wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TEKNOLOGI HIJAU SAINS T4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Teknologi Hijau?

a)

Aplikasi produk dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam semula jadi

b)

Pembangunan dan aplikasi sistem dalam memelihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia

c)

Penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan sesuatu kerja dengan kadar yang sama

d)

Aplikasi peralatan dalam memelihara alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara

2.

Antara yang berikut, manakah kepentingan Teknologi Hijau?

I. Mengurangkan pengeluaran karbon

II. Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar

III. Menjimatkan penggunaan sumber asli negara

IV. Meningkatkan ekonomi negara

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

3.

Antara yang berikut, apakah tonggak utama Dasar Teknologi Hijau?

I. Tenaga

II. Alam Sekitar

III. Sains

IV. Sosial

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

4.

Antara yang berikut, manakah benar tentang kesan amalan kecekapan tenaga?

I. Meningkatkan penjimatan sumber tenaga

II. Mengurangkan penjimatan sumber tenaga

III. Mengukuhkan ekonomi negara

IV. Mengurangkan pembaziran

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

5.

Antara yang berikut, manakah bukan usaha dalam pelaksanaan kecekapan tenaga?

a)

Kempen kesedaran alam semula jadi

b)

Kempen teknologi cekap tenaga

c)

Label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik

d)

Indeks Bangunan Hijau

6.

Antara yang berikut, manakah padanan yang betul terhadap sektor dan fungsinya dalam Teknologi Hijau?

a)

Sektor ICT: Fokus kepada penambahbaikan prasarana

b)

Sektor Perindustrian dan pembuatan: Fokus kepada program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga

c)

Sektor Bangunan: Fokus kepada pengawalan kadar gas karbon dioksida di udara

d)

Sektor Pengangkutan: Fokus untuk meminimumkan pembangunan sisa dan air sisa

7.

Antara yang berikut, manakah aktiviti yang menimbulkan isu sosiosaintifik terhadap alam sekitar?

a)

Memotong rumput

b)

Memburu binatang

c)

Penebangan hutan

d)

Menjala ikan di laut

8.

Antara yang berikut, manakah kesan daripada pembebasan gas rumah hijau?

I. Peningkatan suhu

II. Banjir kilat

III. Kemarau

IV. Tanah runtuh

a)

I dan II sahaja

b)

II dan II sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

I, II dan III sahaja

9.

Antara yang berikut, manakah aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik?

I. Sumber tenaga hidro

II. Sumber tenaga geoterma

III. Sumber semulajadi

IV. Sumber tenaga solar

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

10.

Antara yang berikut, manakah bentuk pengangkutan hijau?

a)

Berbasikal

b)

Pengangkutan awam

c)

Teksi

d)

Kenderaan individu

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan "jejak kaki karbon"?

a)

Jumlah gas rumah hijau

b)

Pembebasan gas ke persekitaran

c)

Jumlah gas rumah hijau, iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti asap kenderaan

d)

Kesan kemajuan yang pesat tanpa menghiraukan alam semula jadi di sekeliling kita

12.

Apakah maksud kelestarian alam sekitar?

a)

Kempen untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang alam sekitar

b)

Usaha dan inisiatif untuk menghindari kepupusan sumber alam dan memastikan kerosakan alam sekitar pada tahap minimum

c)

Aktiviti menghentikan masyarakat daripada menggunakan bahan pencemar

d)

Usaha bagi mengelakkan kepupusan flora dan fauna

13.

Aktiviti yang manakah dapat memainkan peranan dalam melestarikan alam sekitar?

a)

Menggunakan petrol berplumbum

b)

Menggunakan baja bukan organik

c)

Menggunakan bekas daripada plastik

d)

Menggunakan kenderaan hibrid

14.

Berapakah sektor dalam Teknologi Hijau?

a)

5

b)

7

c)

4

d)

3

15.

Apakah sumber tenaga boleh baharu yang ditunjukkan?

a)

Air

b)

Cahaya matahari

c)

Bahan nuklear

d)

Angin

16.

Rajah menunjukkan gas X yang menyebabkan fenomena gas rumah hijau. Antara berikut, yang manakah jenis gas X yang utama?

a)

sulfur dioksida

b)

karbon dioksida

c)

metana

d)

nitorgen dioksida

17.

Yang manakah isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga? (Pilih 2 daripada pilihan jawapan).

a)

Pencemaran air

b)

Pembakaran bahan api fosil

c)

Penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, arang batu dan gas asli

d)

Pembuangan sisa tidak terancang

18.

Antara langkah berikut, yang manakah paling sesuai diambil bagi menangani masalah penggunaan racun perosak dalam pertanian?

a)

kawalan biologi

b)

penanaman semula

c)

tanaman bergilir

d)

baja kompos

19.

Antara gas rumah hijau berikut, yang manakah merupakan gas utama dalam jejak kaki karbon?

a)

Ozon

b)

Metana

c)

Nitrus oksida

d)

Karbon dioksida

20.

Apakah kesan pembalakan yang tidak terkawal?(Pilih 2 jawapan)

a)

Jerebu

b)

Tanah runtuh

c)

Banjir kilat