wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Milling Operation I

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mesin kisar jenis ini mempunyai kepalanya boleh dikilas dan dijongketkan. Ini membolehkan operasi mengisar sudut dan membuat lubang condong dilakukan dengan mudah. Walaubagaimanapun mesin ini tidak dapat melakukan operasi yang besar dan berat seperti mesin kisar tegak. Berpandukan kenyataan ini, apakah jenis mesin kisar tersebut?

a)

Mesin Kisar Turret

b)

Mesin Kisar Tegak

c)

Mesin Kisar Ufuk

d)

Mesin Kisar CNC

2.

Berikut adalah kerja-kerja yang dapat boleh dilakukan oleh mesin kisar KECUALI

a)

Mengisar permukaan rata termasuk permukaan mengufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong.

b)

Memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang (dove tail).

c)

Mengisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan menggunakan mata alat pengisar berbentuk.

d)

Untuk meniruskan bahu-bahu atau tepi silinder

3.

Terdapat banyak alat tambah yang digunakan pada mesin kisar,salah satunya ialah Kepala Penggerek (Boring Head) . Pilih kenyataan yang BENAR tentang kegunaannya.

a)

Membuat lurah T

b)

Membesarkan lubang pada bendakerja mengikut saiz yang dikehendaki.

c)

Untuk membuat alur (slot)

d)

Memotong gigi gear, aci gelugur dan mengisar permukaan jarak yang sama

4.

Mata alat ini boleh dipasang pada drawbar mesin serta mempunyai insert carbide sebagai mata pemotongnya, proses apakah yang boleh dilakukan oleh mata alat tersebut ?

a)

Mengisar alur dengan mata kisar hujung (End mill)

b)

Mengisar alur dengan mata kisar alur kunci (Woodruff)

c)

Mengisar lurah dengan mata kisar bajang (Dovetail)

d)

Mengisar permukaan rata dengan mata kisar muka

5.

Antara yang berikut yang manakah bukan kerja

menggerek ?

a)

Menggerek lubang tembus

b)

Mengerek lubang buntu

c)

Menggerek lurah

d)

Mengerek tirus

6.

Kegunaan mata alat ini adalah meratakan permukaan dan selalu digunakan semasa proses Squaring. Mata alat ini juga mempunyai lubang ditengahnya agar boleh diikat kemas pada batang shaft arbor, namakan jenis mata alat tersebut.

a)

Mata kisar biasa plain mill cutter

b)

Mata kisar hujung end mill cutter

c)

Mata kisar sudut

d)

Mata kisar muka facemill cutter

7.

Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kelajuan pemotongan KECUALI

a)

Dalam dan lebar pemotongan

b)

Rupa bentuk mata alat

c)

Ketegapan mesin dan bendakerja yang diikat

d)

Jenis mesin yang digunakan

8.

Berikut adalah alat tambahan dan aksesori mesin pengisar KECUALI

a)

Kepala penggerek

b)

Kepala pembahagi

c)

Alat tambah melurah

d)

Sangga Tetap dan bergerak

9.

Ragum jenis ini boleh melaraskan sudut dalam tiga dimensi. Ragum boleh dijongketkan 90° dari ufuk ke ke posisi menegak, boleh disendengkan 45° ke kiri atau kanan dan boleh dikilas 360° diatas tapak. Pemegang benda-kerja lain adalah seperti bongkah Vee, pengapit dan lekapan. Kenyataan di bawah adalah menerangkan ragum jenis

a)

Universal 3 way angle vise

b)

Universal milling vise

c)

Milling machine vises with swivel base

d)

Ragum jenis biasa

10.

Mata alat ini digunakan untuk membesarkan lubang. Apakah nama mata alat tersebut?

a)

Mata Kisar Lurah T (T-slot cutter)

b)

Mata Kisar Alur Kunci (Woodruff keyway)

c)

Mata Kisar Hujung (End Mill)

d)

Mata Kepala mengerek (boring head)