wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan pemahaman Tahap 2 .Sekolah Rendah

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Pokok ____________ oksigen kepada manusia.

a)

membekal

b)

dibekalkan

c)

dipentingkan

d)

membekalkan

2.

Beberapa orang ____________ sedang mengutip sampah di kawasan air terjun.

a)

sejarawan

b)

sukarelawan

c)

olahragawan

d)

budayawan

3.

Saiful menulis karangan tentang ____________ program alam sekitar.

a)

pentingkan

b)

kepentingan

c)

dipentingkan

d)

mementingkan

4.

Aiman memenangi pertandingan itu ____________ dia memang berbakat dalam bidang reka cipta.

a)

setelah

b)

andai kata

c)

kerana

d)

sejak

5.

____________ segalanya berjalan dengan lancar, projek Sains itu akan siap pada minggu depan.

a)

Semasa

b)

Kendatipun

c)

Untuk

d)

Jika

6.

"Pameran buku sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra. Mahukah kamu mengikut kami ke ____________?" tanta Kamal.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

sana

7.

Para pelancong _____________ melihat rakyat Malaysia yang hidup aman damai.

a)

kagum

b)

bosan

c)

kecewa

d)

berani

8.

Baginda berkenan untuk ____________ bintang kebesaran kepada tokoh sukan itu.

a)

menganugerah

b)

menganugerahi

c)

dianugerahkan

d)

menganugerahkan

9.

___________ kejadian itu, hatinya senantiasa tidak tenteram.

a)

Selagi

b)

Agak

c)

Sejak

d)

Hingga

10.

_____________ usang di hujung kampung itu dipenuhi sarang lelabah.

a)

Pepijat

b)

Bebalai

c)

Bebuli

d)

Jejari

11.

"Jangan _____________ perkara ini kepada sesiapa sebelum ada apa-apa pengesahan", kata Hazim kepada rakan-rakannya.

a)

darihal

b)

tanggungjawab

c)

beritahu

d)

tandatangan

12.

Ubat itu saya ____________ di dalam peti kecemasan.

a)

kumpul

b)

baling

c)

buang

d)

simpan

13.

Ceramah tentang cara-cara membalut luka itu kami ____________ dengan teliti.

a)

pandang

b)

dengar

c)

ambil

d)

angkut

14.

"____________lah cikgu risau. Kami akan berkumpul di sini pada pagi esok," kata Weng Kiat.

a)

Harap

b)

Tolong

c)

Jangan

d)

Jemput

15.

Latihan kebakaran diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato' Kamaruddin ____________ cuaca redup.

a)

ketika

b)

supaya

c)

hingga

d)

semoga

16.

Bapa Farhan membawa kamera digital berjenama __________ sewaktu ke Pulau Pangkor.

a)

Samseng

b)

Samsi

c)

Samsam

d)

Samsung

17.

Aktiviti gotong-royong itu bermula dari pukul 8:00 pagi ____________ 12:00 tengah hari," kata Jason kepada Alif.

a)

ketika

b)

agar

c)

hingga

d)

semasa

18.

Kita perlu menjaga kebersihan sungai ____________ sungai kita tidak tercemar.

a)

kerana

b)

supaya

c)

bahawa

d)

hingga

19.

Bau longkang itu busuk ____________ kerana sudah lama tidak dibersihkan.

a)

agak

b)

terlalu

c)

paling

d)

benar

20.

Cerita itu mendidik kanak-kanak agar ____________ akan ibu bapa.

a)

kuat

b)

manja

c)

rindu

d)

hormat

21.
Encik Muhamad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau 
d)
mereka
22.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda Sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Tuanku
d)
Patik
23.
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita  terutamanya di Terengganu.
a)
menekat
b)
menenun
c)
menyulam
d)
menganyam
24.
Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
memerah
b)
mengilap
c)
menerjah
d)
mencanai
25.
Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Kota Setia gigih menjalani latihan. ________, mereka  menjuarai pertandingan itu.
a)
Setelah itu
b)
Kalau begitu
c)
Oleh itu
d)
Namun demikian
26.
Klinik Kesihatan Seberang Perak ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
a)
terhebat
b)
kehebatan
c)
memperhebat
d)
memperhebatkan
27.
Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
lunak
b)
garau
c)
manja
d)
nyaring
28.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
atas
b)
bawah
c)
tengah
d)
belakang
29.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
bari-bari
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
kunang-kunang
30.
Mak Intan menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan kepada pelanggannya. 
a)
bilah
b)
berkas
c)
batang
d)
tongkol
31.
“Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.
a)
Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh enak
b)
Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan oleh ibu
c)
Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan kakak mereka
d)
Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam yang sangat enak
32.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Soalan-soalan dalam peperiksaan bulanan sangat mudah.

a)

senang

b)

murah

c)

sukar

d)

susah

33.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

Anak bongsu Puan Su belajar di SJKC Man Wah.

a)

muda

b)

besar

c)

sulung

d)

kecil

34.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah acara yang terakhir sempena Minggu Kemerdekaan?

a)

Acara tersebut ialah pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap satu.

b)

Terdapat pelbagai acara sempena Minggu Kemerdekaan.

c)

Minggu Kemerdekaan akan dirasmikan oleh guru besar.

d)

Tujuan Minggu Kemerdekaan diadakan adalah untuk menyemai semangat

patriotik di kalangan murid.

35.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah yang dilakukan oleh Kamaruddin?

a)

Datuk memanggil Kamaruddin untuk mencabut uban pada rambutnya.

b)

Kamaruddin sedang mencabut uban pada rambut datuknya di anjung rumah.

c)

Kamaruddin akan diberikan upah kerana telah mencabut uban datuknya.

d)

Rambut datuk Kamaruddin sudah banyak yang berwarna putih.