WorksheetsTatabahasa - Kata adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.
laju
rata
licin
lekuk
Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM 45.00 sahaja.
nipis
tebal
berkilat
berwarna
Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang _________ itu.
jauh
cetek
dalam
dangkal
Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.
kaya
cerdih
pintar
peramah
Keropok ubi kayu itu menjadi ___________ kerana tidak disimpan di dalam bekas.
kuat
tajam
lemau
garing
Perabot yang dijual di kedainya itu dibuat daripada kayu _________ yang diimport.
nipis
tebal
kesat
keras
Amir sangat __________ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
Sikap ayah yang __________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk belajar.
lupa
malu
jarang
selalu
Lauk-pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap-sedap belaka walaupun __________.
kelat
pedas
masam
payau
Petir berdentum dengan ___________ menandakan hari hendak hujan.
rakus
kuat
perlahan
senyap
Pemidato itu agak __________ semasa berhujah.
marah
gembira
bimbang
gementar
Abang Bok Yu ____________ berbahasa jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
leka
bijak
deras
Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat __________.
ganas
comel
gebu
tembam
Dahi adik kelihatan ___________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lekuk
Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi ________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
lengang
senyap
muram
suram
Mata Aminah _________ kerana terkena air sabun.
kelat
lebam
pedih
pedas
Jambatan yang _________ itu akan di lebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semaloi.
luas
sempit
senang
besar
Malam itu sungguh ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
gelap
nyaman
hening
bising
Puan Aisyah melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan _______ itu.
rendah
singkat
tinggi
sempit
Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih __________.
tegang
teguh
tegap
tegar
