Worksheets07.10 BM T4 : PENANDA WACANA
Total questions: 15
Worksheet time: 1hrs 15mins
Klik penanda wacana yang betul bagi ayat di bawah.
Anis mendapati sapu tangannya hilang. _________ sapu tangannya tercicir.
a. Mungkin
b. Meskipun
c. Akhirnya
d. Seterusnya
Klik penanda wacana yang betul bagi ayat di bawah.
Setelah disiasat oleh guru kelas, _________ Syida mengaku bahawa dia telah mengambil buku kawannya tanpa pengetahuan.
a. mungkin
b. tambahan pula
c. selain itu
d. akhirnya
Klik penanda wacana yang betul bagi ayat di bawah.
Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan perumahan itu. _________, jenayah curi masih kerap berlaku.
a. Namun begitu
b. Walau bagaimanapun
c. Selain itu
d. Meskipun
Klik penanda wacana yang betul bagi ayat di bawah.
Amalan menabung membawa banyak kebaikan. _________, amalan tersebut digalakkan terutamanya kepada murid-murid sekolah.
a. Tambahan pula
b. Oleh yang demikian
c. Namun begitu
d. Selain itu
Klik penanda wacana yang betul bagi ayat di bawah.
Mak Bedah bekerja sebagai penoreh getah. _________, dia mengambil upah menjahit baju bagi menambah pendapatannya.
a. Oleh sebab itu
b. Selain itu
c. Walau bagaimanapun
d. Seterusnya
Pilih ayat yang menggunakan penanda wacana yang betul.
a. Budak itu semakin nakal. Selepas itu, kakaknya selalu menyebelahinya.
b. Budak itu semakin nakal. Akhirnya, kakaknya selalu menyebelahinya.
c. Budak itu semakin nakal. Oleh sebab itu, kakaknya selalu menyebelahinya.
d. Budak itu semakin nakal. Walau bagaimanapun, kakaknya selalu menyebelahinya.
Pilih ayat yang menggunakan penanda wacana yang betul.
a. Dato' Khalid menyampaikan ucapan. Seterusnya, beliau merasmikan acara pada hari itu.
b. Dato' Khalid menyampaikan ucapan. Namun begitu, beliau merasmikan acara pada hari itu.
c. Dato' Khalid menyampaikan ucapan. Akhirnya, beliau merasmikan acara pada hari itu.
d. Dato' Khalid menyampaikan ucapan. Oleh sebab itu, beliau merasmikan acara pada hari itu.
Pilih ayat yang menggunakan penanda wacana yang betul.
a. Tarikh tutup semakin hampir. Mungkin Farhana masih belum menghantar borang permohonan bantuan.
b. Tarikh tutup semakin hampir. Akhirnya, Farhana masih belum menghantar borang permohonan bantuan.
c. Tarikh tutup semakin hampir. Oleh sebab itu, Farhana masih belum menghantar borang permohonan bantuan.
d. Tarikh tutup semakin hampir. Namun begitu, Farhana masih belum menghantar borang permohonan bantuan.
Pilih ayat yang menggunakan penanda wacana yang betul.
a. Amira seorang murid yang rajin dan berdisiplin. Tambahan pula, dia sering mendapat pujian daripada guru-gurunya.
b. Amira seorang murid yang rajin dan berdisiplin. Oleh sebab itu, dia sering mendapat pujian daripada guru-gurunya.
c. Amira seorang murid yang rajin dan berdisiplin. Selain itu, dia sering mendapat pujian daripada guru-gurunya.
d. Amira seorang murid yang rajin dan berdisiplin. Namun begitu, dia sering mendapat pujian daripada guru-gurunya.
Pilih ayat yang menggunakan penanda wacana yang betul.
a. Setelah dua hari berturut-turut Johan dan Farhan mendaki gunung itu, tambahan pula mereka sampai juga di puncaknya.
b. Setelah dua hari berturut-turut Johan dan Farhan mendaki gunung itu, namun begitu mereka sampai juga di puncaknya.
c. Setelah dua hari berturut-turut Johan dan Farhan mendaki gunung itu, mungkin mereka sampai juga di puncaknya.
d. Setelah dua hari berturut-turut Johan dan Farhan mendaki gunung itu, akhirnya mereka sampai juga di puncaknya.
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penanda wacana yang betul.
I. Razak seorang pemuda yang tempang dan buta. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
II. Sepuluh orang peserta menarik diri. Oleh sebab itu, program lawatan itu terpaksa dibatalkan kerana kekurangan peserta.
III. Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. Oleh yang demikian, sukat air secukupnya.
IV. Pelajar yang bergaduh itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya. Justeru, diberi nasihat.
a. II dan III
b. I dan II
c. I, II, III dan IV
d. III dan IV
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penanda wacana yang betul.
I. Aqila sangat disayangi datuk dan neneknya. Selain itu, dia merupakan cucu tunggal.
II. Pada pagi itu, saya sekeluarga singgah di Rawang untuk sarapan pagi. Selepas itu, kami bertolak ke Ipoh.
III. Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual. Namun begitu, Atirah tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kapal terbang pula.
IV. Harga buah nanas akan dikaji semula. Seterusnya, berlakunya lambakan nanas di pasaran.
a. III dan IV
b. I dan II
c. I dan IV
d. II dan III
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penanda wacana yang betul.
I. Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu. Tambahan pula, jalan itu licin dan berlopak.
II. Zara Batrisya merupakan anak seorang jutawan. Oleh yang demikian, dia tidak menyombong diri.
III. Kehidupan keluarga Faris sangat susah kerana adik-beradiknya ramai dan ibunya tidak bekerja. Namun begitu, bapanya sudah lama meninggal dunia.
IV. Nureen petah bercakap dan bijak pula. Oleh sebab itu, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.
a. I dan II
b. I dan IV
c. II dan III
d. III dan IV
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penanda wacana yang betul.
I. Semua orang pergi ke konsert itu, akhirnya saya pun ingin turut serta.
II. Penderaan kanak-kanak kerap berlaku di negara luar, seterusnya kini fenomena itu mula menular dalam masyarakat kita.
III. Kehidupan Mail sangat miskin. Oleh yang demikian, dia terpaksa membuat dua kerja bagi mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarganya.
IV. Izzat yang merupakan juara bertahan dalam kejohanan badminton itu telah bermain bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir. Namun begitu, beliau tewas dalam perlawanan tersebut.
a. I dan IV
b. I dan II
c. III dan IV
d. II dan III
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penanda wacana yang betul.
I. Meskipun Raisya belajar bersungguh-sungguh, namun dia gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian bulanannya.
II. Puan Lela yakin kejadian itu dilakukan oleh Norman dan Ravi. Namun begitu, beliau tidak mahu membuat tuduhan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
III. Ayuni bercita-cita menjadi doktor pakar sakit puan, tambahan pula dia telah belajar dengan bersungguh-sungguh.
IV. Jazeel dan adik-adiknya hendak keluar bermain di taman. Lebih-lebih lagi, mereka mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa.
a. II dan III
b. III dan IV
c. I dan II
d. I dan IV
