WorksheetsBab 1 Tingkatan 4
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Senarai berikut merupakan wilayah pengaruh dalam salah satu kerajaan Alam Melayu.
- Sungai Mekong
- Selatan Myanmar
- Segenting Kra
Funan
Angkor
Siam
Majapahit
Gambar berikut merupakan inskripsi Telaga Batu yang terdapat dalam kerajaan Srivijaya. Apakah kepentinngan inskripsi tersebut?
tatacara pelantikan raja
salasilah raja yang memerintah
catatan penyebaran agama
upacara persetiaan rakyat kepada raja
Ciri-ciri negara bangsa empayar berikut telah diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau.
- Srivijaya
- Kesultanan Melayu Melaka
Apakah aspek yang ditekankan dalam usaha membentuk negara bangsa tersebut?
pembangunan ekonomi
hubungan luar
kepentingan Islam
perluasan empayar
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dan tersusun. Apakah sistem pentadbiran tersebut?
pentadbiran wilayah
pentadbiran berpusat
Raja Berperlembagaan
Pembesar Empat Lipatan
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai rakyat yang taat setia kepada pemerintah. Rakyat Melaka terdiri daripada
I. orang Portugis
II. Orang Melayu
III. Orang Laut
IV. Orang dagang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka berjaya menjadi sebuah empayar yang berkuasa di Alam Melayu?
Melalui pengiktirafan
memperoleh bantuan tentera
menerima ufti dari negara luar
menguasai bidang ekonomi
Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka meliputi seluruh Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah pengaruh?
I. Penaklukan
II. Perkahwinan
III. Perjanjian
IV. Penganugerahan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut merupakan lambang kebesaran yang terdapat dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
- cap mohor
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
meluaskan empayar kerajaan
meningkatkan perbendaharaan
mengesahkan arahan sultan
memajukan bidang perdagangan
Senarai berikut merupakan wilayah pengaruh kerajaan Sultan Melayu Melaka.
- Pahang
- Kampar
- Rokan
Bagaimanakah Melaka memperoleh wilayah-wilayah tersebut?
Taklukan
Naungan
Perkahwinan siasah
Hadiah negara asing
Bagaimanakah Sultan Mansur Shah memperoleh wilayah Siantan daripada Kerajaan Majapahit?
menandatangani perjanjian
melalui pertukaran wilayah
hasil daripada penaklukan
hadiah melalui perkahwinan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memberikan kuasa memerintah kepada pembesar berempat untuk mentadbir wilayah, sungai, atau pulau.
Kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai
kawasan jajahan
kawasan pegangan
negeri naungan
daerah penguasaan
Apakah tugas Bendahara sebagai Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
mengawal kutipan cukai
menguruskan perbendaharaan
menjaga keselamatan di laut
menjadi ketua turus angkata tentera
Maklumat berikut merujuk kepada Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka.
- Penghulu Bendahari.
Apakah peranan pembesar tersebut bagi memajukan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
menguruskan perbendaharaan
mengawal keselamatan pedagang
menjalankan hubungan luar
mengetua armada laut
Gambar berikut menunjukkan keadaan di pelabuhan pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah jawatan pembesar yang memastikan urusan di pelabuhan berjalan dengan lancar?
Bendahara
Laksamana
Syahbandar
Temenggung
Maklumat berikut di bawah berkaitan tokoh terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
- paling lama berkhidmat sebagai Bendahara
- berkhidmat untuk empat orang sultan
Tun Ali
Tun Majid
Tun Perak
Tun Mutahir
Apakah tugas Laksamana dalam sistem pembesar empat lipatan?
pengawal sultan
ketua pelabuhan
pentadbir wilayah
panglima tentera laut
Berdasarkan Fasal 4 dalam Hukum Kanun Melaka, apakah kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman bunuh?
I. menyamun berkumpulan
II melakukan perbuatan zina
III memalsukan titah raja
IV mengingkari arahan raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengikut Hukum Kanun Melaka, terdapat beberapa perkataan yang tidak boleh digunakan oleh rakyat. Antara perkataan-perkataan tersebut ialah
I. murka
II bersalin
III patik
IV anugerah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dalam Hukum Kanun Melaka terdapat golongan yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan. Antara golongan tersebut ialah
hakim
wanita
pedagang luar
pembesar neger
Apakah sumbangan tokoh di bawah dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
- nakhoda Jenal
- nakhoda Diri
- nakhoda Sahak
mengurus kemasukan pedagang
mengawal keselamatan pembesar
mentadbir urusan di pelabuhan
membentuk Undang-undang Laut Melaka
Berdasarkan Undang-undang Laut Melaka, terdapat pelbagai cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan. Apakah cukai yang dimaksudkan?
cukai kuala
cukai kepala
cukai perjalanan
cukai diraja
Cukai perkhidmatan dalam fasal 6.3 Undang-undang Laut Melaka setiap penumpang kapal akan dikenakan cukai satu persepuluh hasil penumpang. Siapakah yang akan menentukan jumlah cukai tersebut?
Nakhoda
Syahbandar
Bendahara
Penghulu Bendahari
Apakah peranan nakhoda sebagaimana yang tercatat dalam Undang-undang Laut Melaka?
mengawal barang dagangan
mengurus kebajikan penumpang
menentukan jumlah cukai dagangan
memastikan keselamatan pelayaran
Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Antara berikut, manakah yang termasuk dalam golongan pemerintah?
I. hamba raja
II pedagang Arab
III ulama
IV kerabat raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pembesar memainkan peranan penting dalam memelihara dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. Apakah peranan tersebut?
mengadakan hubungan diplomatik
menjatuhkan hukuman kepada pesalah
memperkenalkan undang-undang
menjadi perantara sultan dan rakyat
Apakah yang dimaksudkan dengan Waadat?
hak dan kebebasan rakyat
adat resam orang tempatan
perjanjian rakyat dan pemerintah
peraturan hidup bernegara
Apakah peranan rakyat terhadap negara dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
I. menyumbang tenaga kerja
II pedayung kapal perang
III menjadi utusan ke luar negeri
IV pengiring para pembesar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada hamba pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hamba - Hamba Raja, X, hamba biasa.
Apakah X?
hamba abdi
hamba sahaya
hamba berhutang
hamba tawanan perang
Tulah dipercayai kecelakaan yang boleh menimpa seseorang rakyat. Mengapakah seseorang itu boleh ditimpa tulah?
menipu dalam perdagangan
membunuh rakyat raja
melakukan perbuatan zina
menderhaka kepada raja
Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka bagi membentuk negara bangsa yang berdaulat telah diwarisi oleh kerajaan Melayu selepasnya.
Apakah iktibar yang boleh diambil daripada penyataan tersebut?
menyemarakkan semangat nasionalisme
membentuk raja berperlembagaan
mewujudkan masyarakat majmuk
mengelakkan penjajahan minda
Berikut adalah jawatan dalam pentadbiran kerajaan Srivijaya.
- Yuvaraja
- Pratiyuvaraja
- Rajakumara
Apakah peranan pembesar-pembesar tersebut?
mengutip hasil cukai
membantu pentadbiran
menggubal undang-undang
menguruskan kawasan pegangan
Berikut adalah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.
'Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja'.
Apakah ciri negara bangsa yang dapat dikaitkan dengan maklumat tersebut?
raja
rakyat
wilayah pengaruh
undang-undang
Berikut adalah kawasan yang dikurniakan oleh Sultann Melaka kepada Pembesar Berempat.
'Kawasan pegangan'
Apakah peranan Pembesar Berempat di kawasan tersebut?
menguruskan sungai
mengekalkan keamanan
mencari tenaga kerahan
menyediakan kemudahan asas
Maklumat berikut merupakan ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
- nobat, regalia, cop mohor
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
Simbol jati diri
kekuatan bangsa
peralatan tradisional
kedaulatan sultan
Dialog berikut berlaku antara dua rakyat di Melaka.
Rakyat A: Kita kemna ikut perintah raja dan tidak boleh melanggar larangan.
Rakyat B: Ya, takut ditimpa tulah.
Apakah maksud 'tulah'?
perjanjian
hukuman
kecelakaan
buang negeri
Berikut adalah undang-undang di negeri-negeri Melayu.
- Undang-undang Pahang
- Undang-undang 99 Perak
Apakah persamaan undang-undang tersebut?
mengutamakan golongan lelaki
menerima pengaruh Hindu Buddha
undang-undagn berasaskan waadat
dipengaruhi oleh undang-undang Melaka
Maklumat berikut berkaitan hubungan Melaka dengan Dinasti Ming.
'Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang utusan termasuklah Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dan Melaka'.
Apakah rumusan daripada situasi tersebut?
Dinasti Minng perlu menguasai perdagangan
Dinasti Ming mengakui kehebatan Melaka
Dinasti Ming mahu meluaskan kuasanya
Dinasti Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka
Maklumat berikut berkaitan perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba.
'waadat'
Apakah kesan perjanjian tersebut?
mengawal tingkah laku rakyat sesebuah negara
menjamin keselamatan rakyat dalam negara
menjalinkan hubungan baik antara pemerintah dan rakyat
pemerintah berkuasa melaksanakan kerahan rakyat.
Berikut adalah hubungan pemerintah dan rakyat.
Raykat ini umpama akar dan raja itu umpama pohon.
Apakah prinsip rukun negara yang dapat dikaitkan dengan perumpamaan tersebut?
kepercayaa kepada Tuhan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan
kesetiaan kepada raja dan negara
Bagaimanakah sistem pembesar empat lipatan dan sistem jemaah menteri di Malaysia memberikan kesan kepada pentadbiran negara?
melancarkan pentadbiran
kesetiaan rakyat terjamin
tidak berlaku penderhakaan
tiada ancaman kuasa luar
