat kebangsaan

13.

Tindakan berikut dilakukan oleh Raja-raja Melayu bagi menentang Malayan Union. Mengapakah tindakan sedemikian dilakukan?

a)

Kehilangan kuasa politik

b)

Maljlis Raja-raja dibubarkan

c)

Sistem pentadbiran disatukan

d)

Syarat kerakyatan diperketat

14.

Petikan berikut diubah suai daripada Warta Negara, 3 April 1946. Mengapakah penubuhan Malayan Union dianggap sedemikian?

a)

Menghapuskan sistem beraja

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menggugat kedaulatan bangsa

d)

Mengutamakan pendidikan sekular

15.

Maklumat berikut berkaitan perhimpunan besar-besaran orang Melayu di Tanah Melayu. Mengapakah perhimpunan tersebut diadakan?

a)

Menghalang kemasukan imigran

b)

Membantah keganasan komunis

c)

Menolak Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menentang pelaksanaan Malayan Union

16.

Istilah berikut dikaitkan dengan hari lahir Malayan Union. Bagaimanakah orang Melayu menzahirkan kesedihan mereka pada hari tersebut?

a)

Memakai lilitan kain putih pada songkok

b)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

c)

Membakar bangunan pentadbiran kerajaan

d)

Menganjurkan mogok secara besar-besaran

17.

Peristiwa berikut berkaitan pakatan antara pemimpin dan cendekiawan Melayu. Apakah persetujuan yang dicapai dan kongres tersebut?

a)

Perkabungan orang Melayu dimulakan

b)

Pengisytiharan pemulauan Malayan Union

c)

Penubuhan United Malays National Organisation

d)

Penglibatan Raja-raja Melayu dalam perjuangan

18.

Maklumat berikut merujuk kepada Ahli Parlimen British yang dihantar ke Tanah Melayu. Apakah yang dilakukan oleh UMNO ketika kehadiran mereka?

a)

Menghantar surat bantahan rasmi

b)

Memohon diadakan rundingan damai

c)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

d)

Mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran

19.

Apakah kesan pengenalan Malayan Union terhadap orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Perpaduan kukuh

b)

Peningkatan ekonomi

c)

Perkembangan budaya

d)

Pengukuhan kuasa sultan

20.

Senarai berikut merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Charles Vyner Brooke. Bagaimanakah beliau mengatasi masalah tersebut?

a)

Menyerahkan Sarawak kepada British

b)

Memberi kemerdekaan kepada Sarawak

c)

Melatih pemimpin tempatan dalam pentadbiran

d)

Mengupah pakar perubatan memantau kesihatan

21.

Rajah berikut berkaitan penyerahan Sarawak kepada British oleh Charles Vyner Brooke. Apakah X?

a)

Masalah kewangan

b)

Pengekalan budaya

c)

Kepentingan peribadi

d)

Jaminan keselamatan

22.

Kata-kata berikut tertulis pada sepanduk dan poster gerakan antipenyerahan di Sarawak. Apakah tindakan British untuk menggagalkan gerakan tersebut?

a)

Mengadakan rundingan damai

b)

Memperkuat pasukan keselamatan

c)

Memberi amaran kepada kakitangan kerajaan

d)

Memindahkan pemimpin ke kawasan pendalaman

23.

Maklumat berikut berkaitan dasar British di Sarawak. Mengapakah notis tersebut dikeluarkan?

a)

Memberi amaran kepada parti politik

b)

Mengawal pelantikan kakitangan kerajaan

c)

Mengingatkan tentang kebebasan bersuara

d)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan

24.

Maklumat berikut berkaitan tokoh pejuang wanita di negeri Sarawak. Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh tersebut?

a)

Pengembalian hak mengundi

b)

Pendidikan tinggi untuk wanita

c)

Membantah Perlembagaan 1941

d)

Menentang penyerahan Sarawak

25.

Pentadbiran berikut diperkenalkan di Sabah selepas kekalahan tentera Jepun. Apakah tujuan pengenalan pentadbiran tersebut?

a)

Melatih kakitangan tempatan

b)

Menjimatkan kos pentadbiran

c)

Mengatasi kekurangan pegawai

d)

Mengembalikan ketenteraman negeri

26.

Siapakah Gabenor pertama yang dilantik di Sabah?

a)

Sir Rees William

b)

Sir Duncan Steward

c)

Sir Edward Twinning

d)

Sir Frank Swettenham

27.

Mengapakah British berminat untuk menguasai negeri Sabah?


*Pilih dua jawapan

a)

Menguasai sumber bahan mentah

b)

Menggantikan Sri Lanka sebagai jajahan

c)

Memajukan taraf hidup penduduk peribumi

d)

Menjalin hubungan diplomatik dengan Brunei

28.

Pernyataan berikut merujuk kepada suasana politik di Sabah. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Tiada keyakinan diri yang tinggi

b)

Taraf pendidikan penduduk yang rendah

c)

Kurang semangat nasionalisme dalam diri

d)

Penindasan terhadap kegiatan berpersatuan

29.

Maklumat berikut merujuk kepada situasi yang berlaku di Sabah. Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh pihak British?

a)

Meningkatkan perpaduan rakyat

b)

Menyekat perluasan kuasa asing

c)

Memajukan penduduk luar bandar

d)

Memantapkan kuasa pemerintahan

30.

Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan hebat dari penduduk tempatan. Mengapakah penduduk bersikap demikian?

a)

Perubahan dasar perjuangan

b)

Tidak memahami tujuan penyerahan

c)

Bersikap terbuka terhadap perubahan

d)

Lebih berfokuskan perkembangan agama

31.

Gagasan Malayan Union diperkenalkan bagi menggantikan Pentadbiran Tentera British. Apakah hasrat British memperkenalkan gagasan tersebut?


*Pilih dua jawapan

a)

Melicinkan sistem pentadbiran

b)

Meningkatkan pelaburan ekonomi

c)

Mendapat sokongan penduduk Tanah Melayu

d)

Menjalinkan hubungan erat dengan raja-raja Melayu

32.

Siapakah yang membentangkan rancangan pembentukan Malayan Union di Parlimen British?

a)

R.O Winstedt

b)

Sir Edward Gent

c)

George Henry Hall

d)

Sir Harold MacMicheal

33.

Bagaimanakah kedudukan raja-raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?

a)

Menjadi Ahli Majlis Raja-Raja

b)

Berkuasa dalam pemerintahan

c)

Mengetuai Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangang

d)

Menjadi penasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British

34.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan prinsip jus soli?


*Pilih dua jawapan

a)

Kerakyatan secara liberal

b)

Kewarganegaraan sama rata

c)

Hanya mendapat kebenaran British

d)

Kerakyatan yang diberi secara terbuka

35.

Apakah status Tanah Melayu selepas pelaksanaan pentadbiran Malayan Union?

a)

Tanah jajahan

b)

Negeri naungan

c)

Negeri-negeri Selat

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

36.

Apakah tindakan Sir Harold MacMicheal yang menyebabkan orang Melayu tidak dapat menerima Malayan Union?

a)

Mengancam raja-raja Melayu

b)

Meniru tandatangan raja-raja Melayu

c)

Ugutan bunuh terhadap raja-raja Melayu

d)

Memaksa orang Melayu menerima Malayan Union

37.

Raja-raja Melayu membantah pelaksanaan pentadbiran Malayan Union dengan cara menyokong Kongres Melayu. Perasmian pembukaan kongres tersebut dilaksanakan oleh........

a)

Sultan Johor

b)

Sultan Pahang

c)

Sultan Selangor

d)

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

38.

Bagaimanakah bantahan terhadap Malayan Union dilaksanakan melalui akhbar?


*Pilih dua jawapan

a)

Mengajak orang Melayu berfikir secara rasional

b)

Membongkarkan kegiatan Malayan Union dalam akhbar

c)

Mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu

d)

Sentiasa melaporkan perkembangan berita penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

39.

Perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union telah memaparkan nilai yang perlu dicontohi oleh rakyat pada masa kini. Apakah nilai tersebut?

a)

Semangat juang yang tinggi

b)

Kesabaran yang tinggi

c)

Kerjasama yang padu

d)

Kegigihan yang kuat

40.

Apakah faktor penyerahan Sarawak kepada British?


*Pilih dua jawapan

a)

Masalah kewangan

b)

Desakan kerajaan British

c)

Menandatangani perjanjian

d)

Perebutan kuasa pemerintah

41.

Terdapat golongan yang menentang penyerahan Sarawak dan ada juga yang menyokong. Golongan yang menentang penyerahan Sarawak dipimpin oleh......

a)

Bujang Suntong

b)

Kumpulan Rukun 13

c)

Pergerakan Pemuda Melayu

d)

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

42.

Mengapakah golongan yang menentang penyerahan Sarawak mahu memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke?

a)

Dapat mengekalkan kedaulatan Sarawak

b)

Mengelak daripada penguasaan kuasa asing

c)

Dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah

d)

Mengelak daripada pemerintahan yang kejam

43.

Apakah kesan daripada tindakan British berikut?

a)

Peletakan jawatan kakitangan awam secara beramai-ramai

b)

Kakitangan awam mengadakan persidangan untuk membantah tindakan British

c)

Kakitangan awam mengadakan demonstrasi secara besar-besaran

d)

Kakitangan awam menyuarakan bantahan melalui akhbar mengeji tindakan British

44.

Apakah matlamat penubuhan Rukun 13 yang ditubuhkan oleh para pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)?

a)

Mengembalikan kemerdekaan Sarawak

b)

Menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu

c)

Menghalang penyerahan Sarawak kepada British

d)

Menghapuskan penguasaan Dinasti Brooke di Sarawak

45.

Mengapakah terdapat golongan yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British?


*Pilih dua jawapan

a)

Ingin mengubah bentuk pentadbiran

b)

Memajukan Sarawak dalam pelbagai aspek

c)

Memberi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam

d)

Penduduk memperoleh pelbagai faedah daripada penyerahan tersebut

46.

Mengapakah SBUB bersetuju menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?

a)

Desakan kerajaan British

b)

Perebutan kuasa pemerintahan

c)

Masalah pewarisan takhta kerajaan

d)

Kekurangan dana untuk membangunkan sabah

47.

Apakah tindakan British bagi melumpuhkan gerakan nasionalisme melalui kegiatan berpersatuan?


*Pilih dua jawapan

a)

Menyertai kegiatan berpersatuan penduduk Sabah

b)

Merasuah ahli dan pemimpin yang aktif dalam persatuan

c)

Memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif ke bandar lain

d)

Menawarkan jawatan kenaikan pangkat kepada ahli persatuan

48.

Apakah ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union?


*Pilih dua jawapan

a)

Kewarganegaraan jus soli

b)

Kewujudan sebuah kesatuan

c)

Kekuasaan Raja-raja Melayu diperkukuhkan

d)

Keistimewaan penduduk peribumi terpelihara

49.

Mengapakah British melakukan tindakan berikut?

a)

Mengawal keselamatan rakyat British

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

d)

Menjamin kepentingan sebagai pelabuhan bebas

50.

Raja-raja Melayu menjadi Ahli Majlis Raja-raja dalam sistem pentadbiran Malayan Union. Apakah fungsi Raja-raja Melayu dalam sistem pentadbiran tersebut?

a)

Menjamin hak istimewa orang Melayu

b)

Mengutip zakat fitrah daripada orang Islam

c)

Membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu

d)

Menasihati Pesuruhjaya British dalam urusan pentadbiran

51.

Apakah akhbar Melayu yang menyuarakan bantahan terhadap pembentukan Malayan Union?

a)

Berita Harian

b)

Warta Negara

c)

Utusan Melayu

d)

Lembaga Malaya

52.

Apakah tindakan Sir Harold MacMicheal untuk mendapatkan persetujuan Sultan Kelantan menandatangani perjanjian Malayan Union?

a)

Mengadakan rundingan

b)

Mengugut diturunkan takhta

c)

Menawarkan ganjaran lumayan

d)

Menghapuskan hak orang Melayu

53.

Jadual berikut berkaitan dengan Kongres Melayu. Apakah yang diputuskan dalam kongres tersebut?

a)

Penubuhan UMNO

b)

Pemansuhan Malayan Union

c)

Pembubaran Kesatuan Melayu Muda

d)

Pemulauan majlis pelantikan Gabenor

54.

Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada kerajaan British pada tahun 1946?


*Pilih dua jawapan

a)

Ancaman Jepun

b)

Masalah pewarisan takhta

c)

Desakan kerajaan British

d)

Pemberontakan dalam negeri