Font size
WorksheetsPJPK 3A - KESELAMATAN EKSPLOITASI
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud EKSPLOITASI?
Perbuatan menawarkan diri untuk melakukan sesuatu bagi memperoleh keuntungan kepada diri sendiri dan orang lain tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Perbuatan mengasingkan diri daripada terus melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan kepada diri kita.
Perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.
Perbuatan yang boleh menyebabkan keselamatan diri sendiri terjamin kerana terhindar daripada melakukan sebarang perkara yang membawa kepada kerosakan.
Manakah antara berikut BUKAN jenis EKSPLOITASI?
Penderaan
Kahwin paksa
Seks siber
Keldai dadah
Apakah keldai dadah?
Seseorang yang sanggup menjual hartanya untuk mendapatkan bekalan dadah.
Seseorang yang menjadi penunggang keldai untuk dijadikan sebagai pengangkutan.
Seseorang yang menjadi penagih dan pengedar dadah kepada orang lain.
Seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi pembawa dadah atau barang seludup ke nagara jiran.
Eksploitasi wujud dalam pelbagai bentuk. 3 antaranya ialah....
seksual
mental
fizik
psikologi
Maksud PEDOFILIA ialah.....
Penderaan mental sejak kanak-kanak.
Keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak dipaksa untuk bekerja sebagai buruh.
Perasaan sayang akan kanak-kanak.
Aktiviti seperti agensi teman, tukang urut, pelacuran dan filem lucah merupakan jenis eksploitasi.....
seksual
kajwin paksa
buruh
pedofilia
Aktiviti bagi eksploitasi untuk melakukan jenayah ialah
menjual mainan
meminjam wang
menyeluk saku
mengecat dinding
Mengapakah kanak-kanak digunakan oleh pihak-pihak tertentu ?
kebanyakan kanak-kanak dibiarkan oleh ibu bapa tanpa pengawasan.
kanak-kanak lebih cenderung melakukan jenayah.
kanak-kanak lebih bijak berbanding orang dewasa.
mempertahan dan menyebarkan ideologi yang terpesong mereka
Kanak-kanak di bawah umur dipaksa bekerja untuk menjelaskan hutang keluarga. Berikan 2 bentuk paksaan yang digunakan...
keganasan
kematian
pelukan
penderaan
Individu itu akan mudah dieksploitasi sekiranya...
mempunyai rupa paras yang kacak
mempamerkan kemewahannya di khalayak ramai
tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi
tidak menuruti kehendak seseorang
Mengapakah seseorang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi sukar dieksploitasi?
dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu dan bertindak dengan rasional.
mempunyai tahap kewangan yang kukuh.
bergantung kepada keputusan orang lain.
mudah dipengaruhi oleh situasi semasa
Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya pengeksploitasian terhadap perhubungan keluarga?
menambah bilangan anak supaya keluarga besar menjadi lebih meriah.
menambah bilangan isteri supaya dapat menguruskan rumah tangga.
meningkatkan taraf mutu kehidupan keluarga melalui pekerjaan dan pendidikan.
menggalakkan anak-anak bekerja bagi membantu menambahkan pendapatan.
Mengapakah bilangan anak yang ramai boleh menyebabkan kanak-kanak dieksploitasi?
Berlaku perebutan harta antara anak-anak yang bersikap tamak terhadap harta pusaka.
Kanak-kanak diserahkan kepada keluarga angkat yang mempunyai taraf ekonomi yang baik.
Kanak-kanak diberi peluang untuk menerima pendidikan dan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Mereka terpaksa bekerja untuk membantu mengurangkan beban keluarga dan tiada kasih sayang daripada ibu bapa.
Mengapakah sesetengah tempat menganggap amalan mencari rezeki oleh kanak-kanak lelaki menjadi kebiasaan?
arahan pihak kerajaan
anak lelaki lebih kuat berbanding anak perempuan
budaya yang diamalkan oleh masyarakat setempat
anak lelaki perlu mencari rezeki kerana mereka kuat makan daripada anak perempuan
Mengapakah kes eksploitasi komuniti tempatan tidak dilaporkan oleh pihak polis?
masyarakat kurang diberi pendedahan dan kurang sensitiviti terhadap eksploitasi ini.
masyarakat takut untuk melaporkan kes ini kepada pihak polis.
Pihak polis kurang memberi peluang untuk masyarakat tempatan membuat aduan dan laporan.
balai polis tutup kerana cuti perayaan.
Tandakan 3 pihak yang menerima kesan negatif daripada eksploitasi
masyarakat
keluarga
diri
kerajaan
Pengambilan bahan terlarang seperti dadah dan alkohol akan mengakibatkan....
kesihatan diri terganggu
kecergasan tubuh badan
mental menjadi kuat
lebih kuat bekerja
Nyatakan 2 kesan kepada keluarga jika anak-anak melakukan pelbagai masalah?
institusi keluarga akan runtuh
kebanggaan keluarga
pujian daripada jiran tetangga
berlaku penceraian
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan eksploitasi komuniti tempatan dan masyarakat?
jalankan pameran buah-buahan tempatan.
jalankan kempen kesenian dan kebudayaan.
jalankan kempen kesedaran dan penguatkuasaan pihak tempatan.
jalankan amalan rumah terbuka.
Mengapakah anak yatim sering dieksploitasi?
anak yatim banyak menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.
anak yatim sering mengambil kesempatan daripada pihak-pihak tertentu.
merupakan golongan kurang berupaya kerana tiada tempat bergantung dan kurang kasih sayang.
merupakan golongan bernasib baik yang terpilih untuk dieksploitasi oleh pihak-pihak lain.
