WorksheetsPPP T1SI DSBE 1083 - (MCQ) DENTAL BIOMATERIALS & EQUIPMENT
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Bahan yang digunakan bagi menampal kaviti buat
jangka masa yang panjang ialah
pelapik kaviti.
bahan dresing.
bahan tampalan kekal.
bahan tampalan sementara.
Apakah ciri mekanikal yang perlu ada pada setiap bahan pergigian?
Tahan lelasan.
Penebat haba yang baik.
Tidak mudah berubah bentuk.
Tidak larut dalam bendalir mulut.
Apakah
tujuan penggunaan bahan dresing dalam rawatan pergigian kepada pesakit?
Menutup kaviti gigi buat jangka masa panjang.
Menggantikan struktur enamel dan dentin yang telah hilang.
Memastikan tiada keradangan pulpa sebelum rawatan yang seterusya.
Memastikan gigi desidus dapat dikekalkan dan eksfoliat mengikut waktu yang ditetapkan.
Proses yang berlaku sekiranya terdapat tampalan emas dan tampalan komposit di dalam kaviti mulut pesakit yang sama ialah proses
kakisan.
elektrolisis.
eksotermik.
galvanisme.
Cecair yang digunakan bagi bancuhan simen zink fosfat ialah asid
asetik.
formik.
fosforik.
poliakrilik.
Botol cecair eugenol yang disimpan terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan
bancuhan bertukar warna menjadi pudar.
nilai pH eugenol bertukar menjadi rendah.
proses pengesetan bahan menjadi lebih cepat.
daya lekatan bahan dengan struktur gigi berkurang.
Simen zink polikarboksilat perlu dibancuh
sehingga didapati konsistensi bancuhan
pudar dan likat.
seperti sarang labah-labah.
boleh digulung di atas slab kaca.
satu tali simen apabila diangkat dengan spatula.
Pilih alatan yang sesuai untuk restorasi amalgam.
i dan ii.
i dan iv.
ii dan iii.
iii dan iv.
Alat perkakas tangan yang sesuai untuk mengikis kalkulus secara manaual ialah
ward.
skaler.
hollenbach.
pengekskavat.
Dycal aplicator digunakan untuk membancuh
Alginat.
Kalsium hidroksida.
Komposit atau GIC.
Zink oksida eugenol.
Apakah alat yang boleh membentuk semula fungsi dan anatomi gigi semasa tampalan amalgam?
Pengukir.
Pemadat.
Penggilap.
Pembawa.
Pilih pernyataan benar mengenai unit pergigian?
Direkabentuk bersesuaian dengan kehendak pesakit.
Memerlukan operator yang mahir dalam pengendaliannya.
Unit yang dilengkapi dengan
peralatan rawatan dan kerusi pergigian.
Untuk memberi keselesaan kepada Pembantu Pembedahan Pergigian.
Apakah kepentingan mengosongkan tangki pemampat udara unit pergigian setiap hari selepas tamat waktu bekerja?
Memelihara tubing angin supaya lebih tahan lama.
Mengurangkan tekanan
di dalam tangki pemampat udara.
Mengelakkan bahagian dalam berkarat disebabkan pengumpulan air.
Memastikan pemampat
udara tidak digunakan selepas waktu bekerja.
Pilih pernyataan benar mengenai fungsi utama alat
pensterilan pergigian?
Membunuh kuman.
Menjaga kebersihan.
Memanaskan peralatan.
Menghilangkan kekotoran.
Apakah cara yang betul bagi memastikan semua peralatan di dalam autoklaf dapat disteril dengan baik?
Menyusun peralatan supaya tidak bertindih dan terlalu padat.
Menggunakan kain hijau untuk membungkus setiap peralatan.
Mengatur peralatan yang besar dahulu diikuti dengan yang kecil.
Memasukkan semua peralatan ke dalam pouch semaksima mungkin.
