wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPP T2SII DSCP 3173 - (MCQ) CLINICAL PRACTICE

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi agen pengupelan (coupling agent) di dalam resin komposit?

a)

Menghasilkan sifat radiolegap pada bahan.

b)

Memendekkan masa pengesetan komposit.

c)

Meningkatkan sifat-sifat mekanikal komposit.

d)

Memudahkan pengisian komposit ke dalam

kaviti.

2.

Pilih pernyataan yang benar mengenai sifat mekanikal simen pergigian untuk bahan lapisan.

a)

Simen zink polikarboksilat mempunyai kekuatan tegangan yang lebih tinggi daripada simen zink fosfat.

b)

Simen zink oksida eugenol mempunyai kekuatan mekanikal yang lebih tinggi berbanding simen zink fosfat.

c)

Simen zink polikarboksilat mempunyai kekuatan mekanikal yang sama dengan simen zink oksida eugenol.

d)

Simen zink oksida eugenol mempunyai kekuatan mampatan yang lebih tinggi berbanding simen zink fosfat.

3.

Pilih pernyataan yang benar mengenai bahan akrilik.

a)

Serbuk (monomer) akrilik mengandungi agen perangkai silang.

b)

Bahan penstabil di dalam monomer berfungsi memberi warna kepada akrilik.

c)

Akrilik adalah molekul berantai panjang yang mengandungi unit-unit berulang.

d)

Akrilik dibekalkan dalam bentuk pes sahaja dan perlu disetkan menggunakan cahaya.

4.

Operator yang mengendalikan bahan impresi ini tidak boleh memakai sarung tangan berasaskan getah semasa pengendalian. Bahan impresi tersebut ialah

a)

silikon.

b)

alginat.

c)

komposisi.

d)

pes zink oksida eugenol.

5.

Kaviti yang melibatkan oklusal dan mesial gigi 17 ialah kaviti

a)

Kelas I simpel.

b)

Kelas II simpel.

c)

Kelas I kompaun.

d)

Kelas II kompaun.

6.

Berikut adalah kaedah kawalan lembapan yang utama kecuali

a)

kain kasa.

b)

gulungan kapas.

c)

penyedut air liur.

d)

empangan getah.

7.

Pilih penyataan yang benar mengenai maksud dentur segera.

a)

Aplians boleh tanggal yang dibuat atau digunakan segera sejurus selepas gigi dicabut.

b)

Aplians tetap yang diperbuat daripada akrilik untuk menggantikan kesemua gigi yang hilang.

c)

Aplians tetap yang diperbuat daripada akrilik untuk menggantikan beberapa gigi yang hilang.

d)

Aplians boleh tanggal yang diperbuat daripada logam kobalt kromium untuk menggantikan kesemua gigi yang hilang.

8.

Antara berikut, yang manakah bukan ujian untuk menentukan kevitalan pulpa?

a)

Electric.

b)

Cold test.

c)

Heat test.

d)

Apex locator.

9.

Apakah fungsi surgicel yang dimasukkan ke dalam soket selepas cabutan gigi terimpak?

a)

Mengelakkan jangkitan.

b)

Mempercepatkan proses penyembuhan.

c)

Mengurangkan kesakitan selepas cabutan.

d)

Menghentikan pendarahan selepas cabutan.

10.

Antara berikut, larutan anestesia manakah perlu dielakkan bagi pesakit hamil yang ingin membuat cabutan?

a)

Citanest.

b)

Lignocaine.

c)

Scandonest 2%.

d)

Scandonest 3%.

11.

Apakah sebab punaran asid dilakukan sebelum rawatan sealan fisur?

a)

Melicinkan permukaan gigi.

b)

Membersihkan permukaan gigi.

c)

Menghasilkan bentuk pegangan secara mekanikal.

d)

Membolehkan bahan sealan mengalir masuk ke dalam lapisan dentin yang poros.

12.

Pilih pernyataan yang betul mengenai bahan penyahpekaan Durafat.

a)

Mengekalkan sifat kilauan pada gigi.

b)

Mengurangkan rasa peka pada bahagian servikal gigi.

c)

Pesakit digalakkan berkumur selepas penyapuan Durafat.

d)

Durafat digunakan pada pesakit yang mengalami gingivitis berulser.

13.

Pilih pernyataan yang betul mengenai teknik aplikasi bahan sealan fisur swapolimeran.

a)

Pes yang dibancuh kebiasaanya berwarna putih.

b)

Bancuhan bahan sealan fisur dibuat di atas slab kaca.

c)

Satu titik bahan dasar dibancuh dengan 2 titik bahan mangkin.

d)

Pes hanya akan mengeset apabila dipancarkan dengan

sinar ultraungu.

14.

Berikut merupakan langkah-langkah perlindungan terhadap radiasi untuk pesakit kecuali

a)

menggunakan filem pantas.

b)

menggunakan skrin berplumbum.

c)

menggunakan apron getah berplumbum.

d)

menggunakan skrin pengamat (intensifying screen) untuk filem ekstraoral.

15.

Apakah fungsi kalium bromide yang terdapat di dalam larutan pencucian?

a)

Mempercepatkan proses pencucian.

b)

Membolehkan kawasan berbayang-bayang diwujudkan.

c)

Merencatkan pengoksidaan larutan pencucian supaya larutan boleh disimpan dengan lebih lama.

d)

Mengawal agen penurunan supaya tidak bertindak balas dengan terlalu pantas serta mencegah berlakunya kabus (fog) yang berlebihan .